CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2690|Reply: 7

Mah Sing harap Belanjawan 2022 bantu pembeli rumah

[Copy link]
Post time 14-9-2021 01:14 AM | Show all posts |Read mode
Mah Sing harap Belanjawan 2022 bantu pembeli rumah


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd berharap kerajaan dapat memperkenalkan inisiatif tambahan untuk meringankan pemilikan kediaman bagi pembeli rumah pertama dan mempercepatkan pemulihan industri hartanah sebagai sebahagian daripada senarai permintaannya untuk Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen menjelang 29 Oktober depan.

Pemaju hartanah itu dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan langkah yang dipertingkatkan untuk meringankan pemilikan rumah bagi pembeli rumah pertama, mengkaji kriteria baharu program Rumah Kedua Malaysia (MM2H) dan ambang minimum yang lebih rendah untuk pemilikan hartanah asing sehingga RM5,000 adalah antara item dalam senarai permintaannya.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum mencadangkan agar kerajaan menawarkan lebih banyak langkah yang disasarkan kepada pembeli rumah pertama, khususnya dalam pembiayaan rumah bagi meningkatkan pemilikan rumah.

"Ini termasuk mengembalikan jangka masa pinjaman maksimum hingga 40 tahun yang merujuk kepada pendapatan kasar dan bukannya pendapatan bersih untuk permohonan pinjaman, nisbah perkhidmatan hutang yang lebih baik serta menetapkan marjin pembiayaan yang lebih tinggi hingga 100 peratus untuk pembeli hartanah pertama dalam kumpulan M40 dan B40 yang terjejas semasa pandemik," katanya.

Kerajaan juga diharapkan dapat mempertimbangkan kemungkinan melaksanakan skim tanggungan faedah pemaju (DIBS) untuk pembeli rumah pertama, kerana ia akan membolehkan mereka mempunyai opsyen tidak membayar bunga pinjaman dan sewa mereka semasa fasa pembinaan.

"Selain itu, kami mencadangkan agar kerajaan melanjutkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk satu tahun lagi. Kempen ini terbukti penting dalam membantu pembeli rumah sambil mengurangkan keadaan hartanah tidak terjual sejak dilancarkan," katanya.

Leong ketika mengulas mengenai program MM2H berkata, beberapa cadangan kepada kerajaan telah diajukan seperti menurunkan kelayakan pendapatan minimum, kecairan aset dan simpanan tetap berbanding kenaikan drastik yang berlaku sekarang.

Cadangan lain adalah mengenakan kelas permohonan yang berlainan, penyesuaian program berkenaan dengan pemohon asing yang berbeza, semua pemegang pas MM2H sedia ada tidak sewajarnya dikenakan peraturan baharu dan jangka masa pas atau visa MM2H dikekalkan kepada 10 tahun.

Sementara itu, Leong mencadangkan agar kerajaan menurunkan ambang minimum pemilikan hartanah asing kepada RM600,000, walaupun ambang minimum semasa untuk pemilikan hartanah asing adalah berbeza-beza menurut negara.

"Kami berharap kerajaan dapat mengkaji dan menyeragamkan ambang minimum hingga RM600,000 di semua negeri, terutama di kawasan yang mempunyai tompokan hartanah tinggi seperti Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

"Dengan kadar mata wang semasa, ia akan menarik orang asing untuk melabur dalam pelaburan ketara dan ini akan membantu mengurangkan hartanah yang tidak terjual," katanya.

Item lain dalam senarai permintaan itu adalah untuk menghentikan cukai keuntungan harta tanah (RPGT) ke atas hartanah yang dijual setelah lima tahun sebagai dorongan bagi meningkatkan pasaran sekunder, mengurangkan kos pematuhan untuk menurunkan harga rumah bagi memberi manfaat kepada pembeli termasuk juga untuk memperkenalkan insentif ke arah pembangunan yang memasukkan ciri-ciri kelestarian. -- Bernama

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tak laku ler tuuuu nk jual kat foreigner plak mintk gov turunkn margin  
dh la harga umah mahsing ni rege yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 12:08 PM | Show all posts
Hmmm i x berapa suka Mah Sing i lebih suka SP Setia but yeah why not
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 04:59 PM | Show all posts
bintangct replied at 14-9-2021 06:05 AM
tak laku ler tuuuu nk jual kat foreigner plak mintk gov turunkn margin  
dh la harga umah mahsing n ...

mana nk laku harga yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 10:40 PM | Show all posts
Dah rege umah melampau mmg la…lpas tu xnak turunkan pun rege umah yg baru bina tu…sibuk nk jual dkt org luar..politician pun xnk buat apa2…mkn duit tepi ke hape..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:32 AM | Show all posts
harga rumah dah lah mahal...
tak pernah2 jatuh pun..
lagi satu, pemaju banyak bina rumah yg 500k...
cuba perbanyakkan bina rumah bawah 300k...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2021 01:25 PM | Show all posts
Sekarang banyak rumah konsep macam ni. Sejuk mata memandang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 01:26 PM | Show all posts
Bagi la turun harga rumah dulu...ingat nak jugak beli rumah kat kampung satu. Nak buat homestay dulu. Time pencen baru balik duduk sana..InsyaAllah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.159666 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list