View: 180740|Reply: 245
|
Nama, Panggilan, Gelaran/Titles, Pangkal Nama, Nama Keturunan/Surnames Melayu
[Copy link]
|
|
Topic: Malay & Roots of Malay Surnames with Real Malay Names !
( Surname Melayu & Surname Rumpun Melayu dengan Nama2 Melayu yang Sebenar ! )
semua nama2 Melayu yg Lama wajib dikaji dgn dalam dan direkod utk PENGETAHUAN MELAYU juga !
skang kita dah jarang dengar @ terbaca nama2 Orang Melayu
dgn nama Melayu .
Selain tu, kita juga kena kaji semua MALAY SURNAME
atau "Nama Keturunan Melayu" yg MASIH WUJUD SAMPAI SEKARANG
maupun yg dah tak dijumpai lagi di negara ni.
Nama2 Melayu wajib dikaji pasal Melayu kan terdiri drpd PELBAGAI SUKU
contohnya suku Minangkabau lain namanya; suku Jawa , Bugis dll. lain pula.
kan kita RUMPUN MELAYU yg terdiri drpd ratusan SUKU spt
Bajau, Kadazan-Dusun, Filipina , Cham ( Indo-China) , Selatan Thai, Acheh,
Minangkabau , Rawa, Jawa, Bugis , Mandailing, dan banyak lagi .
Antara SURNAME MELAYU ;
WAN
CHE' ( Utara Malaysia )
CHE' WAN ( gabungan Keturunan Che' + Wan = Che' Wan )
TUAN
NIK ( Kelantan )
dan lain2 lagi.....
*********************************************************
FAKTA 1 :
WAN KAMARUDIN + WAN IBRAHIM
^ ^
( nama DIRI ) + ( nama BAPA )
MAKA , WAN = SURNAME ( surname = nama KETURUNAN )
FAKTA 2 :
CHE' HASAN + CHE' NGAH
^ ^
( nama DIRI ) + ( nama BAPA )
MAKA , CHE' = SURNAME (surname = nama KETURUNAN )
FAKTA 3 :
TUAN Ahmad + TUAN Abdul Samad
^ ^
( nama DIRI ) + ( nama BAPA )
MAKA , TUAN = SURNAME (surname = nama KETURUNAN )
Kesimpulan drp FAKTA 1 & 2 bermakna MELAYU MEMANG ADA SURNAME
tapi TAK SEMUA MELAYU YG ADA SURNAME .
Dan SURNAME2 MELAYU ni TIADA KAITAN DGN ORANG CHINA @ ORANG KOREA di ASIA TIMUR.
Surname2 Melayu mungkin hanya ada pada orang2 Melayu berKETURUNAN RAJA2 MELAYU yg berasal dr daerah2 , negeri2 @ negara2 Melayu yg berlainan pd ZAMAN DULU .
Ia kini masih ada hingga ke ZAMAN INI .
Cadangan : NAMA2 MELAYU & SURNAME MELAYU PERLU DIREKOD !
p/s: TOLONG BACA BALIK , BARU JER TAMBAH HASIL CERAPAN !! :bgrin: :solute:
[ Last edited by riccckyyy at 27-12-2006 11:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
NAMA2 MELAYU YANG KINI MASIH DIPAKAI :
Untuk Perempuan Untuk Lelaki
1. Mawar 1. Tuah
2. Melur 2. Jebat
3. Intan 3. Awang (sbg surname @ nama shj)
4. Ayu
5. Suri
6. Mas
7. Indah
8. Cinta
9. Suria
10. Dayang (sbg surname @ nama shj)
:ketuk::ketuk::ketuk:
[ Last edited by senyum_77 on 17-2-2005 at 03:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chumpon at 17-2-2005 01:20 PM:
nama bunga pun ada kan?
yup, ada !!
biasanya nama bunga dipakai PEREMPUAN
lagi satu , PEREMPUAN juga pakai nama2 sifat (adjektif) yg dikhaskan
utk JANTINA PEREMPUAN.
contohnya, Ayu ; Manis ; & Wangi ( spt. Dang Wangi ) |
|
|
|
|
|
|
|
Nama melayu asli :
Lelaki
Arjuna
Kencana
Aduka
Satria
Bahaman
Tuah
Lekir
Jebat
Lekiu
Kasturi
Nadim
Pinang
Kilau
Badang
Pandir
Daun
Bulat
Hitam
Putih
Selat
Adi
Pandak
Bujang/Ujang
Awang
Kecik
Jantan
Alang
Teruna/Taruna
Uda
pekan
damang
Puteh
Merah
Damak
Darus
comot
bagok
kundang
malim
tenggang / tanggang
malau
lela
anjang
uteh
bongsu
Janggut
Suria
Perempuan
kemboja
kenanga
Mawar
Melur
Melati
Teja
Awan
Ayu
Udoh
Bulat
Bunga
Daun
Kecik
Putih
Seri
dara
kuntum
manja
Peah
Melah
merah
kuning
cantik
puteh
ning
teh
comot
bibi
sari
cempaka
saripah
anum
laila
bongsu
Tanjung
Kangkung
Mahsuri
Saa'dong
Kembang
Embun
Cindai
Belacu
Intan
Perak
Emas / Mas
Delima
Zamrud
Permata
Nilam
Manikam
Suasa
Suria |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Nama-Nama Orang melayu
Ini aku nyer research (yang tak scientific) ... cuma berpandukan pengalaman, observation dan mere knowledge.
Nama orang-orang Melayu ni ada tiga peringkat :-
Peringkat Pertama
Zaman purba sebelum kedatangan Islam. Contoh nama ; Melati, Kuntum, Melur, Komeng, dan lain-lain. Zaman tu nyer nama lebih kepada gelaran atau orang akan associate seorang individual tu dengan subjek tertentu. Nama-nama macam Melati dan Melur diambil dari bunga ... mungkin individu tu cantik macam bunga. Zaman ni tak ada BIN atau BINTI (BINTE actually).
Peringkat Kedua
Kedatangan Islam ... atau lebih tepat lagi kedatangan saudagar-saudagar dari India dan Pakistan. Wujudlah nama macam Jamalludin, Isarudin ... semua yang suffix ada DIN. Pengaruh Arab mungkin tiada kat sini ... coz nama Arab mana ada DIN (with the exception of Osama Bin Laden ).
Peringkat Ketiga
Zaman sekarang ... cantuman nama bapak dan ibu. Sesetengah tu tak ada langsung makna di sebalik nama yang diberi. Kalau ada pun, tapi cantuman tu dah tak ada makna ... dah tak juxtaposed (place side by side).
So, apa pendapat korang ... any comments?
Notes :
BIN = Born In Name
BINTE = Born In Name To Eve
>>>>>>> ini masa British nyer era. Yang peliknya tak semua tahu tentang hal ini ... mungkin orang kat Pejabat pendaftaran saja yang tau. Kita hanya kata BIN dan BINTE itu hanya untuk orang-orang ISLAM sahaja ... tapi kalau kita tengok kat negara-negara lain, perkata BIN dan BINTE ni memang tak wujud ... even di negara-negara Arab tersendiri.
Berhubung dengan nama-nama yang disadurkan dari pedagang-pedagang dari India dan Pakistan ... DIN itu hanya sebahagian sahaja (sekadar memberi contoh) ... orang Pakistan memang banyak yang suffix ada DIN atau DEEN. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NAMA2 DARI SUKU BUGIS !
NAMA2 DARI SUKU BUGIS !
1. Daeng Perani
2. Daeng Menambun
3. Daeng Merewah
4. Daeng Chelak
5. Daeng Kemasi
* * Daeng = surname anak keturunan raja Bugis.
:ketuk:
Cuba fikirkan MAKNA Perani , Menambun, Merewah , Chelak & Kemasi !!
Apa MAKNAnya ? :stp:
Mungkin orang Bugis tau maknanya . :solute:
[ Last edited by senyum_77 on 18-2-2005 at 05:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
NAMA2 YG DITEMUI DALAM KITAB "SEJARAH MELAYU"
Nama Perempuan Nama Lelaki
1. Dang Anom ( bini Hang jebat ? ) 1. Hang Tuah
2. Dang Saji 2. Hang Jebat
3. Dang Merdu Wati ( mak Hang Tuah) 3. Hang Kasturi
4. Dang Wangi 4. Hang Lekir
5. Dang Raya Rani 5. Hang Lekiu
6. Dang Baru 6. Tun Perak
7. Tun Teja 7. Tun Kudu
8. Wan Malini 8. Sang Sapurba
9. Wan Empuk 9. Sang Setia
[ Last edited by senyum_77 on 24-2-2005 at 01:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
separuh melayu separuh arab
Seri Nadzirah
100% melayu
Seri Mersing
lelaki yang kuat.. Badang |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada sorang kawan tu...nama dia, "MOHD DIRWAN DEWATA SAMURI" Itu nama Jawa ker Melayu ha...?
:cak::cak::cak::cak: |
|
|
|
|
|
|
|
erm..kuntum , manja --->nama pompuan!
pekan , damang ---->nama lelaki!
|
|
|
|
|
|
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
seri mersing~~
lagulah melayu~~~
dikaranglah oleh~~~
biduan dahulu~~~
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh) |
|
|
|
|
|
|
|
Gabungan Gelaran
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji
(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.
(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik
(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji
(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chumpon at 18-2-2005 16:35:
Notes :
BIN = Born In Name
BINTE = Born In Name To Eve
>>>>>>> ini masa British nyer era. Yang peliknya tak semua tahu tentang hal ini ... mungkin orang kat Pejabat pendaftaran saja yang tau. Kita hanya kata BIN dan BINTE itu hanya untuk orang-orang ISLAM sahaja ... tapi kalau kita tengok kat negara-negara lain, perkata BIN dan BINTE ni memang tak wujud ... even di negara-negara Arab tersendiri.
...
Aku baru tau hari nie.... tak sesia aku surf forum malam nie... dpt gak aku ilmu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh aku tanya sikit laa.. Nama "Siti" tu dari mana datangnya.. memula aku ingat dari Arab tapi nama Arab takder pun "Siti".. Ingat kah kita pada "Siti Sarah" dan "Siti Khadijah" tapi bila aku baca buku2 Islam yang tidak bersumberkan dari Melayu tidak terdapat perkataan "Siti".. Hanya "Hajar" , "Sarah" atau "Khadijah".. Jadi siapakah yang memberi gelaran "Siti" pada mereka.. apakah makna di sebalik "Siti" sebenarnyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
mat sentul
mat nayan
mat senin
mat sabdu
mat kambing (sebab kat rumah, dia bela kambing)
mat lembu (sebab kat rumah, dia bela lembu)
mat beca (sebab dia dulu kerja penarik beca)
mat rempit(sebab dia kaki recing lumbe haram)
mat ronggeng
hehehe
dalam bahasa arab MAT bermaksud MATI hehehe....jangan ambik hati nooo
aku lak.. mat moto hehehehe... tapi.. tak rempit laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
....tambah sikit
Kat Perlis dan Kedah, kita dapat temui nama-nama 'klasik' berikut dikalangan orang Melayu....
- Udoh (lelaki + perempuan)
- Lebar (perempuan)
- Gon (perempuan)
- Lat (lelaki + perempuan)
- Pok (perempuan)
- Cha (lelaki )
- Nyan (kependekan dari Nayan)
- Chin (lelaki) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aishiteru at 20-2-2005 11:28 AM:
Boleh aku tanya sikit laa.. Nama "Siti" tu dari mana datangnya.. memula aku ingat dari Arab tapi nama Arab takder pun "Siti".. Ingat kah kita pada "Siti Sarah" dan &qu ...
Kalau tak silap mok nik lah aishiteru sesetengah pihak mengatakan, nama SITI ini adalah ada susur galur dari gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi tidak ada bukti yang sahih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mok_nik at 21-2-2005 01:21 PM:
Kalau tak silap mok nik lah aishiteru sesetengah pihak mengatakan, nama SITI ini adalah ada susur galur dari gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi t ...
mcm nih..Siti nih nama utk org terhormat arab.,..pangkat dia mcm nenek la..org senior..kalo yg perempuan siti..yg lelaki sidi..
pasal dari keturunan nabi tuh syed (sayyid) utk lelaki dan syarifah utk perempuan..wallahualam |
|
|
|
|
|
|
| |
|