CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 789|Reply: 1

Rakan Muda Comfort Room khidmat kesihatan mental buat belia

[Copy link]
Post time 7-8-2021 07:43 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui program Rakan Muda Comfort Room menawarkan perkhidmatan kesihatan mental kepada belia yang terkesan, sepanjang tempoh atau pasca pandemik.

Timbalan Menterinya, Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal berkata, antara perkhidmatan ditawarkan oleh Rakan Muda Comfort Room adalah, sebagai pusat sokongan kesihatan mental dan juga program intervensi awal, penilaian kesihatan mental, aktiviti kumpulan sokongan- Circle Time serta ceramah dan program kesedaran kesihatan mental.

Menurut Wan Ahmad Faysal, Rakan Muda Comfort Room akan beroperasi secara harian, sama ada dalam talian atau bersemuka, bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sehubungan itu, saya mempelawa anak muda di Kuala Lumpur dan sekitarnya, untuk memanfaatkan perkhidmatan yang bakal disediakan ini,” katanya ketika merasmikan Forum Kesihatan Mental Young Minds: Time To Act secara maya di sini, pada Jumaat.

Program dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) itu, adalah manifestasi sinergi yang baik antara kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil, bagi memberi sokongan kepada anak muda di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Wan Ahmad Faysal, kesihatan mental bukanlah satu topik yang baharu, namun menjadi semakin menekan akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak hujung tahun 2019.

“Lebih membimbangkan apabila kajian menunjukkan pada tahun 2020, masalah kesihatan mental merupakan masalah kedua terbesar yang akan membunuh rakyat Malaysia. Sebanyak 1,738 kes bunuh diri dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2019 hingga Mei lalu.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan untuk berkolaborasi dengan KBS berkaitan kesihatan mental, untuk membantu masyarakat dalam situasi sukar ketika ini. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... n-mental-buat-belia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2021 07:47 AM | Show all posts

Wan Ahmad Fayshal - Foto fail Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.338842 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list