View: 1881|Reply: 1
|
SMH Rail lancar lokomatif pertama buatan Malaysia
[Copy link]
|
|
SYARIKAT pengeluar dan penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, SMH Rail Sdn Bhd (SMH Rail), pada Jumaat melancarkan Lokomotif H10 Series, ia dibuat dengan teknologi canggih untuk mengurangkan pelepasan karbon.
Pembuatan kereta apai itu adalah seiring congan kata syarikat itu iaitu Mempelopori Pengangkutan Mesra Alam (Towards Green Mobility).
Lokomotif H10 Series yang mesra alam ini membawa manfaat besar kepada ekosistem kenderaan rel, dengan inovasi reka bentuk kejuruteraan yang akan menggalakkan operasi hijau.
Pengerusi dan Pengarah Urusannya, Datuk PK Nara berkata, SMH Rail berkomited untuk membina penyelesaian inovatif dalam industri rel global.
“Syarikat ini mempunyai pengalaman menjangkau lebih dua dekad dalam menyediakan penyelesaian kejuruteraan rel kepada pengendali rel di peringkat serantau dan global.
"Pelancaran lokomotif diesel-elektrik berkuasa tinggi, yang dikenali sebagai lokomotif H10 Series ini adalah bukti kemampuan SMH Rail untuk menyediakan teknologi canggih sejajar dengan standard industri kereta api global," katanya pada majlis pelancaran lokomotif H10 Series secara maya pada Jumaat.
Ujar beliau, pencapaian penting SMH Raik dalam projek berkenaan adalah menggunakan lebih 60 peratus komponen tempatan dalam pembuatan lokomotif itu.
Kelompok lokomotif pertama itu akan dibekalkan kepada Tanzania Railways Corporation yang telah membuat tempahan berasaskan sokongan dana daripada Bank Dunia, katanya.
“Saya yakin bahawa lokomotif ini akan membawa manfaat ekonomi kepada industri kargo rel Afrika. Lokomotif ini akan menjadi penghubung destinasi, meluaskan capaian rantaian bekalan, mempercepatkan industrialisasi dan menggalakkan perdagangan rentas sempadan, kata PK Nara.
Menurutnya lokomotif ‘H10 Series’ itu berpotensi untuk menggantikan 100 trak kargo, mengurangkan pelepasan karbon sehingga 75 peratus, menurunkan kadar kesesakan lebuh raya dan menjimatkan bahan api secara purata sebanyak empat kali berbanding pengangkutan darat.
Berikutan pertumbuhan pesat dalam sektor penyelesaian pengangkutan, lokomotif H10 Series membuka laluan ke arah masa depan yang bersih, pantas dan hijau.
SMH Rail, sejajar dengan aspirasinya untuk menempatkan Malaysia sebagai hab pembuatan kereta api serantau akan terus memanfaatkan peluang dan kerjasama bagi mengukuhkan kedudukannya di peringkat kebangsaan dan serantau, katanya. -Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ama-buatan-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Foto Bernama
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|