|

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini mengumumkan orang ramai tidak dibenarkan makan dan minum di kedai berkuatkuasa Ahad (22 Ogos 2021) sehingga 29 Ogos 2021 bagi Zon Selatan.
JPBNS dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes COVID-19.
“Justeru, JPBNS mengambil keputusan untuk memperketatkan Garis Panduan (SOP) sedia ada untuk Zon Selatan membabitkan Daerah Kuching, Daerah Bau, Daerah Lundu, Daerah Samarahan, Daerah Asajaya, Daerah Simunjan, Daerah Serian dan Daerah Tebedu, selama satu minggu.
“Antara SOP yang akan dilaksanakan adalah ‘Dine-in’ adalah tidak dibenarkan dan tempoh operasi perniagaan dipendekkan iaitu dari 5 pagi sehingga 8 malam,” ujar kenyataan tersebut.
Selain itu katanya, individu atau kumpulan individu tidak dibenarkan berada di kawasan awam selepas jam 10 malam tanpa alasan yang munasabah.
Tambahnya, SOP ini akan berkuatkuasa mulai 22 Ogos 2021 (12.01 pagi) sehingga 29 Ogos 2021 (11.59 malam).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|