View: 1087|Reply: 2
|
New Delhi perkenal ‘menara jerebu’
[Copy link]
|
|
NEW DELHI – Ibu negara India, New Delhi melancarkan ‘menara jerebu’ pertama hari ini, bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara yang menjadi punca kepada beribu-ribu kematian pramatang pada setiap tahun, namun pakar-pakar sangsi tentang keberkesanannya.
Kepekatan zarah maut di ruang udara New Delhi sering melebihi kadar selamat pada tahap 20 kali ganda, terutamanya semasa musim sejuk apabila 20 juta penduduk kota raya itu dilitupi jerebu berbahaya.
Sebanyak 40 kipas gergasi di menara setinggi 25 meter itu akan mengepam 1,000 meter padu udara sesaat melalui penapis yang mengurangkan separuh zarah berbahaya dalam radius satu kilometer persegi, demikian menurut beberapa jurutera.
“Hari ini adalah hari besar bagi Delhi dalam memperjuangkan udara bersih dan membasmi pencemaran.
Binaan ini masih di peringkat eksperimental. Kami akan menganalisis data dan jika ia didapati berkesan, maka lebih banyak menara ini akan dibina di Delhi,” kata Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal selepas majlis perasmian berhampiran kawasan beli-belah sibuk, Connaught Place.
Menara itu menelan belanja AS$2 juta (RM8.4 juta), manakala pengkritik-pengkritik berkata, pembinaan menara tersebut di seluruh New Delhi akan melibatkan penggunaan wang rakyat yang banyak sedangkan usaha sepatutnya disalurkan ke arah mengurangkan sumber pencemaran.
Ini termasuk ekzos kenderaan, industri berat dan kecil, kegiatan pembinaan, pembakaran sampah dan bahan bakar pada musim sejuk serta pembakaran tanaman di wilayah jirannya.
“Menara ini adalah sia-sia dan merupakan pembaziran sebenar,” kata Karthik Ganesan yang merupakan pegawai Majlis Tenaga, Alam Sekitar dan Air.
India mempunyai 14 daripada 15 bandar paling tercemar di dunia, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal Lancet mendapati terdapat 1.67 juta kematian pramatang di India yang disebabkan oleh pencemaran udara pada tahun 2019 termasuk hampir 17,500 kematian di New Delhi. – AFP
KOSMO
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SEORANG pekerja memanjat tangga menara jerebu yang dibina untuk membersihkan udara tercemar di New Delhi hari ini. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
mmg udara kat new delhi ni teruk sgt tercemar
bleh nmpk beza ms akak baru fly dr leh ladakh ke new delhi
smpi je delhi, udara and pemandangan sume kaler2 oren jah.padahal baru kul 11pagi
kalo udara kat leh ladakh, bersih and clear je sbb kwsn pergunungan and x ramai populasi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|