CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 797|Reply: 0

Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun mengganas lagi, mara ke final

[Copy link]
Post time 31-8-2021 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 31-8-2021 10:04 PM

Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun mengganas lagi, mara ke finalBernama
Ogos 31, 2021 21:17 MYT



Cabaran getir menanti atlet berusia 26 tahun itu yang akan bertemu juara bertahan dan juga pemain ranking nombor satu dunia, David Smith dari Great Britain. - Gambar/ Bernama

TOKYO: Chew Wei Lun mencipta sejarah tersendiri apabila melayakkan diri ke pentas final boccia di Sukan Paralimpik Tokyo.

Wei Lun yang membuat kemunculan pertama di temasya berprestij itu dalam acara individu campuran BC1 (kecacatan fizikal) mempunyai peluang untuk merebut pingat emas esok, selepas menewaskan pemain ke-18 dunia, Andre Ramos dari Portugal, 9-5, di peringkat separuh akhir hari ini.

Cabaran getir menanti atlet berusia 26 tahun itu yang akan bertemu juara bertahan dan juga pemain ranking nombor satu dunia, David Smith dari Great Britain.

David menewaskan pemain Brazil, Jose Carlos Chagas de Oliveira, 7-4, dalam satu lagi aksi separuh akhir, untuk mengesahkan slot ke final.

Aksi final di Pusat Gimnastik Ariake akan berlangsung pada pukul 4.50 petang (3.50 petang waktu Malaysia).

Terdahulu, pemain ranking ke-11 dunia itu mengecewakan wakil China, Qi Zhang, 4-2, dalam aksi suku akhir, yang juga berlangsung petang tadi.

Pencapaian Wei Lun pada hari ini menyaksikan beliau kini terus unggul dengan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan, termasuk empat aksi di peringkat Kumpulan B, sejak Sabtu lepas.
-- BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.056962 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list