Sapaan ‘sayang’ digunakan untuk semua pelanggan bagi setiap peringkat umur. – Solopos
Restoran popular kerana panggil pelanggan ‘sayang’
JAKARTA – Sebuah restoran di wilayah Jawa Tengah menjadi popular dalam kalangan pengunjung kerana mempunyai cara unik untuk menyapa para pelanggannya, iaitu dengan memanggil gelaran ‘sayang’, lapor laman berita Suara.com semalam.
Restoran bernama Rumah Makan Alami Sayang itu dimiliki oleh seorang wanita, Sulastri yang diusahakan bersama suaminya.
“Helo sayang. Mahu minum apa, sayang?” sapa salah seorang pekerja di restoran tersebut kepada pelanggan.
Menurut adik Sulastri, Asih, kakaknya mendapat idea untuk menggunakan sapaan ‘sayang’ kepada pelanggan selepas berkunjung ke Kalimantan bersama suaminya.
“Ketika membeli sayur-sayuran, seorang penjual memanggil kakak saya dengan panggilan ‘sayang’.
“Ini sekali gus memberikan idea kepadanya untuk mengajak suaminya membuka kedai makan dan memanggil para pelanggan dengan panggilan ‘sayang’,” kata Asih.
Ditanya mengenai reaksi daripada pelanggan, Asih berkata, pelbagai respons diterima ketika panggilan tersebut dibuat.
“Ada yang tersenyum, ketawa, malahan ada pasangan pelanggan yang menarik muka masam.
“Kami kemudiannya menjelaskan kepada mereka bahawa semua pelanggan di sini disapa dengan panggilan itu. Bermula daripada kanak-kanak, remaja, lelaki dewasa, wanita sehinggalah warga emas,” jelasnya. – Agensi
Post time 20-8-2021 01:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
n3ar replied at 19-8-2021 10:48 PM
kat sini kedai2 makan siam dah praktikkan...
letak pelayan perempuan lawa2 putih muda pastu pakai ...
Kedai makan alif syukri dkt bangi tu lg dasat. Pelayan dia semua jenis pki baju tshirt nipis ketat. Yg free hair mmg jalan begegar boobs. Pakai bra pon jenis mcm nipis2 tu. Bukan sorang dua. Semua sepesen mcm tu. Yg bertudung pon sama ketat. Ikat belakang tudung. Aku suspect mmg alif sukri punya strategyy tuuu
Post time 20-8-2021 01:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dh terbiasa jgk kan kt sini dk ckp sayang2..i pun sayang sayang jgk ckp ngn kwn..kalau ngn lelaki tu idok la..kwn perempuan
boss i dulu suka pgil i syg..geli pulak