CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15819|Reply: 44

T`I`P`S bertemu bakal M E R T U A

[Copy link]
Post time 19-10-2004 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Bagaimanakah rasa kali pertama bertemu bakal mertua? Pasti jantung
berdegup laju, jari-jemari terasa berpeluh sejuk dan segala benda serba
gementar.

Dalam zaman yang serba moden ini, ramai orang akan memperkenalkan
pasangan mereka kepada kedua ibubapa semasa dari tahap awal berkawan lagi.
Ini adalah untuk memastikan bahawa wanita atau lelaki yang dipilih itu
menepati kehendak kedua belah keluarga.

Ini juga dapat mengelakkan daripada timbul tentangan dari pihak
keluarga apabila hubungan telah bertambah serius. Wanita atau lelaki yang
dibawa bertemu keluarga juga boleh menilai samada beliau mahu menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut ataupun tidak.

Jadi apakah yang harus teman2 lakukan pada pertemuan pertama?


Hobi

Tanyalah terlebih dahulu kepada pasangan mengenai hobi ibubapanya.
Setelah mengetahuinya , bacalah maklumat tentang hobi mereka. Jika mereka gemar berkebun, anda boleh membawa benih tumbuhan kesukaan mereka ataupun baca mengenai teknik-teknik terbaik untuk menanam pokok di cuaca Khatulistiwa ini. Ini akan memudahkan anda untuk berbual mengenai hobi mereka.


Tumpukan Perhatian

Apabila mereka bertanya, jawablah soalan dengan baik. Apabila mereka
menceritakan sesuatu, beri perhatian dan dengarlah dengan baik. Ini kali
pertama anda bertemu mereka, jadi kurangkan celoteh anda. Anda akan
berpeluang untuk berceloteh di lain-lain pertemuan.


Bawa Buah Tangan

Tujuan anda menemui mereka adalah untuk mengambil hati mereka bukan?
Maka tiada salahnya jika anda membelikan buah tangan seperti buah-buahan
atau kuih-muih. Ini akan mengambarkan bahawa anda bukanlah seorang yang kedekut.


Kekasih Lama

Walau macamana hebat pun bekas kekasih anda, jangan sekali-kali anda
bercerita mengenai bekas kekasih di hadapan bakal mertua. Walaupun bekas
kekasih anda adalah anak saudara kepada bakal mertua. Elak untuk menjawab secara spesifik.


Kesesuaian Pakaian

Pastikan anda berpakaian kemas dan rambut tersisir rapi. Bagi yang
lelaki, elakkan daripada memakai jeans koyak walaupun ianya fesyen terkini.
Bagi yang wanita, paling selamat, anda boleh memilih untuk memakai baju
kurung dan jangan kenakan mekap yang keterlaluan.


Ringan Tulang

Jika tuan rumah menjamu makanan, bagi wanita eloklah kiranya anda
melawat ke dapur samada untuk membantu menyiapkan hidangan ataupun setelah selesai, anda boleh membantu mengemaskan meja. Walaupun tuan rumah medesak supaya anda tidak membantu, sekurang-kurangnya angkatlah pinggan anda ke dapur.

Bukan bakal mertua sahaja yang sedang membuat penilaian terhadap
teman2, bahkan anda juga berhak untuk membuat penilaian terhadap keluarga tersebut. teman2 seharusnya menilai samada anda boleh menerima cara hidup mereka kerana setelah berkahwin nanti, mereka juga akan menjadi Sebahagian daripada hidup teman2.


:ah:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


eVeRaFtEr This user has been deleted
Post time 20-10-2004 10:13 AM | Show all posts
hui bagus ko nyer petua....satu lagi jgn lupa bawa buah tangan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2004 09:55 AM | Show all posts
Nasihat yang berguna ......... Tapi suspen tu tetap ada kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2004 10:10 AM | Show all posts
ahaks.... InsyaAllah... ace praktikkan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2004 09:16 PM | Show all posts
Pengalaman aku la , kalau jumpa bakal mertua ni kena la tengok minat dia apa, pastu kita kena adjust sikit supaya masuk kepala.Kalau bapak dia suka cerita pasal bisnes, masuk sket bab bisnes, tapi ilmu kena ada la.
Yang penting, jangan berpura-pura.Jadilah diri sendiri.Kalau gaji rm1000, berlagak cara org gaji rm1000, jangan macam orang gaji rm3000.Contohnya, bila cerita bab kereta ke, tunjukkan kita minat tapi buat masa ni tak mampu.....orang tua ni dia nak tengok kita jujur ke tak jujur jer.
Tapi kalau jumpa yang memilih dan cerewet tu, memang takder kesudahannya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2004 09:10 PM | Show all posts
:ah:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2005 02:31 PM | Show all posts
PUJI MAK MENTUA  AUNTY CANTIK PAKAI APA?  :hug:

TANYA MAKANAN KEGEMARAN BAKAL SUAMI, MESTI DIA CERITA BOLE AA AMEK TIPS SIKIT  :love:
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2005 12:12 AM | Show all posts
huhu..takutnya nak jumpa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2005 09:02 PM | Show all posts
teringat citer ibu mertuaku
'ala kassim ala kassim'
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2005 09:14 AM | Show all posts
erm biler nak jumper naper degup tahap giler babeng erkk.............
Reply

Use magic Report

garfield_comot This user has been deleted
Post time 29-4-2005 03:38 PM | Show all posts
masalah bahase..aku x phm sgt aper die ckp sbnrnya...hai cemanala nt..
Reply

Use magic Report

mawarbiru This user has been deleted
Post time 29-4-2005 03:45 PM | Show all posts

Berpeluhhh....!

Tak pernah2 rasa semacam... selalu klu jumpe org pangkat uncle or aunty ni... takdelaa rasa kekok... tapi uncle & aunty ni pulaa bakal mentua... tu yg berpeluhhhhh tu... :bgrin:
Tapi alhamdullillah... segalanya berjalan dgn lancar InsyaAllah aminn....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2005 04:34 PM | Show all posts
hehe relex k garfield comot..mentua u tu cakap bahasa apa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2005 06:05 PM | Show all posts
awat gapil? bakai mentua orgc kelate ko?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 12:15 PM | Show all posts
haku pon takut la nak jumpe bakal mertua haku nnt...
coz bf haku kate mak die cerewet sket psl menantu...
family die jenis yg kuat agame la jugak..
haku nih dah la biase2 jer...
camane ek cadangan korg???
:hmm::hmm:
rase mcm haku kene reject je nnt...
:cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 02:48 PM | Show all posts
teringat waktu mula-mula aku jumpa bapak bekas x tunang aku ... sepatah tanya sepatah lah yang di jawabnya .. bila call dalam tepon sembang mcm dah kenal lama ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2005 02:50 PM | Show all posts
perasaan gementar mesti ada punya yang penting semangat lelaki tu kena ada arr ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2006 07:02 AM | Show all posts
Originally posted by lady_sarah83 at 11-10-2005 12:15 PM
haku pon takut la nak jumpe bakal mertua haku nnt...
coz bf haku kate mak die cerewet sket psl menantu...
family die jenis yg kuat agame la jugak..
haku nih dah la biase2 jer...
camane ek cadan ...



Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 07:39 AM | Show all posts
aku dulu asyik konhtrol ayu jerk

la nie.. kalo bercakap... macam bertih gaklah hehehheheh

yg penting kene ramah... dua2 belah pihak rasa selesa nak bercerita
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 09:31 AM | Show all posts
haku first time jumpa bakal mak metua..mak aihh,punya lah gementar.......tanya sepatah,jawab pun sepatah...ehehhehhehe...skang pun sama gak...kalo jumpa,mesti dup,dap,dup,dap jantung...hehehehhe,tapi kalo borak dalam tepon,banyak jerk idea..heheheeheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.060118 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list