View: 2449|Reply: 7
|
PKP: Petani bimbang 10kg cili Bara tidak terjual sehari
[Copy link]
|
|
KUANTAN - Seorang pengusaha cili fertigasi di Kampung Cempaka di sini kerugian hampir RM200 sehari selepas 10 kilogram (kg) cili Bara F1 l tidak dapat dipasarkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Mohd Sofian Abdul Wahid, 49, menyuarakan kebimbangan apabila tanaman cili Bara F1 yang diusahakan di tanah seluas 0.8 hektar itu sudah dituai dua kali, bagaimanapun pandemik Covid-19 telah merencatkan proses penjualan dan penghantaran bekalan kepada pelanggan.
"Kebiasaannya lebih 10 kg dituai setiap hari, tapi sejak kebelakangan ini hanya sekitar dua ke tiga kilogram dalam tempoh tiga hari. Itu pun tempahan daripada pelanggan di sekitar Kuantan.
"Sebelum ini, saya boleh pasar cili saya di beberapa daerah di Pahang termasuk di Melaka dan Negeri sembilan, tapi kini saya tidak dapat berbuat demikian," katanya ditemui di kebun cilinya di Kampung Cempaka pada Ahad.
Sehubungan itu, Mohd Sofian merayu pihak berkaitan untuk membantunya memasarkan hasil tanaman itu.
Mohd Sofian
Jelasnya, sejak mengusahakan kebun cili itu kira-kira setahun lalu, dia tidak menerima sebaranag bantuan daripada mana-mana pihak.
"Saya usahakan kebun ini dengan modal sendiri dan kaedah penanaman cili jenis Bara F1 ini juga saya hasil pengalaman yang ditimba ketika berada di Australia sekitar dua tahun lalu.
“Pernah juga saya cuba mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pertanian Negeri Pahang, namun disebabkan PKP, ada pegawai yang tidak masuk pejabat kerana arahan bekerja dari rumah, jadi saya tidak berpeluang bertemu mereka,” ujarnya.
Menurut Mohd Sofian, sistem fertigasi untuk kebun itu direka sendiri dan kosnya menelan belanja sekitar kira-kira RM20,000.
Mohd Sofian memetik cili yang ditanam di atas tanah seluas 0.8 hektar.
Tambahnya, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga membantu dari aspek memasarkan hasil kebun cili ini dengan menjualnya kepada para peniaga di sekitar daerah Kuantan.
Dia juga menghasilkan cili jeruk untuk dijual di kawasan sekitar, termasuk kenalan bagi mengelakkan cili yang sudah dituai rosak.
“Saya harap sangat pihak Jabatan Pertanian (negeri Pahang) dan wakil FAMA dapat membantu saya, tidak kiralah bantuan latihan atau aspek pemasaran tapi datanglah tengok kebun ini dan salurkan bantuan sewajarnya,” katanya
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... idak-terjual-sehari
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mohd Sofian berharap ada pihak yang membantu memasarkan hasil tanamannya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mustahil para petani tmpt aku elok je hasil tani terjual.nak lak cili sgt2 cpt habis |
|
|
|
|
|
|
|
tempat dia pemborong xnak amik kot..sebab susah nak pasarkan..tu dia minta fama bantu
|
|
|
|
|
|
|
|
dia pandai bertani tp x pandai marketing...hire la bebudak tiktok tu...confirm laku |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan petani biasanya akan tolak kat pemborong..depa xkan jual sendiri..kecuali petani kecil-kecilan
tapi jaman pkp ni rasanya depa kena pikir jua cara nak jual hasil tanaman,xleh harap kat org tengah je
|
|
|
|
|
|
|
|
tula kene tukar cara lah..sampai biler nk tnggung rugi |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dia tak tau cara nak pasarkan cili dia kot. Susah nak jumpa cili macam ni kat supermarket.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|