|
Tokyo: Juara dunia, Sifan Hassan meraih pingat ketiga di Olimpik selepas memenangi acara 10,000 meter (m) wanita yang juga emas kedua di Tokyo.
Pelari jarak jauh dari Belanda kelahiran Ethiopia itu melalui minggu yang agak sibuk apabila memenangi emas dalam acara 5,000m, Isnin lalu.
Dia kemudian meraih gangsa dalam acara 1500m semalam sebelum kembali beraksi 24 jam selepas itu dalam keadaan cuaca panas.
Dengan beraksi di peringkat saringan dan separuh akhir, bermakna Sifan beraksi selama lima hari sepanjang sembilan hari acara trek dan padang.
Ia termasuk beraksi dalam acara saringan 1500m ketika dia perlu juga beraksi acara final 5,000m pada hari sama.
Dalam acara 10,000m, Sifan mencatatkan 29 minit (m) 55.32 saat (s) untuk meraih emas manakala atlet Bahrain, Kalkidan Gezahegne meraih perak menerusi catatan 29:56.18s.
Letesenbet Gidey pula mendahului saingan, meraih gangsa dengan catatan 30:01.72s.
sumber : HMetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SIFAN meraikan kejayaannya. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
|
Dasyat betul tenaga atlit ni, tahniah diucapkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|