View: 1286|Reply: 6
|
Azizulhasni, Shah Firdaus mara ke pusingan ketiga pecut
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Dua pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya menempah tempat ke pusingan ketiga pecut individu lelaki Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Izu, esok.
Bagaimanapun, kedua-dua pelumba terbabit menempuh laluan sukar untuk layak apabila terpaksa berlumba lima kali, semalam termasuk dua kali memburu tempat menerusi repechage.
Azizulhasni kemudian berjaya menumpaskan Nick Wammes dari Kanada.
Shah Firdaus pula terpaksa beraksi dua kali dalam saingan repechages berkenaan selepas dia berlanggar dengan lawannya, Patryk Rajkowski menyebabkan pelumba Poland itu terjatuh.
Dalam perlumbaan ulangan semula Shah Firdaus tidak berdepan masalah untuk mengetepikan Rajkowski untuk menempah slot ke pusingan ketiga, esok yang juga pertarungan Malaysia lawan Belanda.
Azizulhasni akan berdepan Jeffrey Hoogland manakala Shah Firdaus berdepan Harrie Lavreysen dan pemenang akan layak automatik ke suku akhir, manakala yang tewas perlu memburu tempat ke suku akhir menerusi repechage.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PELUMBA basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut mengiringi Datuk Azizulhasni Awang mara ke pusingan ketiga acara pecut lelaki di Velodrom Izu, esok. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by xpdckelate at 4-8-2021 07:55 PM
gud luck jijo dan shah..semoga dpt medal |
|
|
|
|
|
|
|
Poland buat serangan psikology kat shah firdaus. Nasib baik atlet kite tenang2 sajokk |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la strategi masing2..selain kekuatan fizikal,kekuatan mental juga main peranan
|
|
|
|
|
|
|
|
Hati mak mmg hitam.. Mak gelakkan angmoh dr poland tu.. Kau yg langgar budak shah tu.. Lps tu kau yg tergolek dog.. Karma is bij yach! |
|
|
|
|
|
|
| |
|