CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 27932|Reply: 52

[Tempatan] Dividen tinggi, kaunter ASNB kena serbu

[Copy link]
Post time 3-1-2025 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 4-1-2025 03:06 PM

MELAKA: Orang ramai menyerbu perkhidmatan kaunter Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), di Bukit Palah di sini bagi mengeluarkan dividen yang dikreditkan dalam akaun masing-masing.

Tinjauan di kaunter dan pejabat berkenaan mendapati orang ramai memenuhi setiap ruang pejabat sementara di bahagian luar terdapat dua khemah khas bagi menanti giliran.

Malah, di sisi luar pejabat mereka menunggu di kerusi panjang yang disusun dan tidak kurang ada yang berdiri menanti giliran.

Bagi penduduk yang mahu dikenali dengan Saamah Wahab , 63 berkata, dia mengambil kesempatan untuk mengeluarkan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang boleh dikeluarkan kerana pejabat yang baru dibuka, hari ini.

Katanya, dia gembira kerana syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya.

"Tentunya kami bersyukur dengan dividen yang tinggi berkenaan seterusnya mengukuh keyakinan saya dan orang ramai untuk terus menabung di ASB saban tahun.

"Pengumuman dividen tertinggi sejak lima tahun lalu itu amat menggembirakan kami dan juga pendeposit lain kerana ia menjadi antara agensi utama buat kami orang kampung menabung,"kataya.

Sementara itu, Deris Mamat, 65 tahun pula berkata, dia sampai jam 9.30 pagi terkejut kerana mendapati orang ramai yang beratur panjang sementara dua khemah yang disediakan turut dipenuhi pendeposit.

Menurutnya, situasi berkenaan mendorongnya untuk tidak mengeluarkan wang pada hari ini sebaliknya meminta bantuan petugas untuk membuat semakan dividen yang sudah dikreditkan.

Beliau berkata, apa yang melegakan dia boleh membuat pengeluaran di mesin semakan yang disediakan untuk membuat pindahan ASB ke bank sendiri biarpun perlu mengambil masa 24 jam sebelum ia dikreditkan dalam akaun bank simpanannya.

Baginya, situasi berkenaan lebih cepat tanpa menunggu lama dan beratur biarpun terpaksa menunggu sehari sebelum wangnya dapat dikeluarkan di bank pilihan.

Sementara itu, salah seorang petugas pula menjelaskan situasi orang ramai sememangnya sudah dijangka justeru pihak pengurusan menyediakan kerusi yang mencukupi di bahagian luar dan khemah yang selesa untuk menunggu.

Katanya, kebiasaan situasi berkenaan mengambil masa seminggu untuk keadaan kembali seperti biasa susulan dividen yang sudah dikreditkan namun jika orang ramai mendaftar secara online urusan mereka lebih mudah.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2025 12:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang kalau yg bonus tu RM239 so berapa agaknya simpanan org tu?
Aku nampak member share cincot td tp dia tutup kat bhgn dividen just nampak tang bonus je
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 3-1-2025 12:50 AM
Korang kalau yg bonus tu RM239 so berapa agaknya simpanan org tu?
Aku nampak member share cincot td  ...

Mungkin 100k++ macam tu? Akak teka je

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
'Beliau berkata, apa yang melegakan dia boleh membuat pengeluaran di mesin semakan yang disediakan untuk membuat pindahan ASB ke bank sendiri biarpun perlu mengambil masa 24 jam sebelum ia dikreditkan dalam akaun bank simpanannya.'

Maksudnya through ATM atau kaunter boleh pindah masuk own akaun ye
Pindahkan ke kwsp boleh ke? Ada maximum amount pindahan ke?
Akak terpikir2 nk lump kan ke kwsp sbb kwsp selalu tinggi dividen
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 3-1-2025 12:50 AM
Korang kalau yg bonus tu RM239 so berapa agaknya simpanan org tu?
Aku nampak member share cincot td  ...

RM95,600 - kalau sepanjang tahun drpd 1 Jan 2024 sehingga penangguhan urusniaga nilainya sama (tiada withdrawal & tambahan deposit)

Value Simpanan berbeza drpd the above figure kalau ada deposit & withdrawal...sbb kiraan dividend & bonus berdasarkan baki minimum bulanan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2025 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
App pun hauk. Down memanjei.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 02:48 AM | Show all posts
1.00 = 1 unit
rm1000 saham = 1000 unit x 5.75 sen = RM57.50
10,000 unit = rm575
100,000 unit = rm5750

boleh lah utk org yg mmg ada byk income lain.

Kalau aku, takpelah, aku buat je lah keje aku dari nak menunggu keuntungan byk tu setahun

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 3-1-2025 02:17 AM
App pun hauk. Down memanjei.

Betul! Aku punya dah setahun lebih x blh bukak. Awal2 install apps dia tu je blh bukak, then hauk. Mmg kena p kaunter jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
iols baru bukak blk kat apps nape dividen iols tulis 5.25 sen seunit?
kalau kira nilai dividen tak cukup utk 5.75 sen seunit byk jugak wesss tak cukup nya.

semlm tgk mcm wahhh dividen byk bukak thread ramai plak share dividen 5.25 tu skali iols pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 3-1-2025 08:50 AM
___ replied at 3-1-2025 01:30 AM
RM95,600 - kalau sepanjang tahun drpd 1 Jan 2024 sehingga penangguhan urusniaga nilainya sama (tia ...



Kira cemana tu? Kat tt ni aku pun mcm pening
Sbb sini 600k bonus tu baru seratus lebih
Kalau 239 ni aku kira sejuta lebih la simpanan dia ke aku salah.

Maknanya kalau kita ada masukkan duit tahun tu nilai lg tinggi ke?
Aku takde masukkan duit langsung tahun lepas kuar pun tidak aku rasa dividen mcm lebih kurang sama je mcm tahun sblm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 3-1-2025 01:23 AM
Mungkin 100k++ macam tu? Akak teka je

Tak rasa cam lebih tu
Aku pun tak reti kira sgt
Tau simpan je duit tu pun tak byk hihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 3-1-2025 07:30 AM
iols baru bukak blk kat apps nape dividen iols tulis 5.25 sen seunit?
kalau kira nilai dividen tak c ...

Eh betul la. I pun sama. Pehal lak 5.25? Asnb ko jangan memain. Ni boleh mendatangkan marah ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru cek tadi.... dapat je cukup dividen dan bonus 5.50% + 0.25%

Dia tulis in 2 line items.. bukan sekaligus..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:17 AM | Show all posts
penmerah replied at 3-1-2025 01:26 AM
'Beliau berkata, apa yang melegakan dia boleh membuat pengeluaran di mesin semakan yang disediakan u ...

boleh, kontra masuk account saving, epf tak pasti boleh ke tak direct transfer

tak nak off topic, mcm dah lama tak nampak org que panjang nak submit dividend mcm zaman takde online service, dulu sampai berhari2 bank kena buka khemah, sediakan kerusi air untuk org dtg cek dividend
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 3-1-2025 08:44 AM
Kira cemana tu? Kat tt ni aku pun mcm pening
Sbb sini 600k bonus tu baru seratus lebih
Kalau 239  ...

239 ÷ 0.0025 = 95,600


Itu lah jumlah simpanan dia based on baki terendah setiap bulan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 09:26 AM | Show all posts
Shayang replied at 2-1-2025 04:50 PM
Korang kalau yg bonus tu RM239 so berapa agaknya simpanan org tu?
Aku nampak member share cincot td  ...

Banyak juga tu kalau bonus RM239, dividen maybe 5-6k
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:27 AM | Show all posts
green~tea replied at 3-1-2025 01:16 AM
Aku baru cek tadi.... dapat je cukup dividen dan bonus 5.50% + 0.25%

Dia tulis in 2 line items.. bu ...

Yes betul, dividen asing, bonus asing
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:28 AM | Show all posts
nape serbu kaunter,kan boleh buat online je
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:29 AM | Show all posts
syamzana replied at 2-1-2025 11:30 PM
iols baru bukak blk kat apps nape dividen iols tulis 5.25 sen seunit?
kalau kira nilai dividen tak c ...

Dividen 5.25 + Bonus 0.50
Jom kita tambah jadi 5.75, betul?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.229873 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list