View: 923|Reply: 1
|
OLIMPIK: Zverev sasar Terbuka AS
[Copy link]
|
|
BERLIN: Juara baharu tenis perseorangan lelaki Olimpik, Alexander Zverev tiba di negaranya, Jerman dengan sambutan hero hari ini sebelum menukar perhatiannya untuk menang gelaran Grand Slam pertama di Terbuka Amerika Syarikat bulan ini.
Pemain berusia 24 tahun itu mendarat di Jerman dua hari selepas mengetepikan Karen Khachanov menerusi kemenangan 6-3, 6-1 untuk memenangi perseorangan lelaki Olimpik di Tokyo pada Ahad.
Zverev berjenaka mengatakan dia meninggalkan beg raketnya - "Saya pun tidak memerlukannya untuk beberapa hari ini" - selepas disambut ratusan peminat termasuk anjing miliknya di Hamburg.
"Sekarang saya mahu meraikan ia untuk beberapa hari," katanya, "kemudian saya akan mula memikirkan mengenai Terbuka AS" yang akan bermula pada 30 Ogos.
Zverev yang berkedudukan kelima dunia, mara ke final sulung Grand Slam di New York tahun lalu.
Walaupun sudah pulang, Zverev masih merasai kejayaan meraih emas di Tokyo yang disifatkan "terbaik dalam karier saya, saya tidak boleh menggambarkannya." - AFP
sumber : BHarian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemain Jerman, Alexander Zverev bersama pingat emas dimenanginya pada Olimpik Tokyo 2020. - AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|