CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4244|Reply: 1

[Aduan] Tribunal Pengguna

[Copy link]
Post time 29-9-2021 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 29-9-2021 01:02 PM

Pengarah syarikat ingkar pampasan tribunal pengguna dipenjaraSamadi Ahmad - September 29, 2021 @ 11:09am

[email protected]


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]


Seorang pengarah syarikat di penjara tiga tahun atas pertuduhan di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 – Ketidakpatuhan award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).Pix ihsan KPDNHEP.

PUTRAJAYA: Seorang pengarah syarikat pelancongan dihukum penjara tiga tahun selepas gagal mematuhi perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam, berkata individu itu didakwa mengikut Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 – Ketidakpatuhan perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Katanya, ia membabitkan tiga kes saman bagi kesalahan mengikut Subseksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 terhadap lelaki tempatan itu selepas dia gagal mematuhi perintah TTPM untuk membayar kepada tiga pihak yang menuntut wang berjumlah masing-masing RM4,999, RM6,228 dan RM10,879.

Beliau berkata, peruntukan mengikut Subseksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

"Bagi kesalahan yang berterusan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan," katanya.

Azman berkata, tertuduh gagal membuktikan keraguan munasabah di peringkat pembelaan.

Katanya, Majistret Shah Wira Abdul Halim kemudian menjatuhkan hukuman denda RM8,000 dan sekiranya Orang Kena Saman (OKS) gagal membayar denda dia akan dipenjara satu tahun bagi setiap pertuduhan.

"OKS gagal membayar denda untuk ketiga-tiga pertuduhan dan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selama tiga tahun.

"KPDNHEP memandang serius isu ketidakpatuhan 'award' (perintah) TTPM oleh orang ramai dan berharap hukuman ini menjadi peringatan kepada semua pihak untuk menghormati hak-hak pengguna dalam melaksanakan perniagaan," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2021 01:01 PM | Show all posts
ada ke antara u all yang pernah buat aduan kat tribunal pengguna?

macam mana hasilnya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.174657 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list