View: 1257|Reply: 12
|
Rekomen bidang pengajian paling laris - Pengurusan Perniagaan. Video Tiktok dapa
[Copy link]
|
|
mstar.com.my
Wanita ini tak menang tangan jawab mesej anak muda selepas dedah bidang pengajian paling laris masa kini - “Kesian tengok keadaan sekarang”
Sabtu, 28 Ogos 2021 8:00 PM
4-5 minutes
PELUANG kerja menjadi ketakutan utama golongan muda masa kini khususnya yang baru menamatkan pengajian di universiti.
Ditambah dengan pandemik Covid-19 yang melanda sejak lebih setahun lalu, peluang itu semakin tipis sehingga ada yang terpaksa mencari alternatif lain demi meneruskan kelangsungan hidup.
Di aplikasi TikTok, seorang wanita tampil berkongsi video mengenai bidang pengajian yang disifatkannya paling laris dan mudah untuk mendapat peluang kerja.
Menurut Nur Najjwa Mohd Yatim, 28, dia beranggapan bidang Pengurusan Perniagaan mempunyai cabang kerja yang meluas dan menjamin peluang lebih cerah buat anak muda.
"Saya tergerak hati nak kongsi video topik itu kepada orang ramai. Adik saya juga ada bertanya soalan sama. Jadi apa salahnya saya kongsi sesuatu yang berfaedah di TikTok.
"Pendapat saya, jurusan bisnes bukan fokus pada satu cabang pekerjaan saja. Saya sendiri ambil bidang bisnes, lepas tu saya tengok kebanyakan peluang kerja yang diiklankan meletakkan pengajian perniagaan sebagai requirement mereka.
"Bidang ini tidak fokus satu bidang tapi boleh buat macam-macam dari Sumber Manusia, bahagian Pemasaran, Kewangan, Insuran dan sebagainya," ujarnya yang mesra disapa Cikwa.
Menurut Cikwa, dia tak menyangka video itu meraih lebih 600,000 tontonan di TikTok sehingga dia dihujani pelbagai mesej dan komen berkaitan isu itu.
Jelas Cikwa lagi, dia sekadar memberi pendapat peribadi dan tidak kisah jika ada yang tak setuju dengan perkongsian itu.
"Saya ada baca komen. Saya tak sangka video itu jadi viral. Ada yang setuju, ada tak setuju. Masing-masing ada pendapat. Saya pun hanya bagi pendapat saya.
"Dengan enam tahun pengalaman kerja, saya dah tiga kali tukar kerja. Ia bergantung kepada nasib dan rezeki juga. Ini cuma cadangan saya.
"Sangat ramai adik-adik mesej, WhatsApp dan direct message (DM) saya. Mereka tanya pendapat mengenai bidang yang diceburi. InsyaAllah saya balas semua, cuma lambat sikit," ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Kena seimbangkan minat dan keperluan. Kalau pendapat saya, saya ikut keperluan pasaran. Kemudian baru ikut minat.
CIKWA
Kata Cikwa, sesiapa sahaja perlu mengejar minat mereka, namun dia berpendapat ia juga harus sejajar dengan keperluan pasaran masa kini.
"Apa sahaja kita kena buat dengan minat, sebab minat akan motivate kita, tapi saya juga melihat kepada pasaran sekarang.
"Kita cari jurusan yang mudahkan kita, pilih sesuatu yang memberi masa depan. Saya melihat apa yang perlu pada masa ini. Apa yang pasarannya lebih tinggi?
"Kena seimbangkan minat dan keperluan. Kalau pendapat saya, saya ikut keperluan pasaran. Kemudian baru ikut minat kerana ia boleh dipupuk.
"Saya sememangnya kesian tengok keadaan sekarang, dengan pandemik yang melanda. Kita pun tak sangka ia akan berlaku, semua di tangan Allah. Tapi kita kena cari alternatif untuk berusaha, tak boleh down lama-lama, tak boleh memilih sangat," ujarnya lagi.
Mengenai dirinya, Cikwa yang menetap di Cyberjaya merupakan eksekutif di sebuah syarikat di ibu negara.
Selain itu, Cikwa kini sedang menyambung pengajian secara sambilan dalam bidang Pemasaran di UiTM Perlis.
Cikwa juga ada menjalankan bisnes pakaian secara dalam talian sejak lima tahun lalu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada yg berkesempatan
minta tlg upload video TikTok dia
ka nak aku juga yg buat?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada la buat video.. Buat video kopi.. Tapi x ada org tgk pun.. Muahahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 28-8-2021 11:17 PM
Aku ada la buat video.. Buat video kopi.. Tapi x ada org tgk pun.. Muahahahaha.
Uols ada tiktok ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Actuarial Science laku tak? |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 29-8-2021 12:05 AM
Uols ada tiktok ke?
Ada.. Tapi ada 4 post. Sebab malas....nak kena belajar buat video gak |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 29-8-2021 12:40 AM
Ada.. Tapi ada 4 post. Sebab malas....nak kena belajar buat video gak
Pm please.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 29-8-2021 12:44 AM
Pm please.
Jap lagi iols dm chouls tau.. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kitty_catz at 30-8-2021 04:41 PM
kawan meols amek ni but ada masters jugak, grad UCL ( uni college london)
now she's a GM kat one of the asset mgmt co ni, kalau during good times, bonus sheols je juta2
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 30-8-2021 04:40 PM
kawan meols amek ni but ada masters jugak, grad UCL ( uni college london)
now she's a GM kat ...
Okay. Thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada function nak upload TikTok
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk juga sis..hahahah..nk tgk sis buat kopi
|
|
|
|
|
|
|
|
damsel_fiji replied at 30-8-2021 07:58 PM
nak tgk juga sis..hahahah..nk tgk sis buat kopi
Hahahaha.. Ada buat satu video saja.. Nanti ingat nak beli portable stove utk buat video kopi yg lebih proper |
|
|
|
|
|
|
| |
|