View: 58473|Reply: 365
|
AT TAQWA - SYARAT, RUKUN DAN JALANNYA
[Copy link]
|
hafizi This user has been deleted
|
Bismillahirrahmanirrahim
MUQADIMMAH
Di dalam zaman pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, lahir Islam Hadhari. Ini satu anugerah besar dari Tuhan. Namun ramai orang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari itu. Kerana, sebelum ini kita tidak pernah diajar tentangnya. Selama ini, apa yang diajar ialah Islam asas, yakni yang berkenaan dengan hukum-hakam sahaja.
Bila dikatakan Islam Hadhari, skopnya adalah luas dan global. Hendak sebut ilmunya pun kebanyakan kita terkapai-kapai. Sebenarnya kerajaan telah mengejutkan kita dengan Islam Hadhari ini. Kita selama ini tenggelam dengan ilmu hukum-hakam yang hanya 500 ayat dari 6666 ayat Al Quran. Kalaupun kita faham ilmu, hanya dalam satu-satu bab sahaja. Islam Hadhari adalah perkara baru bagi kebanyakan kita dan para ulama. Moga-moga Islam Hadhari inilah yang akan digerakkan sampai ke hujung dan kemuncaknya akan berlakulah negara aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan.
Pembangunan Islam Hadhari bererti pembangunan tamadun. Bermula dari tamadun rohani yang akan mencetuskan pula tamadun lahiriah atau material atau fizikal. Tanpa tamadun rohani, tamadun lahiriah tidak ada erti apa-apa bah-kan akan merosakkan, merugikan dan memusnahkan manusia.
Inilah caranya Rasulullah SAW membina tamadun dalam sejarah Islam. Rasulullah membina tamadun rohani dahulu di kalangan para Sahabat selama tiga belas tahun di era Mekah. Selepas terbina tamadun rohani, barulah Rasulullah menggerakkan pembinaan tamadun lahiriah selama sepuluh tahun di Madinah. Inilah sunnah yang mesti kita ikut.
llmu tentang membina tamadun rohani dan tamadun lahiriah telah lama ditinggalkan dan dilupakan oleh umat Islam. la tersembunyi dan terkubur di dalam Al Quran dan As Sunnah. llmu itu kini digali dan dicungkil semula oleh ahli zikir dan dipersembahkan untuk tontonan semua. Semen-telahan Allah SWT pun ada berfirman:
Maksudnya: "Hendaklah kamu bertanya (tentang Akhirat, dunia, ekonomi dan masyarakat) kepada ahli zikir, jika kamu tidak mengetahui." (An Nahi: 43)
Islam Hadhari ini melibatkan semua pihak. Bermula dari umara (pemimpin), ulama, pegawai dan kakitangan kerajaan dan seterusnya kepada rakyat jelata di semua peringkat. Oleh itu semua pihak perlu tahu dan perlu memahami tentang skop, penglibatan dan tuntutan-tuntutannya.
Moga-moga apa yang dicari oleh pemimpin dan rakyat Malaysia, tidak kira kaum, bangsa atau agama tentang Islam Hadhari terkandung dalam buku ini. Moga-moga segala per-soalan terjawab dan moga-moga segala keraguan dan salah sangka dapat dihindarkan. Memang manusia itu memusuhi apa yang dia tidak tahu.
bersambung
[ Last edited by hafizi on 17-6-2005 at 10:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ishk....ko nie...., cakaplah Islam Hadhari mengikut Pak Lah.
Pak Lah yang mula kenalkan dan sedarkan pula pada Abuya yang dulu ikut Islam Shuhaimi.
Cakap tu biar slow sikit....nanti Abuya kena kurung balik baru tau !! |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
PRAKATA
Istilah Islam Hadhari bukan sahaja sedang bermain-main di mulut malahan di fikiran kebanyakan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Oleh kerana ia satu istilah yang baru, maka ramai yang tidak memahaminya dan tidak tahu apakah keterlibatan, tuntutan, implikasi dan kesannya. Justeru itu, ilmu, maklumat dan penerangan tentang Islam Hadhari ini adalah sangat-sangat diperlukan.
Konsep Islam Hadhari mula-mula disebut oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kita rakyat Malaysia patut bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana. Menteri kerana membawa satu formula yang amat bijak dan sesuai untuk semua kaum dan bangsa di Malaysia. Cadangan Perdana Menteri ini adalah kebaikan untuk kita semua. Saya rasa, ini adalah satu perubahan dan satu anjakan paradigma yang memang kita perlukan dan yang kita tunggu-tunggu selama ini.
Islam Hadhari sudah menjadi satu gagasan penting Perdana Menteri untuk menjadikan negara dan rakyat Malaysia benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang. la satu langkah yang praktikal dan berkesan bagi mengangkat martabat umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Untuk itu, semua rakyat Malaysia, tidak kira agama, kaum dan etnik perlu memahami dan menerimanya dengan hati yang terbuka tanpa prasangka.
Islam Hadhari membawa kemajuan insaniah dan kemajuan material. Kemajuan insaniah menghasilkan keselamatan dan keharmonian. Kemajuan material pula menghasilkan kemajuan dan kemakmuran. Ini jugalah yang diidam-idamkan oleh rakyat berbilang kaum dan bangsa di Malaysia. Kalau rakyat faham dan mengerti tentang Islam Hadhari, ianya adalah satu khabar gembira buat mereka. Siapa yang tidak mahu keselamatan dan keharmonian? Siapa yang tidak suka kemajuan dan kemakmuran? Oleh itu, ia tidak patut dipersoal atau di-tentang. la adalah keperluan kita semua.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Di samping itu, dengan terbinanya insan dan terbangunnya material, gejala masyarakat dan jenayah akan berkurangan. Inilah masalah yang selama ini telah menghantui dan memeningkan kepala semua kaum yang jalan penyelesaiannya tidak dapat kita temui hingga kini. Integrasi dan perpaduan kaum pun yang selama ini sangat kita usahakan melalui ber-bagai-bagai kempen dan program akan mudah dicapai.
Saya yakin, kalau rakyat Malaysia faham dan perjuangkan Hadhari seperti yang diketengahkan oleh Perdana Men-mulai dari sekarang, kita akan lihat satu perubahan yang luar biasa yang akan berlaku di Malaysia. Satu perubahan yang sangat menguntungkan rakyat dan negara.
Satu perkara yang ingin saya tekankan iaitu adalah lebih baik kita memperkatakan tentang Islam Hadhari daripada Negara Islam seperti yang dibawa dan difahami oleh sese-tengah pihak. Konsep Islam Hadhari adalah lebih global dan lebih luasdari konsep Negara Islam. Islam Hadhari menyentuh semua rakyat di semua peringkat dalam semua aspek kehidupan tidak kira agama dan bangsa mereka. la bermula dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besar per-kara. la mengenai dan melibatkan orang bawahan hingga kepada orang atasan, pegawai-pegawai dan kakitangan ke-rajaan dan rakyat jelata. la lebih syumul dan menyeluruh.[/b]
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Islam Hadhari membawa aqidah dan sistem atau peraturan hidup. Bagi orang Islam, diambil aqidah dan sistem hidupnya. Bagi orang bukan Islam, mereka boleh mengambil sistem hidup Islam sahaja yang bersesuaian dengan fitrah tanpa mengambil aqidahnya. Dalam Islam, tidak ada paksaan dalam aqidah. Sementelahan itu, yang bukan Islam tidak ada sistem hidup yang tertentu dan tersendiri dalam agama mereka. Kalaupun mereka ada mengamalkan sistem hidup, itu bukan dari ajaran agama mereka tetapi adalah dari ciptaan akal manusia. Oleh itu, ia boleh diubah dan ditukar ganti kepada sistem yang lebih baik dan lebih menjamin.
Kita telah sekian lama mengamalkan sistem demokrasi yang berasal dari Barat. Hasilnya tidak ke mana. la terlalu banyak kelemahan. Bahkan sistem demokrasi inilah yang telah banyak menyumbang kepada gejala masyarakat yang tidak sihat, penzinaan, rasuah, dadah, ketidakadilan, krisis moral, krisis politik, pembunuhan dan peperangan.
Oleh itu, tidak salah kalau pemimpin negara hendak men-cari dan mencuba satu sistem yang baru bagi menggantikan sistem demokrasi yang merosakkan dan sangat merugikan kita. Apakah pilihan yang lebih baik dan lebih sesuai untuk negara kita yang berbilang kaum dan agama ini dari sistem, peraturan dan tatanegara Islam Hadhari.
Marilah kita bersatu di belakang Perdana Menteri, bersama-sama memahami dan mengamalkan Islam Hadhari. Mari kita berjuang ke arah itu. la untuk semua kaum dan bangsa. Akan lahir satu bangsa baru di Malaysia yang semua akan mendapat keuntungan.
Sekian.
Ashaari Muhammad
7 Syawal 1425H
20 November 2004
Kuala Lumpur
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
BAB Pengenalan
Jangan kita terkeliru dengan istilah
Madani atau Hadhari. Walaupun bunyinya
hebat dan mengkagumkan, ia sebenarnya tidak
membawa apa-apa maksud baru atau maksud-
maksud tambahan kepada istilah Islam
yang sebenarnya.
PENDAHULUAN
Semenjak Perdana Menteri menyebut tentang perlaksanaan Islam Hadhari sedikit masa dahulu, ramai di kalangan rakyat turut menyebut dan mengulangi istilah yang sama. Baik di kalangan para menteri, timbalan-timbalan menteri, di kalangan wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kerajaan, para ulama, para akademik, pengulas-pengulas di akhbar dan tidak ketinggalan rakyat biasa dari berbagai-bagai peringkat masyarakat.
Dalam isu-isu yang lain, orang memperkatakan terus pen-dapat mereka tentang isu yang menjadi persoalan. Suka tak suka. Pro dan kontra. Kesan baik dan kesan tidak baiknya dan berbagai-bagai lagi. Tetapi dalam isu Islam Hadhari ini, tidak banyak pendapat seperti itu dibincangkan. Tidak ada pendapat pro dan kontra, suka atau tak suka, kesan baik atau tidak baiknya. Ini kerana orang belum faham. Orang masih tertanya-tanya. Orang masih belum pasti apa sebenarnya Islam Hadhari itu. Oleh itu tidak ada sesiapa yang boleh mem-beri pendapat atau membuat apa-apa komen.
Kalau ada pun yang memberi reaksi, hanya setakat menyatakan kefahaman mereka tentang Islam Hadhari itu. Itu pun kefahaman mereka sahaja, tidak ada apa-apa yang pasti. Sebab tidak ada tempat rujuk. Islam Hadhari tidak disebut dalam Al Quran dan tidak disebut dalam hadis. Ulama-ulama muktabar dahulu pun tidak ada yang menyebutnya. La istilah baru atau istilah kontemporari. la hanya disebut oleh beberapa ilmuan mutakhir dan kefahaman ini belum meluas dan belum diterima umum.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
TAKRIF
Kita biasa didedahkan kepada istilah Islam Madani yang pernah dipopularkan satu ketika dulu. Islam Madani juga adalah istilah kontemporari. Tidak ada dalam Al Quran dan tidak ada dalam hadis. Namun istilah Madani ini lebih mudah diTahami sebab maksudnya terus dan direct. Bila dikatakan Islam Madani, maksudnya Islam yang maju lahir batin. Kalaupun orang tidak boleh bayangkan kemajuan batin atau rohaninya, sedikit sebanyak orang boleh nampak pembangunan dan kemajuan lahirnya seperti kereta mewah, gedung yang besar-besar dan sebagainya.
Madani adalah dari perkataan madana yang bermaksud kemajuan. Apabila ditambah 'ya' di hujungnya menjadi madani, maka mengikut kaedah bahasa Arab, ia menjadi isim nisbah iaitu yang dibangsakan kepada kemajuan.
Hadhari adalah dari perkataan hadhara. Kalau hendak diterjemahkan dari segi bahasa, maknanya hadhir (hadir). Bila ditambah 'ya' di hujungnya menjadi hadhari, maka maksudnya menjadi isim nisbah iaitu dibangsakan kepada hadhir.
Kalau maksud madani itu terus atau direct iaitu kemajuan, maksud hadhari pula tidak sebegitu direct. Orang tidak dapat kaitkan hadhir dengan Islam. Apakah itu Islam yang hadhir? Maksudnya kabur. Oleh itu istilah hadhari ini perlu diterjemah, diulas dan dikupaskan lagi.
Terjemahan atau kupasan kepada istilah hodhir ini ialah realiti. Jadi Islam Hadhari ialah Islam Realiti. Realiti ialah sebenarnya, yang betul-betul Islam, yang tulen dan pure yang hakiki. laitu Islam seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan di zaman para-para Sahabat. Islam yang membawa kemajuan rohaniah dan lahiriah.
Bila diulas, dibahas dan dikupas, kita dapati hadhari dan madani itu lebih kurang sama maksudnya. Cuma madani senang difahami dan maksudnya jelas sedangkan hadhari maksudnya tidak jelas dan ia bersifat indirect. Yang berbeza hanya istilahnya sahaja kerana ianya dibawa oleh orang yang berlainan. Maksud, hakikat dan tuntutannya tetap sama. Islam rtu satu sahaja. laitu seperti yang diajar dan dibawa oleh Rasulullah SAW.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 2005-1-5 12:00 PM:
Ishk....ko nie...., cakaplah Islam Hadhari mengikut Pak Lah.
Pak Lah yang mula kenalkan dan sedarkan pula pada Abuya yang dulu ikut Islam Shuhaimi.
Cakap tu biar slow sikit.... ...
Abuya tak pernah dakwa istilah Islam hadhari tu dari dia. Tak perlu pak lah nak sedar2kan abuya, sebab kalau lah Islam hadhari tak dilancarkan oleh pak lah pun...perjuangan abuya dari dulu hingga kini tetap sama. Apa yg di sarankan oleh abuya melalui islam hadhari pak lah ini sama saja apa yg telah dilagang oleh abuya sejak penubuhan arqam puluhan tahun yg lalu.
Cuma melalui Islam hadhari pak lah ni, abuya perjelaskan apa itu Islam yg sebenar dan kaedah utk merealisasikannya. Di mana abuya tidak menyalahkan istilah hadhari tersebut bahkan membantu usaha pak lah. Bukankah itu ikhlas namanya tanpa mengira siapa, janji seseorang itu ada usaha utk menegakkan Islam.
Ini menunjukkan cita2 Islam pak lah biar pelaksanaannya ada kekurangan tapi sebagai seorg Islam dia sudah punyai naluri mahu pada Islam dan inilah yg abuya nampak. Jadi tidak kiralah siapa pun yg membangunkan Islam, abuya tetap akan bantu.
Pak lah hanya tahu cipta istilah tapi penerangan dan pengisian dilakukan oleh abuya.
Tak kan tak faham2 lagi, kan ke abuya dah jelaskan...biar apa pun istilah hadhari ke madani ke sejati ke.....Islam tetap Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
Bukan kah perkara ini sudah dibincangkan di dalam thread Apa Itu Islam Hadhari. Kenapa perlu di ulang perbincangan yang sama?
Wrote by Guys...
Apa yg di sarankan oleh abuya melalui islam hadhari pak lah ini sama saja apa yg telah dilagang oleh abuya sejak penubuhan arqam puluhan tahun yg lalu.
kenapa bila Pak Lah timbulkan Islam Hadhari baru ramai orang sibuk nak mengaitkan amalan mereka dengan Islam Hadhari? Kalau benar telah diamalkan puluhan tahun dulu, mengapa tidak dikaitkan dengan Konsep yang dibawa oleh PAS. sebab bekas Mursyidul Am mereka, Almarhum Ust. Yusof Rawa telah membentangkan kertas kerja "Tajdid Hadhari" seawal tahun 1977. Bertitik tolak dari itu lahirlah slogan Kepimpinan Ulama' dan Konsep Negara Islam yang sibuk diperjuangkan oleh PAS
Jadi persoalannya, mengapa golongan ini hanya ini mengaitkan amalan pemimpin mereka dengan Pak Lah dan bukan dengan PAS yang lebih dulu memperjuangkan konsep hadhari ini?
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guys at 5-1-2005 12:46 PMak lah hanya tahu cipta istilah tapi penerangan dan pengisian dilakukan oleh abuya.
Tuu diaaaaa..... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
ASM
kepada yang memberi komen terimakasih....
saya harap sdr/sdri dapat memahami dan menghayati kalau sudilah..kalau tak sudi tak mengapa..cuma berhati-hatilah apabila membuat komen takut-takut nanti org anggap "eh, apa ni tak habih-habih nak komen benda yg sama, tak baca ke, tak faham, apa masalahnya..."
sayakan dah kata sebelum ini, kalaulah sdr/sdri ada alternatif minda atau rujukan kepada Islam Hadhari ini, persilakan buka thread sendiri....bukan ke dah jelas tajuk thread ini ISLAM HADHARI MENURUT ABUYA...sapa-sapa nak buka thread baru, ha buatlah pula tajuk ISLAM HADHARI MENURUT sesiapa yg dia rasa dia minat...ADILkan?...
sekian...
nanti saya sambung lagi post ..banyak ni satu buku ...
[ Last edited by hafizi on 5-1-2005 at 01:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddy1577 at 2005-1-5 01:10 PM:
Assalamualaikum...
kenapa bila Pak Lah timbulkan Islam Hadhari baru ramai orang sibuk nak mengaitkan amalan mereka dengan Islam Hadhari? Kalau benar telah diamalkan puluhan tahun dulu, mengapa tidak dikaitkan dengan Konsep yang dibawa oleh PAS. sebab bekas Mursyidul Am mereka, Almarhum Ust. Yusof Rawa telah membentangkan kertas kerja "Tajdid Hadhari" seawal tahun 1977. Bertitik tolak dari itu lahirlah slogan Kepimpinan Ulama' dan Konsep Negara Islam yang sibuk diperjuangkan oleh PAS
Jadi persoalannya, mengapa golongan ini hanya ini mengaitkan amalan pemimpin mereka dengan Pak Lah dan bukan dengan PAS yang lebih dulu memperjuangkan konsep hadhari ini?
haaa...sdr tahu ngapa, sebabnya pak lah lebih bersikap terbuka dan mahu bekerjasama dgn abuya dan yg lebih penting menerima saranan abuya utk mengisi Islam hadhari ini.
Lebih baik tanya kenapa Pas yg tak mahu bekerjasama dgn abuya...
Semasa isu pengharaman arqam iibentangkan dlm parlimen (sebelum pengharaman), tidak seorang pun pembangkang pas yg bangun mempertahankan abuya atau sekurang2nya memberi pendapat. Mrk semua jadi cicak berak kapur, diam membisu.
Yg bangun masa tu pembangkang bukan Islam yg mempersoalkan tindakan utk mengharamkan arqam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddy1577 at 2005-1-5 01:10 PM:
Assalamualaikum...
Bukan kah perkara ini sudah dibincangkan di dalam thread Apa Itu Islam Hadhari. Kenapa perlu di ulang perbincangan yang sama?
Sebabnya ada yg masih tak faham2 hingga kat sini pun ditanya2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
Wrote by Hafizi...
saya harap sdr/sdri dapat memahami dan menghayati kalau sudilah..kalau tak sudi tak mengapa..cuma berhati-hatilah apabila membuat komen takut-takut nanti org anggap "eh, apa ni tak habih-habih nak komen benda yg sama, tak baca ke, tak faham, apa masalahnya..."
Memang Eddy komen seakan-akan sama sebelum ini sebab topik yang diunjurkan juga adalah sama dengan thread sebelum ini. Dan bila berforum itu mesti ada pros and cons maknanya kena terimalah sebarang cadangan atau kritikan sebab ianya terbuka. kalau sekadar ingin post sahaja tanpa ingin sebarang kritikkan lebih baik bagi nota setiap habis tarbiah - sebarang kritikkan tidak diterima.. Baru orang takkan kritik...
Lagipon ini juga satu cara muzakarah ilmu, berbahas menggunakan ilmu...andaikata Abuya benar berdasarkan fakta dan ilmu, Eddy juga akan kembali menyokong Abuya. So berfikiran terbukalah
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
Originally posted by Guys at 5-1-2005 01:40 PM:
haaa...sdr tahu ngapa, sebabnya pak lah lebih bersikap terbuka dan mahu bekerjasama dgn abuya dan yg lebih penting menerima saranan abuya utk mengisi Islam hadhari ini.
Lebih baik tanya kena ...
Bukan kah ini lebih bersifat kepentingan politik dan bukan bersikap memperjuangkan yang Haq? Jadi di mana hala tuju dakwah yang dibawa?
Andaikata satu hari nanti Malaysia diperintah oleh PAS, masihkah Abuya menyokong UMNO? Atau andaikata UMNO+Pas bergabung. masih setiakah Abuya menyokong Pak Lah?
Kita berdakwah kerana Allah bukan kerana ada orang sokong atau tidak. Kita mencari keredhaan Allah bukan keredhaan Pak Lah atau PAS
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddy1577 at 2005-1-5 02:52 PM:
Assalamualaikum...
Bukan kah ini lebih bersifat kepentingan politik dan bukan bersikap memperjuangkan yang Haq? Jadi di mana hala tuju dakwah yang dibawa?
Nampak awk ni tak paham apa maksud aku....kalau bukan abuya memperjuangkan yg hak, dah lama arqam berkubur dan tak akan wujud rufaqa dgn uslub yg sama. Kalau bukan abuya memperjuangkan yg hak, takkan sampai abuya kena ISA.
Baik zaman mahathir atau zaman pak lah, perjuangan abuya tetap sama. Bezanya kalau zaman mahathir dulu, dia cantas apa saja yg tidak selari dgnnya. Tapi zaman pak Lah, beliau lebih memberi laluan pada abuya. Itu saja bezanya ok. Andai katalah pak lah pun sama mcm mahathir, jangan ingat perjuangan abuya akan berubah. Hala tuju perjuangan abuya tetap sama.
Andaikata satu hari nanti Malaysia diperintah oleh PAS, masihkah Abuya menyokong UMNO? Atau andaikata UMNO+Pas bergabung. masih setiakah Abuya menyokong Pak Lah?
leerr...tak paham2 lagikah perjuangan abuya? Abuya akan sokong siapa sj yg benar2 mahu mendaulatkan Islam ttp dgn syarat mesti ikut kaedah yg dilagang oleh Rasulullah. Hal ini dah banyak dikuliahkan oleh Abuya.
Kita berdakwah kerana Allah bukan kerana ada orang sokong atau tidak. Kita mencari keredhaan Allah bukan keredhaan Pak Lah atau PAS
Apa bukti abuya tak berdakwah kalau tidak ada org sokong dia? Zaman mahathir yg asyik cantas arqam tu apa hal? Abuya tak berdakwah ke masa tu? Kalau tak berdakwah kenapa sampai arqam diharamkan? Kalau tak berdakwah kenapa selama 10 tahun abuya dlm tahanan terhad ISA, dia tetap boleh keluarkan ratusan kuliah dan sajak melalui keluarganya utk disampaikan pd masyarakat Islam? Dlm tahanan 10 tahun tak kurang dr 500 lebih cawangan bisnes dia di dlm dan luar negara. Apakah itu semua kerana tunggu pak lah beri sokongan ke? |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
;) La tak ada lagi ke thread baru ISLAM HADHARI MENURUT sesiapa selain Abuya...ingatkan dah ade.....
apa-apapun, kita sambung baliklah kandungan buku Abuya tu...
:ah: thanks Guys..dah lama tak join mana pi ?... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Kalau ada Islam yang berbeza dari itu, maka tidak tulenlah Islamnya. Islam itu satu, dari Tuhan yang satu, berasaskan Al Quran yang satu dan dibawa oleh Rasul yang satu. Oleh itu ia mesti satu pada bila-bila masa pun. Kecuali dalam hal-hal furuk yang kita dibenarkan bermazhab.
Namakanlah Islam itu madani ataupun hadhari ataupun apa-apa istilah yang lain, ia tetap Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW, kerana kalau dikatakan Islam, tidak ada Islam lain selain daripada itu. Kalau berbeza maka ia dengan sendirinya tertolak.
Sebenarnya, kalau disebut Islam sahaja pun sudah cukup. Istilah-istilah dan slogan-slogan yang lain sebenarnya tidak menambah apa-apa kepada istilah Islam. Yang penting umat Islam mesti memahami betul-betul Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Bukan Islam ikut fahaman sendiri atau ikut fahaman kelompok-kelompok yang tertentu. Oleh itu jangan kita terkeliru dengan istilah Madani atau Hadhari. Walaupun bunyinya hebat dan mengkagumkan, ia sebenarnya tidak mernbawa apa-apa maksud baru atau maksud-maksud tam-bahan kepada istilah Islam yang sebenarnya.
Namun, tidak pula salah untuk menambah istilah lain kepada Islam bagi meningkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam yang asal itu. Sebab kalau umat Islam dilihat cacat, itu bukan bererti Islam mengajar umatnya jadi begitu. Itu adalah tanda umat Islam telah tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
MEMAHAMI KEPERLUAN MANUSIA
Manusia yang hidup di muka bumi ini memerlukan berbagai-bagai keperluan dan kelengkapan hidup. Keperluan ini adalah untuk menyempurnakan kehidupan mereka dalam dua negara iaitu negara terdekat, dunia namanya dan negara yang jauh atau Akhirat namanya yang kekal abadi.
Manusia itu diciptakan ada jasad lahir dan ada jasad batin. Jasad lahir atau jawarih iaitu anggota lahir atau fizikal yang dapat dilihat dan disentuh. Jasad batin pula ialah anggota yang bersifat maknawiyah dan rohaniah, iaitu terasa adanya, tetapi tidak dapat dilihat dan disentuh.
Kedua-dua jasad yang ada pada manusia ini perlu di-bekalkan keperluan hidupnya. Kalau tidak kedua-duanya akan rosak. Manusia itu akan melarat dan menderita di dunia dan di Akhirat. Kalau salah satunya sahaja yang diberi perhatian dan diberi keperluan hidupnya, maka ia tidak seimbang. Kalau jasad lahir sahaja diurus keperluannya, sedangkan jasad batin tidak diurus, senang hidup di dunia tetapi susah kehidupan di Akhirat. Kalau jasad batin sahaja diurus keperluannya sedangkan jasad lahir tidak diurus, senang kehidupan di Akhirat, susah kehidupan di dunia. Oleh itu, manusia hendaklah mengurus keperluan jasad lahirnya dan juga keperluan jasad batinnya. Barulah ia akan seimbang. Agar manusia boleh berbahagia di dunia dan berbahagia di Akhirat. yang mendapat kebahagiaan di kedua-dua negara.Dengan demi-kian, barulah manusia dapat menjadi manusia yang sempurna yang mendapat kebahagiaan di kedua-dua negara.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Jasad lahir manusia memerlukan makan minum, pakaian, tempat tinggal, seks, kesihatan, kernudahan perhubungan, kernudahan mencari rezeki dan lain-lain lagi. Untuk itu manusia membangunkan tamadun lahir. Dibina bangunan dan rumah, jalan raya, dibuka ladang dan dicipta alat-alat per-tanian, dibina kenderaan, kilang, pekan dan bandar dan berbagai-bagai lagi. Tamadun lahir ini sangat maju dan ber-jaya. la sudah hebat dan mengkagumkan dan sudah sampai kepada kemuncaknya.
Jasad batin atau roh manusia juga perlu kepada makan minum dan pakaian bahkan lebih patut dijaga makan minum dan pakaiannya dari jasad lahir. Makan minum roh ialah ke-yakinan, solat, puasa, membaca Al Quran, tafakur, zikir, tasbih, tahmid, selawat dan doa. Pakaiannya pula adalah sifat taqwa iaitu melaksanakan segala yang diperintah dan menjauhi segala yang dilarang. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya. Hasilnya akan lahir perpaduan, kebahagiaan dan keharmonian yang diinginkan oleh manusia sejagat, lebih dari keinginan mereka terhadap pembangunan material dan fizikal.
Apa yang malang di akhir zaman ini, keperluan jasad lahir dan keperluan jasad batin tidak seimbang. Pembangunan material dan fizikal begitu menonjol, hebat dan canggih. Tetapi pembangunan rohaniah semakin menurun, semakin merosot, semakin kurang, teruk dan punah. Apabila pembangunan insaniah punah, maka runtuhlah akhlak manusia hingga menyapu bumi. Di tengah-tengah bangunan dan gedung-gedung yang tinggi dan indah, di situlah terdapat sarang pelacuran, lesbian dan homoseks. Di dalam keadaan bandar yang hebat dan gagah, penuh dengan lampu yang bergemerlapan, di situlah berlaku penipuan, rasuah, rompakan, rogol, zina dan pembunuhan. Di dalam kemewahan dan kemajuan material, di situlah berlaku penzaliman, dis-kriminasi, keangkuhan, khianat, hidup nafsi-nafsi, sombong, megah, pentingdiri, pembaziran, vandalisme, bohjan, bohsia dan pergaulan bebas lelaki perempuan yang tidak ubah seperti haiwan.BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
| |
|