View: 5901|Reply: 4
|
Jangka Hayat Kucing & Perbandingannya Dengan Umur Manusia
[Copy link]
|
|
Jangka Hayat Kucing & Perbandingannya Dengan Umur Manusia
Hubungan kucing dengan manusia cukup istimewa.
Bagi pemilik yang mula menjaga kucing sejak lahir sampai sekarang pasti berkongsi pelbagai detik indah dengan haiwan kesayangannya.
Dalam memberikan penjagaan rapi, pemilik kucing juga perlu mengetahui usia kucing semakin ia membesar.
Semestinya jangka hayat kucing berbeza jika dibandingkan dengan manusia. Jom kita kenali jangka hayat kucing peliharaan anda dengan lebih dekat!
Tahukah anda kucing tertua yang pernah direkodkan berusia 38 tahun? Berdasarkan perkongsian dari Public Health Malaysia, purata jangka hayat kucing ialah sekitar 15 tahun iaitu sekitar 76 tahun bagi usia manusia.
Kredit Foto : treehugger.com
CARA MENGANGGARKAN UMUR KUCING
Menggunakan Formula
Jika kucing anda sudah mencapai usia 10 tahun, sebenarnya ia telah masuk ke kategori ‘warga emas’.
Anda juga boleh menganggar umur kucing dengan menggunakan formula ini :
4X(Umur Kucing) + 16
Kredit Foto : Public Health Malaysia
Menganggar Umur Kucing Dengan Mengira Tahun
Di samping penggunaan formula, anda juga boleh buat perbandingan usia kucing dengan manusia mengikut panduan daripada American Animal Hospital Association (AAHA). Usia kucing bolehlah dibandingkan seperti berikut :
Kucing yang berusia 1 tahun bersamaan dengan usia 15 tahun bagi manusia
Kucing yang berusia 2 tahun bersamaan dengan usia 24 tahun bagi manusia (tambah 9 tahun).
Selepas tahun kedua kucing hidup, purata umurnya dalam setahun meningkat seperti 4 tahun untuk manusia.
Contoh :
Usia Kucing : 3 tahun ; Usia Manusia 28 tahun (24 + 4 tahun)
Usia Kucing : 4 tahun ; Usia Manusia 32 tahun (28 + 4 tahun)
Menurut AAHA, panduan ini digaris berdasarkan perubahan fizikal dan kelakuan kucing mengikut tahap usianya. Tahap usianya pula dipadankan dengan jangka hayat manusia untuk mendapatkan perbandingan mudah.
Berbanding anjing yang mempunyai pelbagai baka, usia kucing lebih mudah dijangka kerana perbezaan baka yang tidak begitu ketara.
Jadi, panduan ini bolehlah diguna pakai untuk kucing dari pelbagai variasi.
Kredit Foto : pumpkin.care
Anda masih ingat lagi bila kucing anda dilahirkan ?
Dengan panduan ini, anda bolehlah menjangka usia kucing dengan lebih mudah.
Selain itu, jenis baka kucing juga adalah antara faktor yang menentukan berapa lama kucing biasanya hidup. (Rujuk carta di bawah).
TANDA-TANDA KUCING LANJUT USIA
Bagi yang sudah lama bergelar tuan kucing, anda perlulah menyemak sekiranya kucing anda sudah mencapai usia warga emas.
Seperti manusia, kucing juga boleh menunjukkan tanda-tanda lanjut usia dari segi fizikal dan kelakuannya. Antara tanda-tanda kucing yang sudah tua ialah :
Gigi : Gigi yang semakin menguning atau pembentukan tartar pada permukaan gigi, gigi tercabut
Bulu : Bulu tidak lagi bersinar dan setebal kucing muda
Mata : Warna mata semakin pudar, keluar cecair dari mata
Tahap Aktif : Kurang aktif, berat badan berkurang, lebih kerap terkena arthritis
Perubahan Pada Kelakuan : Lebih banyak mengiau, lebih banyak merayau, mudah cemas, mudah keliru.
Kredit Foto : brainstudy.info
Jika anda masih tidak pasti usia kucing, anda boleh membawa kucing berjumpa doktor haiwan. Doktor pasti dapat menjangka usia kucing dengan lebih tepat berdasarkan kelakuan serta fizikal kucing anda.
KEPENTINGAN MENGENALI USIA & JANGKA HAYAT KUCING
Pemilik kucing perlulah mengenalpasti usia kucing supaya dapat merancang penjagaan dengan lebih rapi.
Antara kepentingan mengenali usia kucing ialah :
Dapat membantu pemilik kucing merancang diet dan berat bersesuaian dengan usia
Dapat memantau kesihatan kucing dengan lebih baik
Dapat merancang temujanji ke doktor dengan lebih teratur seperti temujanji vaksin atau proses pemandulan.
Kredit Foto : diply.com
RISIKO APABILA KUCING SEMAKIN MENINGKAT USIA
Semakin usia kucing meningkat, kucing boleh mengalami risiko jangka hayat berkurang.
Antara punca utama kematian kucing ialah masalah kesihatan seperti kanser, penyakit buah pinggang serta trauma dari persekitaran.
Oleh itu, adalah penting untuk anda membawa kucing untuk mendapatkan pemeriksaan berkala.
Dengan ini, usia kucing anda dapat ditentukan dan doktor juga dapat memberikan nasihat penjagaan sesuai dengan usianya. Keperluan kucing juga akan berubah mengikut usianya.
Dengan memberikan perhatian yang lebih khusus dan mengenali tahap usia kucing anda, ia dapat meningkatkan lagi jangka hayat si comel kesayangan anda!
Sumber :
Cat Age Chart: How Old Is Your Cat In Human Years?
https://www.pumpkin.care/blog/cat-age-chart/
Public Health Malaysia https://m.facebook.com/publichea ... k/2782064358750085/
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menarik info ni. Tq TT. |
|
|
|
|
|
|
|
kucing i meninggal masa umo 6 ngnn 7 thn..gigi semua dh luruh...ptt la..kalau ikut dh masuk warga emas dh |
|
|
|
|
|
|
|
pling lama bela kucing umur 12 tahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
kucing aku paling senior masuk 15 tahun dah...gigi penuh lagi, cuma dia kene strok, kepala menyenget...kata tak sampai dua hari. syukur masih lagi hidup sampai harini.
mula2 nk mkn susah, tp alhamdulillah 2 minggu kebelakangan ni die makin ok, still teleng tp dh bergerak dan aktif mcm dlu. selera makan pon bertambah.
dlu kalau lompat turun mesti jatuh telentang, la ni dah elok landing atas kaki die sndiri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|