CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5026|Reply: 13

Suatu fakta mengenai penyakit sosial

[Copy link]
belut This user has been deleted
Post time 20-7-2005 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Majoriti penagih dadah, pesalah sumbang mahram (incest), keganasan, buli adalah orang Melayu. Sementara itu, majoriti orang Melayu yang melakukan sumbang mahram, rogol, dadah dan sebagainya pula bukanlah pengunjung pusat hiburan, pub, konsert dan sebagainya. Saya rasa pandangan pemimpin PAS yang memfokus kepada muzik dan hiburan sebagai punca penyakit sosial adalah tidak tepat.

It looks as if God has abandoned us. The Quran promises victory and dignity for believers. As long as Muslims remain beholden to the hadith books, the future of Malays will be bleak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2006 10:57 AM | Show all posts

Suatu fakta mengenai penyakit sosial

Penyakit sosial berlaku apabila diri manusia itu tertekan akibat persekitarannya yang tidak mengikut seperti kehendaknya... selalunya kehendak kebendaan... Allah swt memberi konsep bahawa manusia yang tenang adalah manusia yang dekat dengan NYa... Oleh itu bagaimana kita hendak mendekati diri kita kepada Nya? So dah tentu mengelakkan diri dari pergi ketempat yang melalaikan itu adalah salahsatu  caranya... di samping itu banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk lebih mendekati Nya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 12:00 PM | Show all posts
Mala setuju 'hiburan' per se bukan penyebab penyakit 'sosial'. The real problem is the people. Mungkin sbb tak der pelajaran dan tekanan hidup.

Tapi ada jugak yg berpendapat hiburan itu sendiri sbg penyakit sosial. Adus.... sakit...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by Normala17 at 5-2-2006 12:00 PM
Mala setuju 'hiburan' per se bukan penyebab penyakit 'sosial'. The real problem is the people. Mungkin sbb tak der pelajaran dan tekanan hidup.

Tapi ada jugak yg berpendapat hiburan itu sendiri  ...



Sebenarnya dalam Islam boleh berhibur, tapi kena dengan cara yang Allah benarkan... cari le buktinya dalam Al-Quran...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2006 08:14 AM | Show all posts
Ini satu contoh cerita yang dibuat dari andaian dan sembang-sembang kedai kopi.  

Sila kemuka fakta kajian yang credible.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 03:19 AM | Show all posts
Originally posted by belut at 20-7-2005 06:50 PM
It looks as if God has abandoned us. The Quran promises victory and dignity for believers. As long as Muslims remain beholden to the hadith books, the future of Malays will be bleak...


Ini mana hang belajaq ni?

Abih tu kalau tetiba dari kaya terus papa kedana pun keluar statement serupa tu?

Maksud islam ialah penyerahan, dan penyerahan apa? penyerahan kepada qadaq dan qadar serta patuh pada undang-undangnya untuk kebahagian dan kemenangan diakhirat kelak.

Kalau yang merogol, minum arak, kaki goyang kat pub & pusat hiburan, buli, keganasan dan sumbang mahram tu semuanya kalau melayu beragama islam kalau takda nak bertaubat....neraka dahulu tempat dia kemudian baru syurga walau ada sebiji saga kepercayaan kepada Allah swt.

Muzik dan hiburan adalah melalaikan........even anak2, isteri serta harta adalah hiasan.

Semua ni dalam Qur'an lah.....takkan kalau sudah kaji al-Quran perkara camni pun nak persoalkan? Biar betul kamu ni belut.....

Masaalah sebenar ialah kurangnya rasa takut pada janji2 Allah swt akan dihisab amalan serta seksaan yang menanti di akhirat kelak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2006 03:37 PM | Show all posts
salam

sebenarnya belut tu nak saudara berfikir
pasal bukanlah sebabl jenis kesalahan sumbang mahram dan lainnya tu yg jadi topik utama
tapi topik yang lebih penting, orang ISLAM sekarang tak ambil tau sangat
CORAK KEHIDUPAN yang ALLAH dan RASULNYA dah TURUNKAN
maka kita kenalah kembali SEBENAR-BENARNYA kepada AL QURAN dan SUNNAH NABI
dan TIDAK MENGAMBIL SEBAHAGIAN AYAT YANG SECOCOK DENGAN DIRI
TETAPI MEMBUANG SEBAHAGIAN AYAT..............
maka itulah yang terjadi sekarang ini

SEMOGA SAUDARA DIRAHMATIDAN DIBERKATI TUHAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 11:23 PM | Show all posts
Itu semua terpulang pada diri masing2 dalam keinginan untuk mendalamkan diri dalam ilmu Allah. Lagipun terbukanya hati serta cahaya keimanan terhadap mana-mana hamba ditentukan oleh Allah swt.....

Tak perlulah nak salahkan pada yang memegang pada sunnah Nabi yang dirujuk dari hadith. Nak perbincangan yang sihat boleh tapi biarlah ikhlas tanpa diselitkan dengan kata-kata sinis. Jangan ingat hadith yang diikut al-Quran ditinggalkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2006 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 3-3-2006 03:37 PM
salam

sebenarnya belut tu nak saudara berfikir
pasal bukanlah sebabl jenis kesalahan sumbang mahram dan lainnya tu yg jadi topik utama
tapi topik yang lebih penting, orang ISLAM sekarang tak a ...



dia suruh kita berfikir atas fakta yang diragui.

kalau terma english disebut, "putting facts in listeners mouth".  maksudnya, fakta-fakta yang belut mahu kita percaya disogokkan supaya kita berdebat atas fakta-fakta yang disogok oleh belut.  ketepatan fakta tak credible.  

Sila baca quote di bawah...   

Originally posted by belut at 20-7-2005 06:50 PM
Majoriti penagih dadah, pesalah sumbang mahram (incest), keganasan, buli adalah orang Melayu. Sementara itu, majoriti orang Melayu yang melakukan sumbang mahram, rogol, dadah dan sebagainya pula bukanlah pengunjung pusat hiburan, pub, konsert dan sebagainya. Saya rasa pandangan pemimpin PAS yang memfokus kepada muzik dan hiburan sebagai punca penyakit sosial adalah tidak tepat.

It looks as if God has abandoned us. The Quran promises victory and dignity for believers. As long as Muslims remain beholden to the hadith books, the future of Malays will be bleak.



boleh saya katakan perogol, penagih dadah, perompak, dll lain-lain jenayah adalah bukan pengunjung-pengunjung masjid.  

Tambah lagi, golongan black metal, skinhead, grunge yg mengamalkan seks bebas, dadah, adalah peminat muzik dan ramai yg mengunjungi pub dan kelab malam.


Nampak sangat belut hanya mahu kita berdebat atas fakta-fakta yang dia nak kita percaya, walaupun fakta tu tak tepat.  Harap maklum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by belut at 20-7-2005 06:50 PM
Majoriti penagih dadah, pesalah sumbang mahram (incest), keganasan, buli adalah orang Melayu. Sementara itu, majoriti orang Melayu yang melakukan sumbang mahram, rogol, dadah dan sebagainya pula bukanlah pengunjung pusat hiburan, pub, konsert dan sebagainya. Saya rasa pandangan pemimpin PAS yang memfokus kepada muzik dan hiburan sebagai punca penyakit sosial adalah tidak tepat.


Mari aku simplifiedkan utk korang


1.Majoriti penagih dadah, pesalah sumbang mahram (incest), keganasan, buli adalah orang Melayu

Which is true , apa masalahnya


2.Sementara itu, majoriti orang Melayu yang melakukan sumbang mahram, rogol, dadah dan sebagainya pula bukanlah pengunjung pusat hiburan, pub, konsert dan sebagainya

Pun betul , psl byk kes incest aka sumbang mahram dilakukan oleh org tua n org kampung yg mmg x ada pub dan kelab malam , which is true jugak , so apa problem dgn statement belut ?




So kesimpulannya , ialah jgn lah kita melenting bila org lain nampak apa yg kita x nampak. Dan bkn semua benda yg kita x percaya atau benda yg kita x tahu tu , TIDAK ADA

Bila ditunjukkan kenyataan itu , telanlah w.pun ia pahit , After all , it just a life

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 4-3-2006 04:55 PM


Mari aku simplifiedkan utk korang


1.Majoriti penagih dadah, pesalah sumbang mahram (incest), keganasan, buli adalah orang Melayu

Which is true , apa masalahnya


2.Sementar ...



memang ler majoritinya orang melayu sebab orang melayu majoriti kat malaysia.  tu le pasalnya.  

ko sambung ler lagi kata belut tu....  meh sini aku tolong....

Saya rasa pandangan pemimpin PAS yang memfokus kepada muzik dan hiburan sebagai punca penyakit sosial adalah tidak tepat.

It looks as if God has abandoned us. The Quran promises victory and dignity for believers. As long as Muslims remain beholden to the hadith books, the future of Malays will be bleak.


dia kata apa tu, ko paham ke idak?  from an uncredible statistic base on generalization...  dia conclude sesutu yang dia nak kita ikut.

kalo gitu skinhead, black metal tu muzik ke apa tu?

PAS tak melarang hiburan, cuma biarlah bermoral dan mengikut hukum Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 05:37 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 4-3-2006 05:15 PM



memang ler majoritinya orang melayu sebab orang melayu majoriti kat malaysia.  tu le pasalnya.  

ko sambung ler lagi kata belut tu....  meh sini aku tolong....



dia kata apa tu, ko p ...

Ooo, that one , aku lepas pandang la tu. Psl politik ni , aku malas nak komen aaa..sori
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2006 01:33 PM | Show all posts
salam

saya rasalah MAKHLUK yang diberi TUGAS sebagai
PENGAWAL, PENULIS PENGHUKUM  PENYAMPAI dan LAINNYA
mungkin tak tahu dan TAK MAHU AMBIL TAHU
apakah itu PENYAKIT SOSIAL
tapi TUGAS MEREKA adalah
TENTANG TEGAKNYA HUKUM ataupun TIDAK
(adakah sudah jelas buat saudara)

seperti misalannya seorang PEROMPAK itu memang bukan pengunjung masjid
tapi pernahkah saudara bertanya kepadanya:
adakah beliau tahu HUKUMNYA
dan kenapa beliau tidak ke masjid

dan bertanya juga kepada si pengunjung masjid
adakah beliau secara IKHLAS beramal kerana TUHANNYA atau.....
(dan kalau boleh saudara cantumkan kedua masalah ini,
dan lihat kesimpulannya...........)

dan saya akui KATA BELUT tu
jika orang MELAYU benar-benar MENGAMALKAN HADITH NABI
maka TAK AKAN MELAYU TINGGAL LAGI DI DUNIA/ MELAYU AKAN LEMAH
tetapi ISLAM AKAN NAIK sebagaimana KEHENDAK PENCIPTANYA

dan tak salah kalau belut masih ragu, saudara masih ragu dan termasuk saya
jadi CARILAH KEBENARAN
dan adakah manusia layak menunjukkan KEBENARAN...............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 10:47 PM | Show all posts
Iislam adalah penyerahan secara total kepada Allah swt.....takdir, rezeki, nasib serta masa depan sudah ditentukan untuk semua sebelum lahir lagi. Memohon apa sahaja semuanya kepada Allah swt, justeru bukanlah menjadi tugas kita menuduh sesiapapun serta meletakkan sesiapapun untuk dipersalahkan untuk apa2 perkara termasuk masaalah sosial. Segala kejadian harian dimana2 sahaja adalah atas izinnya dan setiap yang ada dimuka bumi ini dari sebesar atom hinggalah ke cakrawala melakukan apa2 sahaja diatas kehendak serta izinnya. Malah iblis sekalipun menjalankan tugasnya atas izin Allah swt.

Dosa yang dilakukan oleh sesiapapun bukannya ditanggung oleh orang lain tetapi diri sendiri. Bila menunding serta menyalahkan sesiapa sahaja terhadap sesuatu.....apakah hukumnya?

Tak kira apa sahaja kaum, tetapi kalau mengikut sunnah nabi serta tatacara seperti mana didalam hadith, takkan wujud masaalah sosial.

Masaalah paling utama orang islam adalah tak sedar yang segala2nya didunia ini adalah hiasan sahaja dan hiburan semuanya adalah melalaikan. Allah swt Maha Adil dan tidak dibiarkan seseorang itu sesat atau lalai tanpa diberikan petunjuk atau dibukakan hatinya dahulu, terpulang kepada individu masing2 untuk sedar dan kembali.

[ Last edited by Jukebox at 8-3-2006 11:39 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.092365 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list