CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 940|Reply: 3

Video tular PPV Bukit Jalil dibanjiri individu bukan warganegara

[Copy link]
Post time 21-8-2021 09:54 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Sebuah video tular memaparkan ramai individu bukan warganegara berpusu-pusu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara 'walk in' di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 11.30 pagi Jumaat.

"Ketua Pengurus PPV Stadium Nasional Bukit Jalil telah bersetuju dengan nasihat kita agar melakukan dua sesi 'walk- in' bagi bukan warganegara iaitu pada sesi pagi dan juga petang.

"Kawasan PPV tersebut telah dibanjiri oleh warga asing seawal jam 4 pagi yang mana majoriti mereka adalah pekerja daripada sektor industri perkilangan dan pembangunan," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, oleh kerana warga asing itu gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakkan sosial setelah berulang kali diberi nasihat dan teguran, maka tindakan drastik dengan mengarahkan mereka beredar dan hadir semula pada jam 2 petang untuk mendapatkan vaksin.

"Kita akan menambah kekuatan untuk mengawal situasi ini berikutan tarikh akhir bukan warganegara mendapatkan vaksin pada Ahad.

"Tindakan ini adalah bagi memastikan kesemua petugas dan masyarakat setempat serta bukan warganegara yang hadir selamat daripada penularan wabak Covid-19 sejajar dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha menangani penularan pendemik yang semakin meningkat," katanya.

Muhammad Idzam menasihati orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan posting tular itu kerana bimbang akan mewujudkan kegusaran masyarakat.

"Orang ramai juga hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

"Sebarang perubahan di dalam SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga hendaklah dipatuhi," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... u-bukan-warganegara
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2021 09:55 PM | Show all posts

Video tular yang mendakwa warga asing berpusu-pusu ke PPV Bukit Jalil untuk mendapatkan suntikan vaksin secara 'walk-in'.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah orang malaysia tak nak, bagi jelah. Lagipun malaysia kan pemurah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
what a melting pot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 1.096460 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list