CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1423|Reply: 2

Kegilaan ‘luncur’ lif di Britain

[Copy link]
Post time 24-8-2021 07:45 AM | Show all posts |Read mode
LONDON – Satu trend baharu dalam kalangan remaja di Britain diselar kerana membahayakan nyawa dengan cara duduk di atas bumbung lif yang sedang bergerak laju, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan di media sosial, trend tersebut turut dilakukan oleh kanak-kanak berumur 10 tahun yang memasuki bahagian dalam laluan lif menggunakan kunci yang dijual di eBay pada harga semurah £3 (RM17).

“Hari ini kita akan bercakap mengenai kunci berbentuk segi tiga yang baru dibeli oleh saya.

“Ia digunakan untuk meluncur lif. Saya harap anda suka meluncur ke atas kerana ia akan menjadi hiburan baharu kita,” kata seorang kanak-kanak dalam satu video yang dimuat naik.

Trend tersebut menjadi perhatian banyak pihak termasuk bomba yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘bodoh’.

Seorang anggota bomba dari Suruhanjaya Ketua Bomba Kebangsaan, Mark Hardingham berkata, kegilaan itu boleh membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut dan menyebabkan kecederaan parah.

“Ia juga boleh menghalang tugas anggota bomba dan perkhidmatan kecemasan lain sekiranya berlaku kecemasan,” katanya. – Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2021 07:46 AM | Show all posts

Seorang remaja memanjat bahagian dalam laluan lif menggunakan kunci yang dibeli dari eBay. – YouTube
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sangat tengok movie ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041148 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list