CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1077|Reply: 2

Rindu suasana pasar malam

[Copy link]
Post time 23-8-2021 06:59 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Walaupun sekian lama berada di negara orang, kerinduan dan cintanya kepada tanah air tidak pernah pudar.

Malaysia tetap dekat di hati Shaidatul Melissa Nabila Mustain, 31, yang menetap di Sydney, New South Wales, Australia sejak lebih lima tahun lalu.

Kerancakan media sosial membuatkan dia tidak pernah ketinggalan mengikuti perkembangan negara tempat tumpahnya darah sehingga turut merasai bahang kehangatan sambutan Hari Kebangsaan.

Shaidatul Melissa Nabila yang mesra disapa Melissa berkata, tiada sambutan di tempat orang, tetapi mengingati hari berkenaan sudah cukup untuk menyatakan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Dia berhijrah ke negara itu untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tarian sebelum mendirikan rumah tangga bersama Abdul Aziz Mohd Affandi, 34, dan dikurniakan dua anak.

"Di rumah, kami memang bertutur bahasa Malaysia dan pada masa sama mengajar anak sulung Sufia Nuha, 3, mengenai bahasa ibunda.

"Saya juga memperkenalkan anak dengan Jalur Gemilang dan Malaysia melalui gambar supaya mereka tahu bagaimana keadaan di sana.

"Bukan itu saja, kami juga kekalkan gelaran seperti pak cik, mak cik, kakak manakala bukan Islam panggilan uncle, aunty dan apek. Ada orang tempatan pelik dengan panggilan itu kerana mereka gunakan dalam kalangan keluarga, jadi saya terangkan bahawa ia gelaran hormat kepada orang lebih tua di Malaysia," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


MELISSA bersama rakan rakyat Malaysia yang lain akan berkumpul terutama semasa perayaan dan rumah terbuka bagi mengubati kerinduan terhadap kampung halaman.

Ditanya mengenai perkara paling dirindui di Malaysia, wanita berasal dari Taiping, Perak ini berkata, bagaikan satu kemestian baginya berkunjung ke pasar malam sebelum ini yang menjadi lambang keharmonian dan kepelbagaian kaum melalui juadah serta pengunjung yang datang.

"Apabila berada di perantauan, itu yang paling saya rindukan, tetapi kami masih berpeluang ke pasar malam di sini cuma suasananya agak berbeza memandangkan ia diadakan bagi sambutan tertentu seperti Australian Day, Easter Day dan Krismas," katanya.

Melissa berkata, bagi mengubati kerinduan kepada tanah air, dia bersama rakan rakyat Malaysia yang lain akan mengadakan aktiviti berkumpul terutama semasa perayaan dan rumah terbuka.

Menurutnya, kebiasaannya mereka mengenakan pakaian tradisional apabila meraikan perayaan tertentu, selain menyediakan pelbagai juadah tradisi kaum masing-masing.

"Namun sejak pandemik Covid-19 melanda, aktiviti berkumpul tak dibenarkan. Kami juga lockdown seperti di Malaysia. Suami kerja sebagai juruteknik teknologi maklumat hanya keluar bekerja empat jam sehari dan pergerakan penduduk dihadkan dalam jarak 10 kilometer," katanya.

Melissa mendoakan agar negara 'merdeka' daripada wabak Covid-19 dan berharap negara serta semua rakyat Malaysia termasuk keluarga dilindungi.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2021 07:00 AM | Show all posts

MELISSA bersama suami, Abdul Aziz dan dua anak mereka iaitu Sufia Nuha, 3, serta Aidan Rizki, 1.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti seronok dapat merasa duduk negara luar ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.088349 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list