View: 7387|Reply: 31
|
Persoalan yg merunsingkan fikiran org biasa spt aku...
[Copy link]
|
|
Honestly, aku admit yg aku mmg kurang ilmu agama... terutamanya berkaitan dgn mazhab2 nie. Dan, aku dpt rasakan yg setiap satunya seolah2 menyatakan pendapat masing2 yg mereka benar. kengkadang bila terbaca yg tue, rasa macam yg tue betul.. pastu bila dah terbaca yg lain, terasa cam yg lain pulak betul. kalau kurang ilmu agama mmg macam nie lah pertimbangannya, mudah akan percaya pada satu2 pendapat tanpa menyelidik secara keseluruhan. Contohnya bila baca pasal anti-hadis, rasa percaya tu ada... bila baca pasal syiah, rasa percaya tu pun ada... dan spt diketahui, org Melayu Islam di Malaysia nie rata2nya pengikut sunni.
Apa yg aku runsingkan, aku dah ader ilmu fardhu ain yg basic utk org Islam (yg biasa diajar di sekolah dan aku belajar dgn ustaz waktu kecik dulu) dan ader jugak advance sikit, belajar tafsir sikit2, tajwid yg lebih detail dsb... tapi aku takut kalau di akhirat nanti aper yg aku belajar & amalkan nie dianggap bidaah, atau sesat. aku takut pulak di akhirat nanti selama2nya masuk neraka kerana berpandukan pada ajaran Islam yg salah... meskipun di dunia nie ramai yg anggap betul. sbb setau aku.. kita dibahagikan kepada 77 kumpulan, hanya satu saja yg benar... bila difikir2kan.. ya Allah, takutnya!
Dalam keluarga Melayu pulak, aku tak terrkecuali daripada mengamalkan budaya2 yg mungkin dianggap sbg bidaah... contohnya aku pernah diraikan dlm satu majlis perkahwinan sempena khatam al-Quran, merenjis kapur di dahi selepas berjaya dalam satu2 bidang dsb. aku takut nanti bila kahwin, aku terpaksa ikut budaya2 yg biasa diamalkan org Melayu spt bersanding, merenjis mawar dsb. Ditambah pulak, bila budaya nie terpaksa diturunkan kepada anak cucu tanpa menyelidiki kedudukannya dalam agama kita. Takut nanti amalan nie akan diamalkan dari generasi demi generasi dan dosanya pula akan bercabang2...
So, kepada forum members yg bijak pandai... harapnya diberikan cara utk mempertimbangkan perkara spt ini. Benda macam nie selalu merunsingkan kepala otak aku. Mgkin ramai org kat luar sana anggap remeh, tapi aku rasa benda nie cukup serius... sbb melibatkan nasib kita di akhirat kelak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sepatutnya anda berasa syukur terhadap apa yang anda lalui ini. Allah telah menganugerahkan akal fikiran agar dapat menyelami ilmu-ilmu nya ini dan dapat membuat pertimbangan yang wajar atas perbandingan-perbandingan yang ada. Dari itulah kita perlu mengelakkan dari pemikiran taksub atas seeorang pembawa yang menjadikan pemikiran beku dan statik.
Satu nasihat yang penting ialah anda tidak lupa pada beramal pada 'the basic pillars of Islam' dan berdoalah selalu pada Tuhan agar Ia menetapkan keyakinan anda pada satu pemikiran yang tertentu serta diberikan petunjuk pada jalan yang benar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sama je la kita muntz,
sbg org awam yg skit benar ilmunya, persoalan2 tu mmg slalu bermain kat kepala
rasanya semua org pun ada dilema yg sama
kita ni cukup mudah berpuas hati dgn hal2 yg minima, cthnya spt amalan ibadah yg kita buat setiap hari, kita just berpandukan dengan apa yg selalu kita amalkan
hasil dari yg diajar oleh mak bapak
kat sekolah
dan cikgu agama (ustaz ustazah) yg sempat kita belajar
lepas tu kita lepas tangan je hopefully yg kita amalkan tu benar, tiada yg tidak benar, melainkan benar berlaka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
once bila Allah bukakan hati kita utk menuntut ilmu lebih, tidak berlandaskan semata2 kepada tradisi yg biasa kita amalkan, kadang2 kita rasa stun, kadang2 confius, tp insyaAllah, moga doa yg berteruskan Allah tunjukkan juga jalan kebenaran kat kita.
saya rasa ada reason kenapa pintu hati kita dibuka utk mendalami ilmu agama
kalau kita buat perbandingan sendirilah, ramai je kawan2 yg sebaya kita atau tua skit dari kita, atau muda skit dr kita, patut tak banyak beza la dgn pengalaman kita, tp diaorg tak de la berminat sgt pun nak kaji
bila kita buka topik utk discus, ada la skit2 respon, hopefully dr respon diaorg pun nak turut sama mgkaji
but kebanyakkannya pun surrender je sblm sampai tahap discus yg lebih mendalam.
Tp rasanya hikmahnya banyak bg org awam cam sy yg diberi peluang oleh Allah dan ditunjukkan jln utk timba ilmu, x kisah la dr buku ke internet ke dsb, sbb ilmu yg kita dpt tu first hand, dan keyakinan pun bertambah
rupanya, dlm perjalanan cari2 kebenaran cam muntz jugak, sy jumpa banyak benda yg tambah skit keyakinan kepada amal ibadah yg diamalkan
so boleh le jauhkan rasa was2 yg amalan kita tu betul ke atau bidaah.
kalau dulu ambil wudu' baca kat buku panduan solat
skrg ni, baru le tahu bahawa aturan ambil wudu' tu ada secara explicit penerangannya dlm Quran
wallahu a'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 23-8-2005 10:47 PM
Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sepatutnya anda berasa syukur terhadap apa yang anda lalui ini. Allah telah menganugerahkan akal fikiran agar dapat menyelami ilmu-ilmu n ...
thanx gravedigger. walaupun saya telah menunaikan basic pillars of Islam, tapi saya masih lagi keliru ttg kepercayaan, apa yg patut diikut dan sbgnya. dgn hanya membaca thread2 di board nie membuatkan saya rasa eh.. yg nie betul ker... atau eh.. yg tu betul lah... saya takut nanti Allah hanya akan menerima mereka yg mengikut ajaran sebenar yg mungkin saya tak pernah terfikir dan percaya... dan mungkin saya pernah terbaca dlm thread2 ini. who knows kan?
saya mmg benar2 nak mendalami ilmu agama, termasuklah ttg setiap mazhab dan kepercayaan. tapi saya tidak mpyi masa kerana masa byk dihabiskan utk kerja dan keluarga. saya mmg ingin skali pergi sorang2 ke rumah guru agama, belajar byk2 ilmu agama, baca buku dan teliti satu2.. tapi keluarga saya pula akan anggap saya melupakan mereka. saya jenis seorg yg rapat dgn keluarga... dan sukar utk saya mengecilkan hati mereka. bila saya tinggikan sikit suara pun, saya sudah ditegur dan dianggap anak derhaka, inikan pula mengabaikan mereka.
environment saya pula kurang menggalakkan pengajian ilmu agama ini. di tempat kerja, rakan2 sekerja semua memikirkan soal kerja, duit dsb... bila di rumah, family pula ajak makan bersama, menonton tv bersama2.. saudara-mara pun selalu datang utk memeriahkan suasana. walau pergi ke surau skalipun, jarang skali diceritakan soal2 agama yg menguji minda utk berfikir dan intelek... yg selalu ditekankan ialah ilmu2 agama yg basic. bila bukak tv pulak, pasal islam hadhari... langsung tidak dibincangkan ttg islam mazhab lain, ttg anti-hadis, syiah dsb. kalau ada pun, yg lain2 tu dianggap sesat.
ntahlah.. bila difikir2kan.. kengkadang boleh pecah juga otak memikirkannya. tak ramai kan org boleh fikir sedalam nie? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sakinahmawaddah at 24-8-2005 09:06 AM
once bila Allah bukakan hati kita utk menuntut ilmu lebih, tidak berlandaskan semata2 kepada tradisi yg biasa kita amalkan, kadang2 kita rasa stun, kadang2 confius, tp insyaAllah, moga doa yg berte ...
saya rasa bersyukur, bila Allah bukakan hati saya utk fikir sejauh nie tapi kesedaran nie bukan sekadar kita boleh pendam sorg2 saja. saya takut nanti di akhirat, tanggungjawab saya terhadap org2 di sekeliling saya. seperfect mana pun kita membuat ibadah, kalau org di sekeliling2 kita melakukan dosa, saya takut nanti kita diheret sama. bukan stakat org2 sekeliling, tapi segalanya di negara ini.... kenapa kita tidak mengamalkan undang2 Islam sebenar, kenapa tidak memilih pemimpin yg benar2 berwibawa... persoalan2 spt nie nampak simple, tapi mgkin di akhirat nanti ia jadi persoalan besar.
anyway, thanx sakinah kerana memberi ilham utk saya. saya rasa, paling penting skali dlm hal ini ialah kepercayaan kita kepada kitab yg diturunkan Allah iaitu Quran. |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Salam,
Ingin saya berkongsi pendapat dalam perkara yang sedang diperbincangkan oleh Muntz. Dalam soal agama, tiada sapa didunia ini sekarang yang sempurna ilmu agamanya. Imam-imam dan ulama-ulama yang tulen juga terus menerus mendalami ilmu dalam bidang masing-masing. Ilmu-ilmu yang ada pada kita itu hanya dengan IZIN ALLAH barulah dapat kita miliki setelah berusaha mempelajarinya. Tanpa, izin Allah ianya takkan kita miliki. Jadi, ilmu agama yang ada pada kita itu ialah satu amanah kerana yang memberi idea, kefahaman dan ilham dari Allah jua.
Berbalik kepada pandangan Muntz, setelah melihat kepelbagaian pendapat dalam hal agama seperti mazhab, aliran dsb, saya dapati ada satu persafahaman yang ketara iaitu masing-masing hendak mencapai ketaqwaan dan keredhaan Allah. Persamaan inilah pada saya merupakan tali Allah yang disebut dalam Alquran. Mana-mana mazhab, aliran, jemaah dsb yang terpesong daripada persamaan itu seperti mengutamakan kekayaan dunia, harta, perempuan dsb adalah merupakan ajaran taghut. Inilah kayu pengukur bagi saya sebelum berguru dengan mana-mana mazhab, aliran, jemaah dsb. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sbg manusia, kita mmg terhad dr segi ilmu
sementelah, dgn kesuntukan dr semua segi, masa, tenaga, kesempatan, dsb
plg mudah, kita kena belajar sendiri
kalau boleh kita nak rujuk Quran tu direct dan baca tafsir
tp kita pun x fasih bahasa Arab
tapi sy percaya Allah beri kita akal yg sangat hebat
Guna utk berfikir
guna utk menbeza antara hak dan batil
moga jalan yg lurus
ttp kita temui |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Setuju dengan sakinah, baca Alquran adalah fardhu ain/ keutaman kepada setiap muslim. Kelebihan orang
arab ialah mereka baca dan faham tanpa rujuk terjemahan/tafsir. Tapi kita kaum bukan arab, buat lar cara orang bukan
arab. Sama ada usaha belajar bahasa arab atau rujuk tafsir jika takder kesempatan nak belajar arab.
Baca Alquran adalah amalan setiap hari dan ia harus menjadi satu budaya kehidupan kita. Kalau tak faham atau nak
tahu cerita selanjut apabila jumpa ayat mutashabihat tengok semua pendapat, tafsir dulu dan terkini. Jangan jadi macam
antihadis sudah ler, hanya refer pada satu pendapat saja manakala pendapat/tafsir dulu ditolak mentah-mentah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Muntz at 23-8-2005 10:27 PM
Honestly, aku admit yg aku mmg kurang ilmu agama... terutamanya berkaitan dgn mazhab2 nie. Dan, aku dpt rasakan yg setiap satunya seolah2 menyatakan pendapat masing2 yg mereka benar. kengkadang bil ...
first of all, tatie rasa dalam hal ini kita kena akui itu KEBENARAN dalam BERAGAMA itu MAHAL....itulah yg sering kita mohon pada Allah SWT...dalam solat sepanjang hayat kita iaitu Tunjukilah Kami Jalan Yg Lurus...
apa yg tatie fahami, kebanyakan kita dalam peringkat AKIDAH CUKUP MAKAN...kalau bab tauhid, utk kenal Allah SWT, cuma belajar takat sifat 20 ajer...mungkin setakat hafal ajer, dah rasa cukup....kalau bab fekah, mungkin byk jugak tahu sebb kalau rajin hadir atau dengar majlis ilmu, itulah yg selalu ustaz/ustazah dok ajar...kalau bab tasauf, ermmm....kdg-kdg makna tasaufpun ada org tak tahu...
yang pentingnya, pertama sekali baguslah kalau ada kesedaran...muga-muga Tuhan bukakan jalan dari niat yg suci itu...tapi itu baru first step kata org...
dalam hal, info yg berlambak-lambak sekrg ni, dan kekeliruan kerana ditimpa KELEMASAN MAKLUMAT...memang menjadikan kita pening-pening lalat kalaupun belum mabuk lagik...sebb itu bila baca info yg itu rasa betul, baca info yg ini rasa betul...lama-lama berasap dan tak dak conclusion...
jadik, dalam hal ini kita kena ada STAND...ilmu asas mesti kuat...sebagai benteng..supaya nanti tidak kelabu asap...
akal dalam belajar dan mengkaji pelajaran dan pendiidikan agama mesti TERPIMPIN...AKAL perlukan PIMPINAN di dalam memahami hal-hal agama...kalau tidak terpimpin, maka jadiklah KEKELIRUAN...
mencari guru agama bukan senang di zaman ini... kerana ulamak dinilai menerusi SIJIL kelayakan...cuba kita guna akal yg rasional...apakah itu cara yg TEPAT UTK menilai atau melayakkan seseorg itu digelar ULAMAK?...kalau begitulah caranya, rasanya dah lama pengkaji-pengkaji YAHUDI/NASRANI yang hafal Al QUran dan HAdis dan boleh jadi PAKAR dan guru kepada umat Islam pulak tu di Universiti-universiti tersohor di seluruh dunia ni kita panggil sebagai ULAMAK ISLAM...
Perlu ada anjakan paradigma dalam minda umat ISlam di dalam menilai dan mengiktiraf ulamak....ROSAKNYA MASYARAKAT HARI INI, KELIRUNYA MASYARAKAT HARI INI KERANA ulamak bukan ulamak yg sebenarnya....
[ Last edited by serihartatie at 26-8-2005 05:48 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 26-8-2005 05:46 PM
Perlu ada anjakan paradigma dalam minda umat ISlam di dalam menilai dan mengiktiraf ulamak....ROSAKNYA MASYARAKAT HARI INI, KELIRUNYA MASYARAKAT HARI INI KERANA ulamak bukan ulamak yg sebenarnya....
[ Last edited by antiQue at 29-8-2005 08:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
saya rase,meletakkan diri kita pada seorang pencari adalah lebih baik.selama kita adalah seorang manusia,selama itu kita harus belajar. tul tak?kekadang tu kita boleh belajar dari buku-buku,juga kita boleh belajar dari guru-guru.tetapi saya rasa ilmu dan hikmah sentiasa berlaku pada diri dan sekeliling kita.ia seumpama bahasa yang kita tak faham atau pun keliru,tapi kalau kita sedar pun(pelajaran), ia adalah sebuah kebaikan dan merupakan pintu-pintu besar untuk kita mencari keyakinan.ia seumpama guru,dan kita cuba memahami pelajaran demi pelajaran.kita juga boleh belajar dari kesilapan,dari dosa dan dari kurangnya keyakinan.
keraguan adalah pintu untuk kita menemui sebuah keyakinan.tanpa keraguan,adakah keyakinan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
belut This user has been deleted
|
Firman Allah (Surah At-Taubah : 31)
"Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai penunjuk/pendidik mereka selain dari Allah, dan mereka juga mempertuhankan Al-Masih Ibn Maryam, walhal mereka tidak diperintahkan selain dari mengabdi kepada Allah Yang Maha Esa; tiada Tuhan melainkan Dia. Maha suci Tuhan dari apa-apa yang mereka mempersekutukannya". |
|
|
|
|
|
|
|
setuju ngan irfani.
tanpa watak sbgai seorang pencari, kita tentu x tahu apa yg kita nak cari
kalau kita sandarkan quran dn hadith, keyakinan kita kekal/mantap kat situ
carilah disitu |
|
|
|
|
|
|
|
Berikutan dengan "letupan" informasi berkenaan Islam melalui internet dan lain-lain media canggih zaman ini yang menyebabkan ramai orang terkeliru dan keluh kesah pasal pegangan ugama masing-masing, seorang ustaz pernah membuat satu perumpamaan yang mungkin boleh membantu dalam persoalan ini.
Kalau kita nak letakkan anak kita bersama-sama dengan anak2 orang lain, dan bimbang kita mungkin tak dapat cam anak kita itu bila kita nak ambil dia kembali, adakah kita akan mengambil langkah untuk study ciri-ciri anak2 orang lain? Tentulah tidak. Apa yang kita akan buat adalah kita perlu study ciri-ciri anak kita dahulu, kenali dia betul-betul, perangai2nya, tingkahlakunya dsbgnya. Ini kerana anak kita itu berada di hadapan kita jadi lebih senang dan ianya hanya satu. Sedangkan anak2 orang lain berada dengan orang lain dan banyak pula. Kemudian baru kita konfiden akan dapat mengenali anak kita itu jika diletakkan bersama anak orang lain.
Begitulah juga fahaman agama. Kalau anda asalnya berfahaman ASWJ contohnya, tumpukan perhatian anda untuk belajar, mengkaji, meneliti dan yang paling penting BERAMAL dengan fahaman anda tersebut. Pastikan anda kenali dia betul-betul, dan jadikan ia tujuan UTAMA atau primary objective dalam misi pembelajaran anda. Ini kerana sudah pasti anda akan mempunyai lebih resource untuk anda mempelajarinya, samada dari segi guru, bahan bacaan atau mentor tempat bertanya, kerana itu pegangan asal anda.
Tentang perbandingan mazhab itu, letakkan di secondary objective ataupun third, masa kita sehari pun cuma ada 24 jam...mana nak bekerja, mana nak belajar, mana nak beramal lagi.
Pastikan tumpuan kita ke objektif utama anda, dan kalau dah pasti pegangan yang anda pegang itu silap, baru consider perlu adjust ataupun tidak. Alangkah ruginya kalau anda mengambil langkah terburu-buru dan mendapati langkah itu sebenarnya tidak tepat bertahun kemudian.
Wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat saya begini. Dalam mencari kebenaran yang disebut dlm al-Fatihah sebagai al-Sirat al-Mustaqim kita buat dua amalan serentak. Yg pertama kita menuntut ilmu. Ada mcm2 cara; kita belajar dari guru, kita hadir kuliah agama, kita baca sendiri buku2 agama, kita dengar kaset2 agama, kita buat kajian sendiri dll. Yg kedua, serentak dgn itu juga, kita berdoa kepada Allah minta Allah tunjukkan jalan yg benar, minta Allah letak kita atas al-Sirat al-Mustaqim, minta Allah tunjukkan kita yg benar itu benar dan yg salah itu salah. Doa kena selalu, tambah pula dgn sembahyang hajat. Insya Allah, Allah akan beri hidayah kepada kita.
Wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana kayu pengukur kebenaran itu ustaz?
adakah kerana sbb pendapat majoriti, dan majoriti amalkan maka kebenaran itu disitu?
atau kebenaran berdasarkan amalan yg kita dah waris turun temurun, yg mak ayah datuk nenek kita amalkan?
atau hasil dari pembacaan, dan kita yakin dgn apa yg kita dapat (provided tidak bercanggah dgn Quran), dan kebenaran akan ada disitu?
bukankah lebih bermakna kebenaran itu diukur dengan kebenaran itu sendiri?
dan satu sumber yg tidak akan disangkal kebenarannya ialah Quran.
Tapi walau sumber kita satu dan sama, dan tidak dapat disangkal, tp akan ada satu masalah lain, iaitu tafsirannya.
Rasanya, perpecahan umat Islam dlm sejarah ada juga dibayangi masalah pengambilan tafsiran ni.
apa2 setuju dgn ustaz, kena banyak berdoa. |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana kayu pengukur kebenaran itu ustaz?
Kayu pengukur kebenaran ialah Qur'an dan Sunnah sebab Allah dah sebut dlm Qur'an
sekiranya kita berbantah2 sesama kita (kalau dlm konteks diri kita, kita tertanya2 dlm hati, keliru dsbnya) kita kembali kepada Allah dan RasulNya, maksudnya kita kembali kpd Quran dan Sunnah sebab kedua2nya dari Allah dan Allah dah nyatakan dlm Qur'an bhw kebenaran itu dtg dariNya, bukan dari sumber lain.
adakah kerana sbb pendapat majoriti, dan majoriti amalkan maka kebenaran itu disitu?
Tidak semestinya majoriti itu benar. Pendapat majoriti perlu ditimbang dgn neraca Qur'an dan Sunnah. Kalau betul, ia disebabkan bertepatan dgn kedua2 sumber tersebut, bukan kerana ia bersifat majoriti.
atau kebenaran berdasarkan amalan yg kita dah waris turun temurun, yg mak ayah datuk nenek kita amalkan?
Sama juga. Kalau amalan itu bertepatan, tidak bercanggah, termasuk dlm hukum harus di sisi Syara', ia boleh diamalkan. Ia diamalkan bukan kerana ia diwarisi lalu ia benar, tetapi kerana ia disandarkan kepada dalil2 yg konkrit dlm agama.
atau hasil dari pembacaan, dan kita yakin dgn apa yg kita dapat (provided tidak bercanggah dgn Quran), dan kebenaran akan ada disitu?
Perlu diingat bhw apa yg kita cari ini adalah untuk diri kita sendiri. Org lain tidak akan ditanya ttg apa yg kita pegang. Bila kita dah menuntut ilmu, kita lakukan setakat yg kita mampu, kita dah minta dgn Allah dan kita menyakini bhw Allah akan menunjukkan kita jalan yg betul, kita mesti menyakini bhw itulah jalan kebenaran yg perlu kita ikuti, yg Allah dah tunjukkan kepada kita.
bukankah lebih bermakna kebenaran itu diukur dengan kebenaran itu sendiri?
dan satu sumber yg tidak akan disangkal kebenarannya ialah Quran.
Tapi walau sumber kita satu dan sama, dan tidak dapat disangkal, tp akan ada satu masalah lain, iaitu tafsirannya.
Rasanya, perpecahan umat Islam dlm sejarah ada juga dibayangi masalah pengambilan tafsiran ni.
Bila berdepan dgn tafsiran yg pelbagai, kita rujuk kepada Qur'an dan Sunnah. Tafsiran yg paling dekat dgn kedua-dua sumber itu, yg disokong oleh dalil2 yg konkrit itulah pendapat yg terbaik yg perlu kita ikut.
Sekadar pendapat saya, wallahua'lam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tima kasih ustaz.
Ada nak tambah tapi x cukup time.
Cuma teringat satu panduan dari buku minhaj muslimin.
Mengenai soal mengambil wudu'.
Dibenarkan utk menyapu diatas sepatu, utk tujuan membasuh kaki dlm rukun wudu'.
Dgn syarat tidak ditanggalkan terlebih dahulu sepatu itu sebelum ambil wudu'.
Dan dr itu disertakan pula hujah (dr Ali kot? nanti sy check balik), jika agama diambil secara logik akal, tentulah yg disapu itu dubawah sepatu, bukan di sapu di atas sepatu.
Wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
"bukankah lebih bermakna kebenaran itu diukur dengan kebenaran itu sendiri?"
leh tak saudari sakinah jelaskan lagi ungkapan ini..
apa yang ustaz Nahzalulz katakan itu memang betul dan tepat saya sokong.tetapi di peringkat yang lain,seolah-olah kebenaran itu bukan lagi terletak pada penfsiran kita.Kita bebas menafsir Al-Quran dan As-Sunnah,tapi 'benarkah' seperti apa yang dimaksudkan oleh Allah?apakah ilmu kita yang setitik mampu menafsir Ilmu Al-quran yang berlautan-lautan tinta?
barangkali kita hanya menghampiri kebenaran itu,belum lagi di dalamnya.
tapi sebenarnya kebenaran tu apa?
lazimnya bila sebut kebenaran,yang kita fikirkan 'aku benar dan engkah salah'
apakah ini sahaja peranan kebenaran?menyalahkan..?
saya rasa kebenaran itu lebih tinggi,melampaui batas-batas,hukum-hukum..ia adalah sebuah 'kawasan' yang suci lagi kudus.Bebas dari syaithan dan Iblis serta akrab dengan petunjukr.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|