CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1139|Reply: 1

Sukarelawan PPV kongsi pengalaman ditawar jadi menantu

[Copy link]
Post time 23-8-2021 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Sukarelawan vaksinasi kongsi pengalaman ditawar jadi menantu
August 22, 2021 9:20 pm

Ditawar menjadi menantu dan dimarahi penerima vaksin kerana menunggu lama untuk mendapatkan suntikan, antara pengalaman pahit manis sukarelawan yang membantu program pemberian vaksin anjuran Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Ibnu Sina (PAPISMA).

Anwaruddin Sulaiman, 31, seorang daripada kira-kira 20 sukarelawan yang membantu PAPISMA Cawangan Melaka menjayakan program berkenaan yang dianjurkan di empat masjid di negeri ini, berkata tawaran menjadi menantu itu disuarakan seorang wanita berusia 47 tahun.

“Wanita itu yang hadir bersama anak perempuan berusia 23 tahun untuk menerima vaksin di Masjid Tun Khalil di Asahan, Jasin semalam, bertanya sama ada saya dan dua rakan sukarelawan lain sudah berpunya atau sebaliknya ketika kami mendaftarkan mereka.

“Wanita itu berkata, kalau belum (berpunya), dia sedang mencarikan jodoh untuk anak perempuannya itu. Saya menjelaskan dengan baik, kami sudah berkeluarga. Wanita itu menerima jawapan kami dengan baik, anak perempuannya pula tersipu-sipu malu,” katanya, hari ini.

PAPISMA Cawangan Melaka menganjurkan program vaksinasi pada setiap Sabtu, mulai 31 Julai lalu. Setakat ini, program berkenaan sudah dianjurkan di empat masjid dan dijangka mampu memberikan vaksin kepada 15,120 penerima menjelang awal Oktober depan.

Anwaruddin berkata, pengalaman dimarahi penerima vaksin juga terpaksa dilaluinya ketika membantu pendaftaran di Masjid Al-Alami, Ayer Keroh pada 7 Ogos lalu.

“Ada penerima vaksin sudah menunggu sejak jam 7.45 pagi untuk menerima suntikan yang dijadualkan pada jam 8 pagi, tetapi terpaksa menunggu agak lama,” katanya.

Penerima yang terpaksa menunggu ialah mereka yang tidak mematuhi masa janji temu kehadiran ke PPV seperti hadir terlalu awal. Petugas perlu mengutamakan penerima vaksin yang hadir pada slot janji temu yang sudah ditetapkan.

Katanya, ada juga individu yang nama mereka tidak disenaraikan sebagai penerima vaksin, hadir untuk menerima suntikan kerana salah faham program itu dilaksanakan secara terus atau ‘walk in.’

Keutamaan penerima vaksin bagi PPV masjid adalah pegawai syarak, ahli jawatankuasa masjid serta kariah masjid dalam lingkungan 5 kilometer dari pusat ibadat itu, tidak kira beragama Islam mahupun bukan Islam. Hanya penerima dan mereka yang ada sejarah kesihatan kategori berisiko rendah sahaja dihubungi untuk janji temu.

Bagi Anwaruddin, segala asam garam itu amat berharga untuk dijadikan landasan meneruskan usaha berbakti sesama manusia, sekali gus mengurang dan memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2021 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
hamboiiii acikkkk
anak muda lagi tu ha..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055012 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list