View: 951|Reply: 1
|
Megan, Carli bantu AS raih gangsa bola sepak
[Copy link]
|
|
Kashima, Jepun: Megan Rapinoe dan Carli Lloyd masing-masing meledak dua gol ketika Amerika Syarikat (AS) menewaskan Australia, 4-3 untuk merangkul pingat gangsa dalam acara bola sepak wanita Olimpik, hari ini.
Megan yang enggan mengulas mengenai spekulasi mengenai masa depan dalam penampilan antarabangsanya selepas tewas di separuh akhir kepada Kanada, meledak tepat dari penjuru di Kashima sebelum Sam Kerr menyamakan kedudukan yang menyaksikannya menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan Australia.
Megan meledak sekali lagi dan Carli menambah gol ketiga buat AS beberapa minit sebelum waktu rehat dalam penampilan antarabangsa ke 312nya - kedua di belakang Kristine Lilly, yang memiliki 354 kap yang mencatat sejarah dalam sukan itu.
Carli, 39, menambah gol keempat pada awal babak kedua selepas Australia lebih banyak bertahan sebelum mempamerkan kebangkitan lewat menerusi jaringan Caitlin Foord dan Emily Gielnik.
"Ia menakjubkan. Tidak semestinya apa yang kami mahukan, kami sentiasa mempunyai tahap untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan dan menang dalam semua kejuaraan, tapi sejujurnya ini memberikan makna cukup besar," kata Megan, yang memenangi emas Olimpik pada 2012.
Jurulatih AS, Vlatko Andonovski menyenaraikan semula Megan dan Carli dalam senarai pasukan susulan kekalahan pertama AS kepada Kanada dalam tempoh 20 tahun yang memusnahkan peluang mereka meraih gelaran kelima Olimpik dalam tujuh edisi.
"Saya sangat bangga dengan pasukan ini, cara mereka memberi maklum balas hari ini dan cara kami berkerja sama sepanjang kejohanan ini." katanya.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penjaga gol Australia, Teagan Micah (tengah) gagal menghalang rembatan penyerang AS, Megan Rapinoe dalam aksi bola sepak Sukan Olimpik Tokyo di Stadium Ibaraki Kashima. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|