CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16735|Reply: 42

[DRAMA MELAYU] i-Tanggang : Mother of All Lies [Astro Citra]

[Copy link]
Post time 14-9-2021 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by senahsirap at 14-9-2021 12:46 PM

Rupanya dah 9 tahun senahsirap tak bukak thread baru. Selama 9 tahun ni jadi silent reader je. Akhirnya hari ni bukak thread baru sebab i-Tanggang ni. Memang series yang wajib ditonton di Astro Citra 108. Jalan cerita lain dari yang lain.

Astro membawakan sebuah lagi drama premium terbaru bagi mengisi slot Astro Originals iaitu I-Tanggang. Menariknya, ia merupakan drama pertama di Malaysia yang mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy.

Membariskan pelakon hebat seperti pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2012, Sherie Merlis, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25, Faizal Hussein, Danish Hazriq (Pelakon Pembantu Lelaki Anugerah Skrin 2018), Nadhir Nasar, Emma Sofia, Emelda Rosmila dan ramai lagi.

I-Tanggang merupakan idea asal oleh bakat kreatif cukup berkaliber, Wan Hasliza Wan Zainuddin. Beliau juga bertanggungjawab sebagai pengarah bersama-sama Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak.

Drama premium 12 episod ini bakal menemui penonton mulai 13 September 2021, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Citra, saluran 108. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.

JUDUL : I-TANGGANG MOTHER OF ALL LIES
EPISOD : 12
TARIKH TAYANGAN : 13 September 2021
WAKTU SIARAN : Isnin, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra
PENULIS SKRIP : Wan Hasliza, Wan Alaudin, Keen
PENGARAH : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Rashidi Ishak
PRODUKSI : KL Motion Pictures
PELAKON : Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane, Andy Teh, Rashidi Ishak, Rashid Salleh, Syed Nahar, Rosdeen Suboh, Yuyun Hikmah, Aiman Badrul, Amanda Misbun, Dato Rahim Razali, Pushpa Narayan, Zul Huzaimy, Nadine Eniahani, Syed Muhammad Baqir, Alessandra Alyssa, Haeriyanto Hassan, Azlan Komeng

WATAK PELAKON
Sherie Merlis sebagai Erma
Faizal Hussein sebagai Rahmat
Danish Hazriq sebagai Khalil Rayyan (Khay)
Nadhir Nasar sebagai Syafiq
Emma Sofea sebagai Esra
Sofia Jane sebagai Dr Nini
Andy Teh sebagai Dr Norman Arif
Yuyun Hikmah sebagai Syuhada

LAGU TEMA (OST)
Gelap - Satwo
Cahaya Malam - Satwo
Bukan Mainan - Rashidi Ishak

SINOPSIS I-TANGGANG
Mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya. Pada majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman yang Khay hanya ada masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat mengejutkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? Rahmat, ayah kepada Khay dan Doktor Nini, salah seorang bekas doktor Khay juga meragui berita tersebut.

Setelah sekian lama tidak berjumpa, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) dan menubuhkan kumpulan ‘group chat’ bernama I- Tanggang.

Sementara itu, kehidupan Syafiq juga dilanda konflik apabila terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya untuk menjadi ketua keluarga dengan bekerjasama sebagai ‘rider’ penghantar bagi menyara hidup mereka terutamanya lima orang adiknya yang masih kecil. Ini menyebabkan Syafiq mula rasa benci terhadap ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Esra pula terlalu dimanjakan sehingga dia tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Apabila Esra dan Syafiq mendapat tahu yang Erma memalsukan penyakit Khay dan cuba membunuhnya, Esra bersama Syafiq membuat rancangan untuk menyelamatkan Khay. Namun, perancangan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri.
























Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok rertanya2 sapayangjahat sebenarnya.. anak ka ibunya
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk sneak peek yg sherry merlis tu cm dia sorg mak yg psiko dlm cite tu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Geram je tengok maknya tu. Rasa nk masuk tv nk tonyoh2 kepala mak dia tu. Sanggup bg anak mkan ubat tah apa2 pastu suka bila anak sakit. Dasar pompuan mental
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ada abe julhujaimi
nanti iol tengok
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
follow..layan jugak cite ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok premier best. Jarang klmotion nak buat series berat macam ni. Selalu komedi je. Good job team and actors i'm looking forward for this one.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaamsar replied at 14-9-2021 02:21 PM
Geram je tengok maknya tu. Rasa nk masuk tv nk tonyoh2 kepala mak dia tu. Sanggup bg anak mkan ubat  ...

Khay tu sbnrnya ada kanser ke x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cece1234 replied at 15-9-2021 07:52 PM
Khay tu sbnrnya ada kanser ke x?

Yg ni xtau la ada ke x.kena tunggu next episode. Kay tu pun boleh berjalan tp mak dia saje buat drama naik weelchair
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 07:44 PM | Show all posts
Cece1234 replied at 15-9-2021 07:52 PM
Khay tu sbnrnya ada kanser ke x?

rasanya khay tu sebenarnya takde kanser. sebab ada tgk promo kat mana ntah, mak dia gi jmpa Dr Sofea Jane minta buat kimo port tp Dr tolak sebab anak dia tak sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak esra tu mak tiri je kan sebab esra nampak baik dengan ayah dia. Budak ni macam psiko tah dia yang bunuh erma lepas tu tuduh khay. Tapi gambar TT post kat atas tu nampak syafik pun pakai baju oren tu. 2 orang sekali ke kena charge membunuh ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:23 AM | Show all posts
Iols pun follow rapat cerita nih selepas cerita Projek Anchor SPM tu.
Follow sbb ada Nadhir Nasar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Layan cerita ni... Tapi tu lah seminggu sekali jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 09:26 AM | Show all posts
nellyberry replied at 21-9-2021 11:23 AM
Iols pun follow rapat cerita nih selepas cerita Projek Anchor SPM tu.
Follow sbb ada Nadhir Nasar.
...

i pun suka tgk nadhir nasar ni berlakon starting from project anchor spm tu. dia antara pelakon baru yg ada karisma. dan yg bagusnya dia pilih dulu drama yg dia nak berlakon sebab nak jaga kualiti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 02:05 PM | Show all posts
Cece1234 replied at 14-9-2021 02:15 PM
Tgk sneak peek yg sherry merlis tu cm dia sorg mak yg psiko dlm cite tu kan..

geramkan, gunakan ank yg sihat buat raih simpati & attention laki sendri.. kesian bdk tu sihat je, mmg patut la kena bunuh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 02:08 PM | Show all posts
Cece1234 replied at 15-9-2021 07:52 PM
Khay tu sbnrnya ada kanser ke x?

sebenarnye ank dia sihat takde sakit ape, tapi disbbkan mak dia ni psycho dia sendiri buat ank dia sakit sampai tebuk sana sini.. ank dia ok je, masa tgh main bola tu diaa de kasi ubat ape ntah anak dia pengsan.. sery merli ni bekas nurse cite dia..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Xperasan thread ni ada...ramai yg nk join membawang ..
Br 2 epi darah me da meluap..
Epi 2 semalam habis kepala anak me kena pulak..marah punye pasal...haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm filem omputih yg akak tengok tu...
mak dia gila, bagi anak mkn bukan-bukan sampai paralysed, beli ubat kat farmasi je bukan check up doktor pun semata mata sbb nak anak dia bergantung sepenuhnya kat dia

btw kat mana nk tengok episod smlm?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 09:21 AM | Show all posts
Dalam cerita ni, iols paling geram dgn Esra tu.
Melampau betul dia.
Yang Erma tu pun psycho, sanggup buat anak sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 04:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam cite ni kesian kat khay..budak normal tapi dibuat macam2 oleh mak nya..x patot betol..mak nya hidup senang atas sumbangan orang..

Pastu si Ezra tu..ganas betol budak nya..tak boleh brain kebiadapan dia tu..sangat kurang ajar pastu fitnah parents dia..

Pasal keluarga shafik tu..mak dia tu macam sesuatu..ke memang sakit..sebab dia banyak di bilik..anak menangis macam x nak layan..ke ada postpartum lepas bersalin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.196073 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list