View: 7567|Reply: 25
|
Rasulullah TIDAK berkuasa untuk mengharamkan apa-apa pun
[Copy link]
|
belut This user has been deleted
|
"Wahai Nabi, Kenapa engkau mengharamkan ("tuharam") sesuatu yang Allah benarkan ("ahal"), kerana untuk engkau memenuhi permintaan isteri-isteri kamu. Allah maha pemurah lagi maha mengasihani. Allah telah memerintahkan bagaimana untuk membatalkan sumpah engkau tersebut, dan Allah ialah Rabb (Tuhan) kepada engkau. Dia maha bijaksana lagi maha mengetahui".
[Quran 66:1-2]
"Dan jangan engkau berkata dusta dengan lidah engkau seperti: Ini halal, dan yang ini pula haram. Ia pendustaan kepada Allah. Mereka yang berdusta berkenaan Allah tidak akan mencapai kejayaan. Mereka memperoleh sedikit keseronokan, dan untuk mereka akan terdapat balasan yang pedih."
[Quran 16:116-117]
"Katakanlah, 'Adakah engkau melihat apa yang Allah kurniakan kepada kamu? Sesetengah engkau mengharamkannya dan sesetengah lagi engkau menghalalkannya'. Katakanlah, 'Adakah Allah membenarkan kamu berbuat demikian? Atau kamu hanya membuat dusta mengenai Allah?"
[Quran 10:59]
"Katakanlah, 'Siapakah yang telah mengharamkan kenikmatan yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya dan juga perkara-perkara yang elok?
[Quran 7:32]
"Katakanlah, 'Tuhanku mengharamkan; perbuatan jahat yang jelas atau terlindung, dan kekacauan tanpa sebab, dan juga mempersekutukan Allah, dan berkata mengenai Tuhan perkara yang kamu tidak mengetahui"
[Quran 7:33]
[ Last edited by belut at 29-11-2005 01:08 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang tanya , ayat2 tu ditujukan spesifik pd nabi muhammad saw seorg saja je ke , atau utk semua nabi2 lain ? Tq |
|
|
|
|
|
|
belut This user has been deleted
|
Hak untuk mengeluarkan perintah 'itu haram dan ini halal' adalah milik mutlak pemilik alam ni (rabbul alamin). manusia hanya boleh memilih mana yang elok untuk digunakan dan mana yang tidak elok untuk digunakan berpandukan akal yang telah diberi oleh Allah (yang menciptakan akal tersebut untuk kita gunakan!). Nabi, ulama atau sesiapa jua hanyalah makhluk yang diciptakan oleh Allah.
Dogs are mentioned repeatedly in the Quran. But Allah never mentions haram. What are you Sunnah people trying to suggest actually? That Allah forgot to mention it? That Allah doesn't know that dogs are dirty and carry bacteria in their saliva? U mean Allah overlooks this?
[ Last edited by belut at 29-11-2005 09:40 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by korokure at 29-11-2005 02:20 PM
ayat tu untuk semua Rasul2 Allah.
Thx 4 the confirmation , just like i xpect |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by belut at 29-11-2005 09:38 PM
Hak untuk mengeluarkan perintah 'itu haram dan ini halal' adalah milik mutlak pemilik alam ni (rabbul alamin). manusia hanya boleh memilih mana yang elok untuk digunakan dan mana yang ...
R u saying sebenarnya anjing tu x haram bro:dia:
Dans emua hadis2 psl anjing tu palsu:hmm:
Care 2 explain it 2 me:cak:
Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
[1] Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[2] Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda iaitu kafarah) dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu dan Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
turunnya ayat di atas adalah kerana Nabi Muhammad (S.A.W) telah mengharamkan untuk dirinya sendiri sesuatu yg mubah....
bukanlah sampai menghalalkan yg haram...dan mengharamkan yg halal...
setiap orang Allah beri kebebasan dalam hal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
belut This user has been deleted
|
Anjing : Pandangan Islam
Anjing adalah satu makhluk istimewa ciptaan Allah. Hubungan dan peranan anjing di dalam kehidupan manusia telah bermula sejak manusia mula-mula ditempatkan di atas bumi ini. Adakah benar yang Nabi Muhammad (atau mana-mana rasul) mengharamkan makhluk istimewa ini ke atas umatnya apabila Allah tidak menyatakan sedemikian di dalam KitabNya?
Bagaimanakah untuk kita mengetahui samada kita dilarang berdamping dengan anjing atau pun tidak? Mari bersama-sama kita meneliti ayat-ayat Allah di dalam Quran yang mengandungi perkataan 'anjing'. Di dalam kisah Ashab ul-Kahf (Surah 18), peranan anjing sebagai teman kepada manusia dijelaskan oleh Allah.
[Quran 18:18] "Kamu sangka mereka tidak tidur, walaupun sebenarnya mereka sedang lena. Kami memusing-musingkan badan mereka ke kanan dan ke kiri, sementara anjing mereka pula menghulurkan kaki di tengah-tengah mereka".
Riwayat di dalam hadis memberitahu kita bahawa malaikat tidak memasuki tempat yang terdapat di dalamnya anjing. Ini bermakna untuk sepanjang 309 tahun ketika orang beriman (ashabul kahfi) ditidurkan oleh Allah di dalam gua, tiada malaikat memasuki tempat tersebut. Tetapi Allah menyatakan, "Kami memusing-musing badan mereka...". Istilah "Kami" di dalam Quran kebiasaannya merujuk kepada penglibatan malaikat di dalam menjalankan perintah Allah di dalam sesuatu perkara. Jika diteliti, watak anjing tersebut tidak memberi sebarang makna kepada isi cerita Ashabul Kahfi, kecuali ia menjelaskan kepada generasi terkemudian mengenai kedudukan anjing di dalam kalangan manusia, iaitu untuk berdamping dengan manusia, seperti kenyataan ayat Quran "...di tengah-tengah mereka"
Ayat al-Quran [18:22] menunjukkan yang anjing tersebut juga dibilang di samping orang beriman di dalam gua.
[Quran]: "Sesetengah mereka berkata, bilangan mereka (Ashabul Kahfi) adalah tiga orang; keempat ialah anjing mereka. Sementara yang lain berkata, bilangan mereka lima orang; keenam ialah anjing mereka, itulah jangkaan mereka. Yang lain-lain pula berkata, bilangan mereka ialah tujuh orang; kelapan ialah anjing mereka. Katalah, sesungguhnya Tuhanku yang maha mengetahui bilangan sebenar mereka. Oleh itu, janganlah berhujah dengan mereka itu; biarkanlah itu bersama mereka. Engkau tidak perlu bertanya kepada sesiapa lagi mengenai hal tersebut itu".
Terdapat juga kisah yang tercatat di dalam kitab asal Injil, tetapi kisah ini tidak dimasukkan di dalam kebanyakan versi Bible hari ini. Kisah ini hanya disebut di dalam sesetengah catatan penganut Nasrani. Kisah tersebut bertajuk "Tobit". Ia seolah-olah seperti kisah Lukman di dalam Quran mengenai seorang lelaki yang berpesan kepada anaknya supaya beriman kepada Allah, membuat kebajikan, berlaku adil dan sebagainya. Di dalam kisah ini, Tobit mempunyai anak bernama Tobias, dan Tobias mengembara untuk membantu kehidupan mereka. Tuhan kemudian menghantar malaikat di dalam bentuk seorang lelaki, kemudian (chapter 5 ayat 16) berkata...
"Kemudian mereka keluar dan berpisah dan anjing Tobias ada bersama-sama mereka". Ketika mereka pulang, selepas pengembaraan dan kisah berlaku, catatan itu berkata, "Selepas ini Tobias meneruskan perjalanan, memuji Allah kerana pengembaraan yang berjaya... kemudian mereka berjalan, dan anjin mengekori mereka dari belakang".
Seperti juga kisah di dalam ashab ul-kahfi, cerita mengenai anjing tidak lagi diperkatakan di dalam catatan seterusnya. Jelas penglibatan anjing di dalam kisah ashabul kahfi tiada sebarang makna kepada cerita tersebut kecuali hanya untuk menunjukkan yang ianya adalah sesuatu yang fitrah atau 'natural' untuk manusia berdamping dengan anjing.
Anjing dianugerahi Allah dengan sifat istimewa khusus untuk membolehkannya menjadi pembantu dan teman kepada manusia. Salah satu sifat istimewa anjing ialah ia suka mendampingi manusia dan menggembirakan perasaan manusia. Ia juga terdiri dari pelbagai 'breed' atau jenis yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ini memudahkan manusia mengkacuk serta melatih anjing untuk tujuan khusus termasuk kerja-kerja yang amat penting seperti mencari mangsa yang tertimbus di dalam runtuhan, gempa bumi dan sebagainya. Saiz anjing juga berbeza-beza; daripada jenis Chihuahua yang beratnya 6 pound kepada jenis Mastiff yang seberat 200 pound. Ujian kesihatan menunjukkan hanya dengan mendukung anjing sahaja, tekanan darah pesakit boleh menurun ke paras lebih baik. Binatang istimewa ini adalah anugerah Allah kepada manusia, untuk kita mensyukurinya.
Anjing juga boleh melakukan tugasan yang lain seperti menjaga kambing dan binatang ternak. Sesetengah jenis anjing mempunyai sifat semula jadi untuk melindungi dan mempertahankan sesuatu. Sifat ini membolehkan anjing diguna oleh polis dan anggota keselamatan di dalam tugasan mereka. Anjing juga cemerlang di dalam kerja mencari dan menyelamat. Kerja ini telah dilakukan oleh anjing sejak zaman-berzaman. Terdapat kisah klasik di Swtizerland di mana anjing ditugaskan mencari mangsa yang hilang di dalam timbunan salji, dan anjing kemudian berbaring di atas mangsa tersebut supaya mangsa tidak terus mati kesejukan.
Menurut al-Quran, surah 5 ayat 4, anjing juga selalu membantu manusia di dalam memburu mencari makanan.
[Quran 5:4] "Mereka bertanya mengenai apa yang dibenarkan kepada mereka; katakan, Dibenarkan kepada kamu perkara yang baik-baik, termasuk apa yang anjing dan helang terlatih kamu tangkap untukmu. Kamu melatih mereka menurut perintah Allah. Kamu boleh memakan apa yang mereka tangkap untukmu, dan sebutlah nama Tuhanmu keatasnya. Kamu hendaklah mematuhi Allah. Sesungguhnya Allah sangat cepat di dalam pembalasannya.".
Di sesetengah tempat, orang buta boleh bergerak ke merata-rata tempat seperti kampus, shopping, klinik dan sebagainya dengan bantuan anjing. Ia memberi kebebasan dan harga diri kepada orang cacat kerana ia tidak perlu menyusahkan orang lain di dalam aktiviti harian. Di Britain, seorang pemimpin Parti Buruh, David Blankett seorang yang buta tetapi berjaya menjadi menteri pelajaran, menteri dalam negeri dan sebagainya. Ia berjalan ke bangunan parlimen (Westminster) hanya dengan anjing beliau sahaja.
Di banyak tempat seperti di Eropah, pasangan suami-isteri yang pekak/bisu memelihara anjing untuk 'alert' atau memberitahu mereka jika bayi mereka menangis, jika telefon mereka berdering atau loceng pagar rumah mereka ditekan oleh tetamu. Makhluk istimewa ciptaan Allah ini membantu mereka yang tidak bernasib baik ini menikmati kebebasan dan hidup yang bermakna seperti orang lain juga.
Untuk mereka berkerusi roda dan pesakit arthritis (tidak boleh membongkokkan badan), anjing mereka akan mengambil pen, kunci atau barangan mereka yang terjatuh ke atas tanah/lantai dan kemudian menyerahkan kepada tuannya. Ia mengelakkan pesakit tersebut dari berasa malu untuk meminta orang lain mengambil barang mereka yang terjatuh. Anjing mereka juga 'happy' membantu manusia. Sifat anjing ini telah dijadikan oleh Allah; iaitu ia suka membantu dan menggembirakan manusia.
"Langit dan bumi penuh dengan bukti kepada orang beriman. Juga di dalam penciptaan kamu, dan penciptaan semua binatang, ia menjadi bukti kepada mereka yang mempunyai keyakinan". [Quran 45:3-4] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mak aih....
apa nih ? panjangnya....
heh.....
jadi topik ni takde kena mengena ngan surah Tahriim 1-2 tu kan ?
dan surah (Tahriim 1-2) tu takde kena mengena ngan surah |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah TIDAK berkuasa untuk mengharamkan apa-apa pun
Sesungguhnya Al-Quran adalah himpunan Firman (kata-kata) Allah swt yang memandu dan memimpin manusia di dunia ini. Selayaknya hanya Allah swt sahaja yang tahu yang mana satu sesuai diikuti dan mana satu yang sepatutnya dijauhi manusia memandangkan Allah swt yang mencipta manusia dan amat tahu tentang manusia itu. Memandangkan Nabi Muhammmad saw hanya Pesuruh Allah swt, maka baginda hanya menyampaikan sahaja apa yang Allah swt kehendaki. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesiapa boleh bg firman allah , atau hadis sahih , yg menyatakan anjing itu najis dan sebabnya , tq |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Originally posted by Bateesta at 5-2-2006 11:30 PM
Ada sesiapa boleh bg firman allah , atau hadis sahih , yg menyatakan anjing itu najis dan sebabnya , tq
Sapa lagi, kalau bukan si-belut...
Cerita ler dengan hujah dan fakta... awat! Adakah ilmu yang ada itu hendak disembunyikan? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke ayat2 tersebut membuktikan rasulullah sentiasa terpelihara dari melakukan sesuatu yg bertentangan dgn ajaran tuhan sbb itu rasulullah dikatakan menjadi teladan dan di beri hak utk mengajar al-quran. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 6-4-2006 12:59 PM
bukan ke ayat2 tersebut membuktikan rasulullah sentiasa terpelihara dari melakukan sesuatu yg bertentangan dgn ajaran tuhan sbb itu rasulullah dikatakan menjadi teladan dan di beri hak utk mengajar ...
Bknkah trpelihara menunjukkan nabi tu dah ditakdirkan jd baik :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
manusia tetap manusia... bukan seperti malaikat... manusia boleh lupa... boleh buat kesilapan... walaupun seorang nabi...
namun mereka bukan suka-suka buat dosa dgn sengaja... mereka sentiasa mendapat teguran dan pentunjuk...
ada nabi yg pernah memakan buah larangan di taman... ada yg pernah tanpa sengaja membunuh... ada juga nabi yg lari dari kaumnya lalu allah masukkan dlm perut ikan... namun mereka semua kesal dan bertaubat dgn bersungguh-sungguh... sbb mereka tahu mereka telah menzalimi diri sendiri... lalu diterima taubat mereka...
namun yg nyata mereka semua bukan tidak baik atau dlm bahasa lain - mereka bukan jahat... tapi sbg manusia tidak lepas dari sifat-sifat manusia...
dlm satu riwayat ... nabi muhammad sendiri juga pernah silap rakaat semasa solat...
terpelihara bukan bermaksud hilang sifat-sifat manusia... terpelihara bermaksud dijaga dari melakukan kejahatan... cth teguran allah kepada nabi muhammad sendiri tercatat dlm quran 66:1 ...
kenalah kaji sbb turunnya ayat tu... buat terus buat kesimpulan yg bukan-bukan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oi belut, kau nak bela anjing cam khir toyo kau bela lah, takder sapa melarang :lol tak payah kau nak post dan yakin kan org. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 10-4-2006 09:54 AM
manusia tetap manusia... bukan seperti malaikat... manusia boleh lupa... boleh buat kesilapan... walaupun seorang nabi...
namun mereka bukan suka-suka buat dosa dgn sengaja... mereka sentiasa ...
Astaghfirullah hil azim....kalau nabi juga buat dosa-dosa seperti manusia yang lain apa guna Allah pilih mereka jadikan ikutan. Bukankah Nabi Muhammad saaw itu telah disucikan sebersih-bersihnya oleh Allah swt agar sesuai Beliau menerima wahyu suci untuk disampaikan pula kepada umat manusia.
ada nabi yg pernah memakan buah larangan di taman... ada yg pernah tanpa sengaja membunuh... ada juga nabi yg lari dari kaumnya lalu allah masukkan dlm perut ikan... namun mereka semua kesal dan bertaubat dgn bersungguh-sungguh... sbb mereka tahu mereka telah menzalimi diri sendiri... lalu diterima taubat mereka...
Jangan mudah terpengaruh dengan hadis-hadis Israiliyyah yang mencaci dan menghina nabi-nabi mereka sendiri.
Dikatakan mereka...Nabi Lot pernah menyetubuhi kedua-dua anaknya sendiri dalam keadaan mabuk
Dikatakan mereka...Nabi Daud mengintai isteri panglima perangnya dan kemudian dinikahi perempuan itu walaupun suaminya masih ada
Dikatakan mereka...Nabi Sulaiman kuat seks sehingga mempunyai beribu-ribu gundik.
Dikatakan mereka ...Nabi Musa mempuyai penyakit burut sehingga apabila mandi telanjang barulah ternampak bukti.
Bolehkah kita juga terima hadis dan tergamak mengatakan bahawa tenaga Nabi Muhammad itu sama seperti 40 ekor kuda dan Beliau pernah bergilir-gilir menyetubuhi isteri-isterinya dalam satu malam???
Astaghfirullah hil azim. |
|
|
|
|
|
|
|
aduh... awak dah salah anggap ni... saya masih kata nabi itu maksum... jgn cpat sgt buat kesimpulan terhadap saya...
kalau ada masa sya explen lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada nabi yg pernah memakan buah larangan di taman (jannah)... nabi adam
Maka setan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi". (7:22-23)
Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima tobatnya dan memberinya petunjuk. (20:121-122)
ada yg pernah tanpa sengaja membunuh... nabi musa
Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya di dalam kota itu dua orang laki-laki yang berkelahi; yang seorang dari golongannya (Bani Israel) dan seorang (lagi) dari musuhnya (kaum Firaun). Maka orang yang dari golongannya meminta pertolongan kepadanya, untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya lalu Musa meninjunya, dan matilah musuhnya itu. Musa berkata: "Ini adalah perbuatan syaitan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata (permusuhannya). Musa mendoa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri karena itu ampunilah aku". Maka Allah mengampuninya, sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (28:15-16)
Maka Kami mengembalikanmu kepada ibumu, agar senang hatinya dan tidak berduka cita. Dan kamu pernah membunuh seorang manusia, lalu Kami selamatkan kamu dari kesusahan dan Kami telah mencobamu dengan beberapa cobaan; maka kamu tinggal beberapa tahun di antara penduduk Mad-yan, kemudian kamu datang menurut waktu yang ditetapkan hai Musa (20:40)
ada juga nabi yg lari dari kaumnya lalu allah masukkan dlm perut ikan... nabi yunus
Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul, (ingatlah) ketika ia lari, ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah. niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. (37:139-144)
mereka semua kesal dan bertaubat dgn bersungguh-sungguh... lalu diterima taubat mereka...
dan berkaitan dgn 66:1-2
Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu; kamu mencari kesenangan hati istri-istrimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepada kamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu; dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Diberitakan bahawa rasulullah telah menziarahi salah seorang isterinya. Di sana baginda telah minum sejenis madu. Kemudian bila bginda pergi kerumah isterinya yg lain. isteri yg lain itu pun bertanya sama ada baginda ada meminum sejenis minuman yg berbau tidak enak. Lalu untuk menjaga hati isterinya, baginda berjanji tidak akan minum air madu tersebut dgn menuturkan kata seolah baginda mengharamkan minuman itu keatas dirinya padahal air itu halal di minum. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 20-4-2006 04:49 PM
dan berkaitan dgn 66:1-2
Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu; kamu mencari kesenangan hati istri-istrimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepada kamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu; dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Diberitakan bahawa rasulullah telah menziarahi salah seorang isterinya. Di sana baginda telah minum sejenis madu. Kemudian bila bginda pergi kerumah isterinya yg lain. isteri yg lain itu pun bertanya sama ada baginda ada meminum sejenis minuman yg berbau tidak enak. Lalu untuk menjaga hati isterinya, baginda berjanji tidak akan minum air madu tersebut dgn menuturkan kata seolah baginda mengharamkan minuman itu keatas dirinya padahal air itu halal di minum.
Ishk..takkanlah sebab madu Allah nak mencela Rasulullah. Minuman madu apa agaknya yang berbau busuk tu???
Ada satu lagi kisah berhubung dengan ayat 66:1-2 ini ialah...
Diberitakan bahawa Rasulullah saaw pernah membawa seorang isterinya yang bernama Safiah ke bilik isterinya yang lain bernama Hafsa. Ketika itu Hafsa terlihat akan Rasulullah saaw dan ia jadi marah dan Hafsa lari berjumpa Aisyah untuk mendapatkan sokongan Aisyah. Waktu inilah dikatakan ayat ini turun kepada Rasulullah saaw bukan untuk mencela beliau tapi mencela kedua-dua isteri beliau itu.
Ayat ini seolah-olah Allah mengatakan pada mereka ....Piiirrrrraaahh, benda yang halal buat apa nak diharamkan. (Ini aku punya ayat saja..hehehee) |
|
|
|
|
|
|
| |
|