View: 1823|Reply: 4
|
Tidur sampai tak sedar rumah masuk air
[Copy link]
|
|
Tangkap layar rakaman tersebut yang tular di media sosial.
Tidur sampai tak sedar rumah masuk air
PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki yang sedang tidur tanpa menyedari rumahnya dimasuki air tular di media sosial dan menarik perhatian ramai baru-baru ini.
Menerusi perkongsian satu video di laman TikTok oleh @aldi_alfatih57, seorang lelaki dilihat tidak sedarkan diri walaupun air telah membasahi lantai dalam kejadian banjir kilat sehinggalah si perakam mengejutkannya.
“Akibat tidur terlalu nyenyak sampai tidak tahu rumah sudah ditenggelami air. Air memang dah naik, mujur dia tak tenggelam,” tulisnya di video itu.
Perkongsian rakaman video itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menyifatkannya sebagai melucukan.
“Ini kalau mak nampak, bukan dia kejutkan, entah-entah dia biar sahaja saya tenggelam dalam air,” jelas @ShukMelaka
“Kalau dia sebelah saya, sudah lama saya jerit dekat sebelah telinga,” ujar @MilaKaliah
Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 6.7 juta tontonan dan 473,500 tanda suka di TikTok. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
yindon ke pj kejadian ni? sbb bdk laki tu ckp bnyik mcm yindon |
|
|
|
|
|
|
|
mujur tak de electric shorts. selamat kau nak |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah kena juga.
Masa tu tidur sorang2 kat bilik belakang. I sedar2 karpet dah basah separuh.
Terus bangun cepat2 dan angkat karpet.
Tak sedar air naik sebab I berselimut dan tutup telinga dgn bantal sebab takut guruh kuat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|