View: 28319|Reply: 44
|
Ramai tanya Sweet Qismina fasal liquid diet, larang buat kalau tak dapat nasihat doktor - "Ia bukan perkara anda boleh buat sesuka hati"
[Copy link]
|
|
PELAKON Sweet Qismina memohon orang ramai tidak mengamalkan liquid diet bagi menurunkan berat badan secara mendadak.
Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 27, berkata, diet diamalkan itu mempunyai kesan sampingan terutamanya mengganggu emosi selain sering mengidam untuk makan.
Kata Sweet, dia mengamalkan diet berkenaan demi menjayakan watak Maya dalam filem Babah dengan kawalan ketat pihak produksi.
"Saya mengamalkan liquid diet dan mengalami kesan sampingan. Salah satunya kita akan mudah beremosi kerana mengidam nak makan.
"Saya lakukannya untuk kerja tapi suami dan pihak produksi menjaga saya daripada sebarang keadaan tidak diingini selain pakar pemakanan mengawasi kesihatan saya.
"Ia bukan perkara anda boleh buat sesuka hati. Tolong jangan buat sekiranya tidak merujuk dengan doktor terlebih dahulu," katanya.
Sweet berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Aktres berkenaan memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi informasi mengenai diet tersebut kerana bukan semua individu sesuai melakukan diet tersebut.
Tambahnya lagi, sebelum mengamalkan liquid diet itu juga, dia sudah berjumpa dengan pakar nutrisi bagi memeriksa kondisi kesihatannya.
“Doktor akan periksa berat badan dan tahap kesihatan bagi memastikan badan saya sesuai melakukan liquid diet.
"Bila jumpa dengan pakar pemakanan mereka akan beritahu apa sesuai atau tidak sesuai dan bagaimana cara untuk saya diet itu.
"Susu diberi itu bukanlah anda boleh dapat dan minum sesuka hati kerana ia digunakan untuk pesakit yang makan atau minum melalui tapi saya dapat minum susu itu atas nasihat doktor," katanya.
Sebelum ini, Sweet menyangkal dakwaan kononnya dia melakukan prosedur bariatrik atau potong usus untuk menurunkan berat badan dalam masa singkat.
Demi menjayakan babak terlantar di hospital dalam filem Babah, Sweet berkata dia mendapatkan nasihat pakar nutrisi dan mengamalkan liquid diet.
Kongsi Sweet, dia mengambil masa selama sebulan dan berhasil menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.
Sumber – mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Betul la tu apa yg dia advise. Aku penah buat liquid diet tp sehari je dgn pengawasan dietitian aku. Terus turun sekilo Nnt aku nk try 3 hari pulok. |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 2-1-2025 11:40 PM
Betul la tu apa yg dia advise. Aku penah buat liquid diet tp sehari je dgn pengawasan dietitian aku. ...
Share la sikit macam mana you buat liquid diet please |
|
|
|
|
|
|
|
tengah trend kt tik tok pasal liquid diet ni...
ramai nak cuba sbb cepat turunkan berat badan...
gara2 nak pakai baju raya jenama apa tah yg viral tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni berbakat juga la untuk berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
emera: Betul la tu apa yg dia advise. ...
Mmg jadi. Tp kene dgn liquid yg betul. Iols pernah minum optifast. Ni kawan iols dietition yg suggest. Sbb hosp byk pakai ni n suggest utk pesakit. Cuma yg tak tahan nye duit je la… sebulan mau 7 8 ratus..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Iols dah 3 hari sakit gigi.
so makan bubur kosong (xde ayam or daging sebab tak berapa suka)
bubur kosong tambah bawang putih dan bawang merah goreng sekadar bagi rasa
pastu rebus telur masin.minum air teh ais macam biasa nak bagi ada tenaga (alasan.haha)
lepas 3 hari timbang berat turun 2kilo.
ni ke dipanggil liquid diet?
azam 2025 ni nak cut sugar.
|
|
|
|
|
|
|
|
I heard, liquid diet ni bagus untuk pesakit kanser. All liquid, takde carbo, sugar or protein. Correct me if I'm wrong. |
|
|
|
|
|
|
|
Susu tu ada protein ke
Ooh lapar ketarlah aku kalau susu semata2
Sedang diet makan telur 2,3 hari je pun dah rasa lembik. Tak cukup kalori |
|
|
|
|
|
|
|
Liquid diet bahaya. Betul lah tu dia kata kena tanya doctor dulu.
Kena keep an eye on electrolyte. Sodium akan drop, byk side effects. Tapi mmg gila2 turun berat.
Aku baru sebulan diet balik. Dah lama tinggal IF tapi sbb nk buang 4 kg. Aku stick breakfast , no lunch and dinner kul 6. Lebihnya exercise jelah..ubat dia satu no sugar. Mmg leper perut kau
Mmg turun ler tapi slow n steady.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak payahlah ikut sgt diet artis artis. Kengkadang info dorang bukannya betul sgt, gebang je lebih. Klu nak maintain badan elok jagalah pemakanan tu. Jgn malas eksesais. Ni dahlah pemalas, kuat makan, perut boyak, sana sini nak tiru diet artis. Cuba kuranggg sikit makan tu. Itu je cara nak kurus. Makan benda yg elok bukan pantang nampak makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 4-1-2025 12:50 AM
Susu tu ada protein ke
Ooh lapar ketarlah aku kalau susu semata2
Sedang diet makan telur 2,3 hari je ...
Susu khas..bkn susu fresh milk tu..susu ni tin kecik je pun dah rm100+..kena pandai cari kedai jugak..dlm susu ni dh ada complete nutrient..pastu kena kerap minum sbb akan lapar..sebulan mn cukup 1 tin.. ni selalu patient yg mkn melaui tiub yg minum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zeatyisaac replied at 3-1-2025 11:02 PM
I heard, liquid diet ni bagus untuk pesakit kanser. All liquid, takde carbo, sugar or protein. Corre ...
Arwah abah iols dulu minum susu khas ni..tp sbb dia dah kena pasang tiub mkn..tu pun dia cari gak teh tarik sbb teragak..jgn la didustakan nikmat mkn tu |
|
|
|
|
|
|
|
Puasa je la..dh masuk bulan rejab pun..dpt kurus, dapat pahala..
Sahur & buka mkn seadanya je..cepat je turun berat..sah2 raya dh muat baju |
|
|
|
|
|
|
|
annadonna replied at 4-1-2025 06:30 AM
Tak payahlah ikut sgt diet artis artis. Kengkadang info dorang bukannya betul sgt, gebang je lebih. ...
Kannnnn?.
Knowing tinsel town ni mmg banyak menipu, nak nak wartawan pondan suka pusing pusing cerita bagi cerita tu lebih rempah.
I tak pernah percaya artist, beli product apo apo (sebab barangan depa mana ada masuk lab bagai for testing), tapi I suka Baca gossip depa, cam hiburan masa lapang, sambil kata tah hapa hapa lah depa ni, merapu rapu je pangai |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AkokKocik at 4-1-2025 07:52 AM
Aku penah buat liquid diet ni lepas operate, doktor suruh 2 minggu...turun 6 kilo...mbik kau...tp kena ada sokongan keluarga, nk itu...nk ini..memang langsung xde tenaga nk buat apa2...melepek je depan tv...kalah pmpuan bersalin. |
|
|
|
|
|
|
|
Die buat sbb tuntutan kerja. Kte yg xde tuntutan kerja sebegitu xyah la ikut.
Dont drink ur calories, u eat ur calories. |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 4-1-2025 07:10 AM
Aii buat OMAD (one meal a day) xturun pun dari tahun lepas dok 48kg tuuu jaa dekat 5tahun ...
Ok la tu 48 kg, kurus sgt nti cpt menopos. Kang x psl2 umur 45 dh menopos |
|
|
|
|
|
|
|
annadonna replied at 4-1-2025 06:30 AM
Tak payahlah ikut sgt diet artis artis. Kengkadang info dorang bukannya betul sgt, gebang je lebih. ...
Sebenarnya artis la paling jaga makan dan exercise sebab nak jaga badan.
tp org lagi suka nak turun cepat2 dgr turun 10kg memang excited. |
|
|
|
|
|
|
| |
|