CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2252|Reply: 2

[SEJARAH] Putera Sultan Perak Ke 2 Diangkat Menjadi Sultan Aceh Ke 8

[Copy link]
Post time 25-8-2021 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Putera Sultan Perak Ke 2 Diangkat Menjadi Sultan Aceh Ke 8




Sultan Alauddin Mansur Syah adalah merupakan Sultan Aceh yang ke lapan. Baginda dinaikkan takhta memerintah Aceh sejak dari tahun 1577 sehingga tahun 1589 selepas kemangkatan Sultan Zainal Abidin (Sultan Aceh ke 7). Sewaktu zaman kegemilangannya, baginda cukup terkenal sebagai salah seorang pemerintah yang taat dan soleh kepada agama dan sangat prihatin dengan masalah adat dan budaya.

Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Syah sebagai Sultan Aceh, baginda dikatakan telah beberapa kali menjalankan operasi ketenteraan untuk meluaskan kawasan jajahan dan taklukan kesultanan Aceh di serata kawasan semenanjung Tanah Melayu.

Sultan Aceh ke 8 ini adalah merupakan dari darah keturunan susur galur kesultan negeri Perak dan baginda Sultan Alauddin merupakan putera kepada Sultan Mansur Shah I (Sultan Perak ke 2) yang memerintah negeri Perak sejak tahun 1549 sehingga tahun 1577.

Kisahnya di negeri Perak sewaktu zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah I (Sultan Perak ke 2), angkatan perang Aceh telah datang menyerang dan mengalahkan Perak dalam tahun 1573. Ianya berlaku sewaktu zaman pemerintahan Sultan Husain Ali Riayat Syah sebagai Sultan Aceh ke 4.

Akibat daripada negeri Perak kalah sewaktu perang tersebut, Sultan Mansur Shah I (Sultan Perak ke 2) serta isteri dan putera baginda telah ditawan dan dibawa ke negeri Acheh. Sewaktu di Aceh, putera sulung kepada Sultan Mansur Shah I (Sultan Perak ke 2) ini telah dikahwinkan dengan seorang janda kepada Sultan Aceh yang sebelumnya.


keadaan selepas tsunami kawasan sekitar makam

Apabila Sultan Husain Ali Riayat Syah (Sultan Aceh ke 4) mangkat dalam tahun 1579, maka berlakulah pergolakan politik di kesultanan Aceh sehinggakan tiga orang sultan bersilih ganti diangkat dan bertukar dalam masa 2 tahun kerana tidak mampu untuk mengatasi permasalahan politik yang melanda.

Dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin (Sultan Aceh ke 7) yang telah terbunuh dalam rancangan oleh pembesarnya sendiri kerana dikatakan zalim, maka berakhirlah dinasti pemerintahan dari keluarga kesultanan yang lama dan digantikan dengan putera kepada Sultan Mansur Shah I (Sultan Perak ke 2) yang merupakan keturunan sultan Melaka dan dianggap sebagai pilihan yang tepat untuk menjadi dan mewarisi takhta kesultan Aceh.


keadaan selepas tsunami kawasan sekitar makam

Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Syah (Sultan Aceh ke 8), baginda seringkali dipuji kerana keperibadiannya dalam agama Islam cukup ditekankan dan pemerintahan baginda yang adil dan saksama. Dikatakan ada satu ketika baginda Sultan Alauddin pernah memerintahkan hulubalang istana untuk menyimpan janggut dan memakai jubah serta serban sebagai pakaian rasmi negara mereka.


keadaan selepas tsunami kawasan sekitar makam

Sewaktu zaman pemerintahan baginda juga, ramai ulama Islam dari negara lain mula kerap berkunjung ke Aceh. Sultan Alauddin Mansur Syah (Sultan Aceh ke 8) juga seringkali merancang strategi baru untuk menyerang Portugis yang pada masa itu berkuasa di Melaka namun segala usaha baginda tidak pernah berhasil.

makam lain yang ada berdekatan sekitar makam

Sultan Alauddin Mansur Syah telah mangkat dalam tahun 1589 kerana terbunuh sewaktu berperang dengan Portugis. Menurut dalam rekod sejarah Portugis, Sultan Alauddin Mansur Syah telah dibunuh oleh seorang jeneral bernama Diogo de Couto dan bekas hamba bernama Mora Ratissa. Namun menurut dalam catatan sejarah Perancis pula, pembunuh itu adalah merupakan individu yang kemudiannya menjadi Sultan Aceh yang ke 10.

Tidak diketahui kisah sebenar tentang bagaimana kes pembunuhan Sultan Alauddin Mansur Syah berlaku dan oleh kerana itulah ia dianggap sebagai misteri sehingga ke hari ini. Dengan kemangkatan Sultan Alauddin Mansur Syah, maka berakhirlah satu episod yang panjang selama 65 tahun antara Kesultanan Aceh dengan pihak Portugis.


keadaan terkini kawasan sekitar makam

Menurut Peubeudoh Sejarah Adat dan Budaya Aceh (PEUSABA), penelitian telah dibuat apabila ditemukan makam Sultan Alauddin Mansur Syah (Sultan Aceh ke 8) sebelum melandanya Tsunami di Aceh pada tahun 2004. Lokasi makam baginda terletak di kawasan Gampong Pande Bandar Aceh Darussalam.

Sebagai maklumat tambahan, Sultan Alauddin Mansur Syah (Sultan Aceh ke 8) juga adalah merupakan kekanda kepada Sultan Ahmad Tajuddin Shah (Sultan Perak ke 3) yang memerintah negeri Perak sejak tahun 1577 hingga tahun 1584. Lokasi makam Sultan Ahmad Tajuddin Shah terletak di Kampung Jawa berdekatan dengan Kampung Gajah.

Sumber:https://www.orangperak.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkongsian yg menarik
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sm salim ada nyanyikan lagi seri manjong
Lagu asal usul sultan perak dari mana datang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.067034 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list