CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1930|Reply: 13

TIPS utk minta suami bantu tolong basuh pinggan hari-hari

[Copy link]
Post time 4-8-2021 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Ramai mengelat tugas cuci pinggan, cuba amalkan 4 tip ini... mungkin ia jadi aktiviti kegemaran anda selepas ini
Rabu, 04 Ogos 2021 9:30 AM

MENCUCI pinggan mangkuk barangkali antara tugas yang paling leceh bagi kebanyakan orang apatah lagi ketika mengadakan kenduri atau majlis makan-makan di rumah.

Ia tugas yang memenatkan serta mengambil masa yang panjang, malah dalam sesetengah kes memberi kesan kepada tangan yang tidak berhenti bergerak membersih, menyental dan membilas pinggan mangkuk di dalam sinki.

Sebenarnya ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjadikan aktiviti mencuci pinggan menjadi lebih mudah serta menyeronokkan.

Aktiviti

1. Jadikan aktiviti kekeluargaan

Dalam musim pandemik ini, pelbagai perkara boleh dilakukan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan di rumah dan salah satunya mencuci pinggan.

Jadikan ia aktiviti kekeluargaan apatah lagi mencuci pinggan banyak prosesnya dan ia boleh menjadi mudah apabila ada yang membantu.

Kesempatan ini juga boleh digunakan untuk berbual-bual sekali gus boleh mengeratkan hubungan ketika waktu sukar ini.

Asing sampah

2. Asingkan mengikut jenis

Mengasingkan pinggan mangkuk mengikut jenis dan kategori tertentu sebelum dibersihkan mungkin nampak macam membuang masa tetapi percayalah ia menjimatkan waktu di dapur!

Apabila pinggan, cawan, mangkuk dan sudu diasingkan kerja mencuci jadi lebih teratur dan sistematik.

3. Mendengar lagu

Bagi yang bersendirian ketika mencuci pinggan, mendengar lagu kegemaran boleh membantu membangkitkan mood dan semangat.

Percayalah, tanpa disedari tempoh mencuci itu menjadi singkat kerana kita akan lebih leka dengan muzik yang dipasang.

Cuci Pinggan

4. Jangan biar pinggan menimbun dalam sinki!

Perkara yang membuatkan semangat mencuci pinggan menurun apabila melihat segunung pinggan mangkuk di dalam sinki yang perlu dicuci.

Atas sebab itu, sebaik-baiknya, sejurus selesai memasak atau makan, biasakan diri untuk terus mencuci pinggan dan peralatan lain. Jadikan ia tabiat dan pasti anda akan terbiasa dengannya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Suro husband belikan dishwasher jela sng..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:26 AM | Show all posts
Cece1234 replied at 4-8-2021 10:22 AM
Suro husband belikan dishwasher jela sng..

haaa..baru nak bagi suggestion yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dishwasher please
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:59 PM | Show all posts
Acik2 sangat cadangannya tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 11:30 PM | Show all posts
kalau nak suruh husband cuci pinggan senang je...
kena suruh masa awal kawin...

kalau awal2 hang dah manjakan dia kutip, basuhkan...
siapla kontrak seumur hidup kahhhhhhh



*nasihat hanya terpakai untuk yang single sjeeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2021 04:08 AM | Show all posts
Sekarang kat summer home, situ tak da dishwasher cam rumah satu lagi..

Hari bekerja, my husband wajib kemas rumah basuh pinggan tu semua, jika tidak ingat me nak basuh, buat bodo aje...

Tapi my daughter sekarang, sampai rumah aje, ayat dia, papa basuh pinggan tak, siap check lagi.

Untuk bakal suami anak di masa depan, good luck ajelah hahahah sebab ànak tahu kerja rumah bukan kerja pompuan aje.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi baik kalau suami tu jenis x kisah even pinggan da bertimbun atas sink. Nnt2 pun boleh basuh apa.. Janji bukan sampai berkulat or bersemut. Sbb i kena setelkan anak dulu baru boleh buat kerja rumah. Lagipun ni kan musim pkp. xde org nak dtg melawat.. hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 10:29 PM | Show all posts
ayahibu85 replied at 5-8-2021 11:30 PM
kalau nak suruh husband cuci pinggan senang je...
kena suruh masa awal kawin...

teringat awal2 kawen aku kena cemuh sebab suruh laki basuh pinggan...  pastu mandikan anak, buat susu anak...  tapi peduli apa aku...  sama2 keje cari duit so sama2 buat keje...  mak bapak aku lahirkan aku bukan untuk jadi bibik anak jantan orang...  hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
5. Debik laki kalau tak reti basuh pinggan..

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by any42 at 9-8-2021 02:20 AM

i xkisah future husband mlas bsuh pinggan. aslkn xpengotor & ringan tulang. Mlas bsuh pinggan ko pegi cuci baju. Mlas cuci baju ko p sental toilet. Klau dua2 bkerjaya mmg kna pndai manage urusan rumah takut salah seorang rsa tbeban jd asyik nk bgaduh je.

Hrap i xterkawin dgn biawak hidup. Nnti sorang jd biawak sorang jd singa. ending xtau mcm mna.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 09:50 AM | Show all posts
ada pro & cont la... kadang yg suka basuh pinggan, dia punya bebelan kalau ada je pinggan dlm sink tu boleh buat gado. ada lak yg tak heran lngsung, nmpk pinggan dr mngu lps pn takde nk basuh.
kene give & take le. sorg basuh, sorang ngemas.. settle
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Not a problem, suami basuh je pinggan, tapi ikut mood.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
SG setuju yg no 3 tu...dengar lagu sambil basuh pinggan ...mmg x sedar dah siap basuh...sbb tu kalau kog or atas treadmill suka dgr lagu juga ...sbb x sedar dah jauh g lari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.061493 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list