View: 847|Reply: 2
|
Glaetzer makin bikin panas netizen Malaysia
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pelumba Australia, Matthew Glaetzer semakin mencetuskan rasa marah netizen di negara ini apabila memuat naik status mengucapkan tahniah kepada Jason Kenny ketika dia dilihat menjadi punca jaguh Britain itu mudah memenangi pingat emas acara keirin di final Olimpik Tokyo, hari ini.
"Hari terakhir perlumbaan keirin yang sukar. Dapat beraksi di final Olimpik adalah sesuatu yang cukup bermakna kepada saya.
"Tahniah Jason Kenny, anda memanfaatkan sepenuhnya peluang dan menunjukkan mengapa anda adalah GOAT (terbaik sepanjang zaman)," tulis status terbaharunya di Instagram.
Namun status Glaetzer itu pantas mencetuskan kecaman terutamanya netizen Malaysia yang menganggap ia agak melucukan.
Glaetzer yang pada satu ketika menduduki tempat kedua, dilihat tidak melakukan gerakan untuk mengejar Kenny yang melakukan pecutan lebih awal dan akhirnya memenangi pingat emas.
Ia memerangkap pelumba negara, Datuk Azizulhasni Awang dan barisan pelumba lain yang berada di belakang Glaetzer sekali gus menghampakan impian Azizul untuk cuba memenangi pingat emas dan hanya berpuas hati dengan perak.
"Apa yang anda lakukan? Anda sangat melucukan. Anda memberi peluang kepadanya (Kenny) menyedari bahawa anda tidak boleh memenangi perlumbaan itu," kata seorang netizen dari Malaysia.
Seorang lagi menulis: "Membuat jarak 20 meter dan sabotaj pelumba lain bukanlah semangat yang kita mahukan di Olimpik.
"Ada juga yang mengaitkan tindakan Glaetzer itu seperti menjaga penjarakan sosial berikutan pandemik Covid-19 ketika ini.
"Terus kekalkan penjarakan sosial anda sejauh 20km," tulis seorang peminat dari Malaysia.
Namun ada juga netizen dari Malaysia yang memohon maaf kepada Glaetzer berikutan tindak tanduk peminat dari negara ini.
"Maafkan kami mewakili rakyat Malaysia," tulis seorang peminat dari Malaysia.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Glaetzer di Istagramnya mengucapkan tahniah kepada pelumba Britain, Jason Kenny. |
|
|
|
|
|
|
|
Mat saleh colonial British mana pernah main tak kotor. Sejarah pun ada. |
|
|
|
|
|
|
| |
|