CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1509|Reply: 1

[Sabah] Sabah Benarkan 300 Jemaah Solat Jumaat Di Masjid Utama

[Copy link]
Post time 18-9-2021 02:53 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah hari ini membenarkan seramai 300 jemaah untuk solat Jumaat di Masjid Utama negeri ini berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata masjid utama tersebut ialah Masjid Negeri Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Masjid Nurul Hikmah di sini dan semua masjid-masjid daerah di negeri itu.

Beliau berkata jemaah solat Jumaat di Masjid Kariah ditetapkan seramai 200 orang, dan solat Jumaat di surau pula ditetapkan seramai 50 jemaah.

“Solat Fardhu pula bilangan jemaah yang dibenarkan di Masjid Utama ialah 150 orang. Bagi Masjid Kariah dan Surau hanya 50 jemaah yang dibenarkan.

Keutamaan diberi kepada jemaah yang telah lengkap menerima dua dos vaksin,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Aktiviti-aktiviti merangkumi kuliah Maghrib antara waktu Maghrib dan Isyak serta Solat Jenazah dibenarkan.

“Turut dibenarkan pengurusan jenazah dan ziarah kubur masing-masing berjumlah 20 orang. Bagi majlis akad nikah di masjid atau surau, bilangan yang dibenarkan 20 orang di dewan atau bilik khas tertakluk mengikut keluasan dan kebenaran jawatankuasa,” katanya lagi.

Mengulas mengenai kes COVID-19, Masidi berkata 1,533 kes positif COVID-19 direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif 182,826 kes dan bilangan pesakit sembuh 3,300 orang dengan jumlah kumulatif 156,727 orang, manakala 4,226 pesakit masih dalam rawatan. – BERNAMA


sabahpost.net/2021/09/18

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 06:08 PM | Show all posts
Alhamdulillah ... skit demi skit kita beralih ...

walaupun gtu ... kekal kan penjagaan diri ... jaga SOP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.543554 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list