CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11068|Reply: 53

Jom Bincang Ayat Al Maidah : 5

[Copy link]
Post time 21-12-2005 07:39 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Firman Allah swt,

Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

(Al Maidah : 5)

Apa hukum bg sembelihan kaum Yahudi dan Nasrani?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


simplelife This user has been deleted
Post time 21-12-2005 05:01 PM | Show all posts
Kalau tak silap (kalau tak silaplah), kita dibolehkan untuk memakan sembelihan orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka juga beriman kepada Allah. Cuma kalau memang ternyata haiwan sembelihan itu haram dimakan seperti anjing, babi, etc, usahkan Ahlul Kitab , Muslim sendiri yang sembelih pun kita tak boleh makan. Ada kenyataan yang mengatakan bahawa sembelihan yang mereka lakukan kini tetap haram dimakan kerana mereka telah mengubah kitab yang asal dan anutan mereka telah jauh terpesong, tetapi mengikut Yusof Qardhawi kitab mereka telah diubah sejak zaman Rasulullah (S.A.W) lagi, dan penghalalannya dilakukan semasa zaman Rasulullah (S.A.W), maka sewajarnya ia masih halal untuk dimakan pada hari ini. Wallahualam....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2005 01:41 AM | Show all posts
Allah tuh Maha besar..

Dia jadikkan babi takder leher..camner nak semelih
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 12:22 AM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 21-12-2005 05:01 PM
Ada kenyataan yang mengatakan bahawa sembelihan yang mereka lakukan kini tetap haram dimakan kerana mereka telah mengubah kitab yang asal dan anutan mereka telah jauh terpesong, tetapi mengikut Yusof Qardhawi kitab mereka telah diubah sejak zaman Rasulullah (S.A.W) lagi, dan penghalalannya dilakukan semasa zaman Rasulullah (S.A.W), maka sewajarnya ia masih halal untuk dimakan pada hari ini. Wallahualam....

Saya rasa, tak ada persoalan tentang sembelihan Yahudi. Mereka menyembelih sepertimana orang Islam menyembelih dan Rasulullah juga pernah menyuruh orang-orang Yahudi melihat kepada hukum dalam kitab mereka (berkaitan rejam dan zina), dan ini bermakna bahawa masih ada betulnya kitab mereka yang dah dipinda itu. Jadi, saya yakin bahawa sembelihan Yahudi halal bagi kita.

Tetapi bagi kaum Nasrani, ada dua golongan. Golongan pertama (dan sekarang ni amat sedikit bilangan mereka) mempercayai bahawa Nabi Isa ialah Nabi, bukan anak Tuhan. Mereka tidak mengamalkan syirik dan mereka tidak berpegang kepada ajaran Paul. Negus Abraha dari Habsyah adalah diantara golongan ini. Saya yakin bahawa sembelihan golongan ini adalah halal bagi kita.

Ada lagi satu golongan Nasrani, dan yang ini ramai dalam dunia sekarang ini, yang menganggap Nabi Isa sebagai anak Tuhan, Tuhan adalah satu dalam tiga (atau tiga dalam satu?) dan menerima kitab Paul sebagai pegangan mereka. Kitab Paul bukanlah dari Allah, tidak juga Kitab Allah yang telah dipinda, maka saya tidak menganggap mereka sebagai "Ahli Kitab" atau golongan yang "diberikan kitab" kerana mereka perpegang kepada sesuatu yang bukan kitab Allah.

Saya yakin bahawa sembelihan golongan ini adalah haram bagi kita (mereka tak sembelih dengan nama Allah pun!! ).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
Post time 27-12-2005 05:47 PM | Show all posts
Rasa-rasanya dah dinyatakan dalam Al-Quran bahawa orang Nasrani percaya kepada Isa as sebagai anak Tuhan dan Tuhan 3 dalam 1, jadi rasanya Ahlul Kitab tu termasuk juga glongan nie, tapi tak tahulah, kenalah rujuk kepada mereka yang pakar tentang asbabun nuzul dan hadis nabi...
Tapi rasanya masih ada maslah dalam perkara ini. Macam mana nak tahu yang mereka sembelih haiwan tu, sebab selalunya yang dah ada dijual etc tu yang dah siap dilapah dagingnya. Macam mana kalau bintang tu tak disembelih pun , mungkin ditembak sehingga mati terlebih dahulu baru dilapah, atau dilapah hidup-hidup atau mati sebab dilemaskan atau dicucuk dengan ubat etc, payah kan? Jadi kalau banyak sangat benda-benda yang still boleh diwas-waskan eloklah rasanya kita tak payah makan terus daging daripada mereka, pilih saja yang disediakan oleh orang Islam yang dijamin kehalalannya. Rasanya dengan cara ini sahaja kita selamat dunia dan akhirat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 07:33 PM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 27-12-2005 05:47 PM
Rasa-rasanya dah dinyatakan dalam Al-Quran bahawa orang Nasrani percaya kepada Isa as sebagai anak Tuhan dan Tuhan 3 dalam 1, jadi rasanya Ahlul Kitab tu termasuk juga glongan nie....

Perhatikan perbezaan antara:

1. Al Baqarah 62
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan  kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."

dan

2. Al Maidah 72:
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.

Al Baqarah 62 menyebut tentang golongan Nasrani yang beriman kepada Allah. Golongan ini berada dalam keadaan selamat. Al Maidah 72 pula tidak menyebut "Nasrani" tetapi menceritakan tentang golongan yang menganggap Isa sebagai (anak) Tuhan, dan golongan ini adalah kafir.

Jadi dari 2 ayat diatas, kita dapat melihat perbezaan antara 2 kumpulan Nasrani. Golongan pertama adalah orang-orang yang beriman, dan sembelihan mereka boleh kita makan. Tetapi golongan kedua adalah kafir, dan sembelihan mereka haram bagi kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-12-2005 10:21 PM | Show all posts
I agak busy so tak ada mood nak berbincang buat masa ni...Tak tahu bila ada masa free nak join perbincangan.  Idea dr en Simplelife dan en Amorist dah nampak dah... carry on then..

Thread ini boleh membincangkan ttg beberapa perkara:

1.  Ahli Kitab

2.  Sembelihan Ahli Kitab yg dibolehkan  

3. Negara2 Ahli Kitab

4. Perbezaan atr sembelihan dan masakan

5. dll
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 27-12-2005 11:07 PM | Show all posts
Memotong leher adalah cara yang paling mudah dan cepat untuk mematikan binatang. Pengganas Serb juga memotong leher mangsa mereka untuk membunuh semasa konflik ethnik berlaku di bumi Bosnia. Insiden memotong leher juga berlaku di Chechnya, Iraq dan lain-lain. Masyarakat yang beragama selain Islam juga banyak yang memotong leher binatang untuk membunuh dengan tujuan mengambil dagingnya. Terdapat ayat Al-Quran yang menyatakan halal untuk kita memakan hasil buruan yang ditangkap oleh binatang terlatih. Ini bermakna, kita tidak dimestikan atau diwajibkan untuk memotong leher binatang walau apa jua keadaan dan situasi. Jika binatang yang diburu itu ganas atau liar, kita boleh membunuh binatang tersebut dengan menikam di tempat2 strategik untuk mematikannya, asalkan tikaman tersebut dilakukan di atas nama Allah dengan tujuan untuk memakan daging binatang tersebut. Pendapat ini juga dipersetujui oleh ulama muktabar di kalangan mazhab Sunnah, walaupun sangat jarang di kalangan orang awam yang sanggup melakukan amalan ini. Ini hanyalah persoalan kebiasaan atau adat sahaja.

Mengenai makanan ahli Kitab, ia dibenarkan oleh Allah kepada orang beriman. Tidak timbul soal samada ahli kitab itu beriman, songsang akidahnya atau pun kafir. Yang menjadi isu di sini ialah kebersihan dan kesucian makanan mereka. Makanan yang dipersembahkan kepada berhala, jin atau Syaitan diharamkan untuk kita memakannya; begitu juga bangkai dan darah. ini dijelaskan oleh Allah di dalam Quran. Perbuatan 'kotor' seperti ini tidak berlaku di kalngan masyarakat yang diberi kitab. Walaupun terdapat ahlinya yang beriman, yang tersesat sedikit, yang sangat sesat dan juga yang kafir, tetapi makanan mereka bukanlah seperti golongan "barbarian" yang tidak mendapat sebarang petunjuk. Golongan yang tidak diberi petunjuk seperti ini mungkin memakan darah dan bangkai, contohnya kaum Masai di Kenya yang memakan darah lembu. Ini diharamkan oleh Allah.

Jika kedudukan akidah si penyembelih yang menjadi penentu kepada halal dan haram daging yang dimakan, maka bukan hanya makanan di kalangan ahli kitab yang perlu diselidik, tetapi juga si penyembelih di kalangan  masyarakat Islam. Al-Quran menyatakan yang terdapat juga orang2 munafik di kalangan mereka yang mengenali Nabi. Al-Quran juga menyatakan yang terdapat golongan beriman di kalangan ahli Kitab. Yang menjadi isu ialah makanan dan bukan mereka yang menyembelihnya. Sekiranya orang "Islam" di Malaysia memberi seekor ayam yang disembelih kepada bomoh sebagai pengeras (untuk memuaskan kehendak makhluk halus/jin), daging ayam tersebut tidak boleh dimakan. Walaupun bomoh tersebut juga seorang bilal, lebai dan sebagainya. Fokus di sini ialah makanan tersebut.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui, Sheikh Yusof al-Qaradawi sendiri memakan daging KFC dan McDonald di England, USA dan sebagainya. Saya bersetuju dengan pendapat beliau di dalam hal ini.

Oleh itu, pada pemahaman saya yang dhaif ini, kita dibenarkan memakan daging sembelihan orang Kristian, Yahudi, Syiah, Druze... dan juga sembelihan orang Umno..... selagi mana daging tersebut tidak diperlakukan seperti yang diharamkan oleh Allah untuk kita memakannya (contohnya seperti daging yang diberi sebagai pengeras kepada bomoh). Teknik menyembelih tidak semestinya memotong leher. Mereka ini semua membunuh binatang dengan niat untuk menjadikannya makanan. Mereka juga tidak makan bangkai dan darah binatang.

Yang penting, kita mesti menyebut nama Allah setiap kali sebelum kita memakan sesuatu. Ulama Sunnah (terutama bumi Arab) juga ramai berpendapat sedemikian. Di London, imam-imam masjid dan ulama mereka yang berasal dari Timur Tengah membeli ayam/daging di pasaraya Tesco, Safeway dan sebagainya. Mereka juga memakan burger KFC dan McDonald. Saya pernah mengenali seorang aktivis Ikhwanul Muslimin (dari Mesir) yang terpaksa tinggal dalam buangan di London kerana dikehendaki oleh kerajaan Mesir. Beliau mengkagumi Hassan al-Banna dan Yusof al-Qaradhawi. Beliau menjadi imam solat Tarawih di surau universiti dan memberi khutbah. Tetapi beliau memakan burger ayam/daging KFC dan McDonald.

Kebanyakannya hanya orang Malaysia dan Pakistan sahaja yang sanggup memandu kereta 20 batu untuk mencari 'daging halal' dan tidak merasai langsung burger KFC dan McDonald semasa berada di negara Barat. Memang pelik, ulama dan imam masjid/aktivis Ikhwanul Muslimin memakan burger KFC dan McDonald di UK... tetapi "kutu rock" yang merokok, berambut panjang, menonton filem lucah, menonton konsert rock tidak melakukan perbuatan tersebut. Ini seperti juga bekas penganut agama Hindu yang masih menjadi vegetarian walaupun sudah memeluk Islam.. he he

[ Last edited by belut at 27-12-2005 11:42 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Who This user has been deleted
Post time 28-12-2005 02:14 AM | Show all posts
Awak ni memang sinikal lah belut
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 28-12-2005 07:24 AM | Show all posts
Saya bukan cynical... tetapi untuk memaksa seseorang berfikir... sesuatu teknik diperlukan di dalam berbicara.. walaupun kadang-kala teknik tersebut nampak "kejam"...:gila:
Psychological warfare... kata orang kampung
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 01:13 AM | Show all posts
Encik belut,

secara amnya apa yang saudara kata tu mungkin betul, wallahualam, saya ni memang tak pandai.

tapi sebagai seorang yang pernah tinggal di banyak tempat di UK lebih kurang 5 tahun, saya ingin mencelah.

kebanyakan Mat Saleh, yang kita anggap mereka Kristian, sebenarnya bukan Kristian pun. Mereka sebenarnya Atheis, tidak langsung percaya akan kewujudan seorang Pencipta, apatah lagi keperluan untuk tunduk kepada Pencipta tersebut. Bila kita makan di KFC atau McDonald, mcm mana kita nak tahu sama ada yg potong/bunuh/sembelih ayam/lembu tersebut adalah orang Kristian atau Yahudi atau Druze dsb nya? Mcm mana kalau org Hindu yg sembelih, atau bangsa2 lain yg pelik2 yg banyak kat UK tu? In fact, banyak Mat Saleh yang menganut buddha dan juga agama Hare Krishna, tak caya tanya sapa2 yg pernah dok kat London. Aku tiga tahun kat situ.

Orang Melayu kita kat sana bukan bodoh Belut. Ramai yg memegang fahaman bahawa kita boleh makan sembelihan ahli Kitab, dan dgn itu ramai juga yg saya kenal yg juga membeli sembelihan Yahudi di kedai menjual daging "kosher", sbb di situ dah tentu yg sembelihnya pengamal agama orgh Yahudi, meaning, Ahli Kitab. (seperti pemahaman belut). Tapi mereka tak makan KFC or Mcdonald sbb tak tau siapa yang potong/sembelih haiwan2 tersebut.

Adakah kalau Yusuf Qardawi atau ulamak2 lain buat salah kita mesti ikut? Sejak bila Yusuf Qardhawi maksum?, atau betul dlm semua pendapatnya? Bukankah awak antara orang2 di sini yg strictly tak mau ikut hatta Rasulullah s.a.w. sekalipun sebab takut lari dari ajaran sebenar Al-Quran? Jadi kenapa bila awak nak menang argument awak boleh pulak langgar prinsip awak sendiri?

Berbicara biarlah adil. Berlaku adil adalah salah satu perkara yang dituntut Allah.

Sekian.

[ Last edited by mann3288 at 30-12-2005 01:18 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 30-12-2005 08:52 AM | Show all posts
Bila pula saya kata kita wajib ikut Yusuf Qaradawi? Saya kata saya bersetuju dengan beliau dalam aspek ini. Penekanan kepada perkataan "aspek ini" menunjukkan saya bukannya pengikut beliau. Jadi jika saudara bersetuju dengan sesuatu pendapat, terus saudara bertaqlik kepada beliau? Adus..pekatnya Sunnah saudara!

Bagaimana pula saudara tahu yang semua ayam/daging di Malaysia disembelih oleh betul2 orang beriman? Adakah semua penyembelih di Malaysia orang beriman? Kenapa saudara tidak mengenakan standard yang sama kepada orang "beriman" di Malaysia? Atau saudara yakin semua orang melayu adalah beriman dan tiada yang sesat? saudara yakin semua orang Melayu yang menyembelih ayam/daging di Malaysia semuanya OK iman mereka? tidak ada yang sesat? tidak ada yang syirik? What a reply!:gila:

[ Last edited by belut at 30-12-2005 08:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 04:58 PM | Show all posts
salam
NABI pernah disugi daging dr tetangganya
lalu ditegur oleh isterinya/sahabatnya
bahawa daging itu tidak disembelih dgn nama ALLAH
maka NABI bersabda:
SEBUTLAH NAMA ALLAH DAN MAKANLAH

ABU BAKAR pernah disugi makanan oleh budaknya
maka ditanya dahulu dr mana sumber diperolehinya
barulah dimakan
tepai pd satu hari disugi oleh budaknya lagi
lalu beliau memakannya tanpa bertanya dahulu
lalu budaknya bertanya:
kenapa kamu tidak bertanya sr mana sumber makanan ini
lantas ABU BAKAR bertanya kembali: DARI MANA
lalu jawab budaknya: dahulu aku pantai mementerai
lalu ku menterai ketua suku hingga baik
jadi hari ini aku tagih upahnya itu
MENDENGAR KATANYA
lalu ABU BAKAR memuntahkan habis isi perutnya
sehinggakan hijau mukanya

kan pengajaran dr NABI dan SAHABATNYA dah ada
mana lagi nak ikut??????????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 05:06 PM | Show all posts
Originally posted by belut at 30-12-2005 08:52 AM
Bila pula saya kata kita wajib ikut Yusuf Qaradawi? Saya kata saya bersetuju dengan beliau dalam aspek ini. Penekanan kepada perkataan "aspek ini" menunjukkan saya bukannya pengikut belia ...


Saya tidak berniat untuk berpolemik dgn saudara. Cuma nak point out yang anda bertukar2 prinsip semata2 nak menegakkan point saudara. Contohnya posting sdr ni. Pasal org Melayu yg tak beriman sembelih ayam. Sejak bila pulak sapa2 cakap kena syarat org beriman pulak. Sdr sendiri cakap kat posting asal kat atas boleh makan sesapa punya sembelihan. Kenapa tiba2 ckp org beriman pulak ni. Jgn lah berpusing2.

Apa yg saya cakap kat atas jelas. Tak nak pertimbangkan, suka hati lah. Klu sdr nak makan ayam Hindu potong ke Hare Krishna potong ke, suka hati.

p/s: Janganlah sombong sangat dengan ilmu yang ada.
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 30-12-2005 11:39 PM | Show all posts
May I suggest that you stay away from any posting which your brain capacity cannot handle. Take care (especially of your mental health!)


[ Last edited by belut at 30-12-2005 11:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2006 03:20 PM | Show all posts
hai belut

was that TOO MUCH for you?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


belut This user has been deleted
Post time 2-1-2006 11:22 PM | Show all posts
Too much Sunnah will kill you. :gila:
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
Post time 3-1-2006 12:43 AM | Show all posts
belut wrote:
Terdapat ayat Al-Quran yang menyatakan halal untuk kita memakan hasil buruan yang ditangkap oleh binatang terlatih. Ini bermakna, kita tidak dimestikan atau diwajibkan untuk memotong leher binatang walau apa jua keadaan dan situasi. Jika binatang yang diburu itu ganas atau liar, kita boleh membunuh binatang tersebut dengan menikam di tempat2 strategik untuk mematikannya, asalkan tikaman tersebut dilakukan di atas nama Allah dengan tujuan untuk memakan daging binatang tersebut. Pendapat ini juga dipersetujui oleh ulama muktabar di kalangan mazhab Sunnah, walaupun sangat jarang di kalangan orang awam yang sanggup melakukan amalan ini. Ini hanyalah persoalan kebiasaan atau adat sahaja.


Maaf, saya tidak pasti bagaimana sdr belut boleh membuat kesimpulan dengan sebegitu mudah , sedangkan dalam Al-Quran sudah dinyatakan dengan jelas bahawa diharamkan bangkai, darah, haiwan  mati tercekik etc KECUALI YANG SEMPAT KITA SEMBELIH....Harap sdr belut tidak menyalahi iktikad belut sendiri.

[Al-Ma'idah : 3]

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai,  dan darah, dan daging babi,  dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,  dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala;  dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah.  Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang kafir telah putus asa dari agama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, sebaliknya takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana lapar sedang ia tidak ingin melakukan dosa,  maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun,  lagi Maha Mengasihani.

[ Last edited by simplelife at 3-1-2006 12:45 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 12:50 AM | Show all posts
Originally posted by belut at 27-12-2005 11:07 PM
Jika kedudukan akidah si penyembelih yang menjadi penentu kepada halal dan haram daging yang dimakan, maka bukan hanya makanan di kalangan ahli kitab yang perlu diselidik, tetapi juga si penyembelih di kalangan  masyarakat Islam. .... Yang menjadi isu ialah makanan dan bukan mereka yang menyembelihnya..... Fokus di sini ialah makanan tersebut.

....Oleh itu, pada pemahaman saya yang dhaif ini, kita dibenarkan memakan daging sembelihan orang Kristian, Yahudi, Syiah, Druze... dan juga sembelihan orang Umno.....


Sdr Belut,

Can we then, by extension, include the budhist, shinto and what not. We know for a fact that the Japs are the most hygenic people on earth. Of course we cannot find them mentioned in the sunnah (oops, you don't believe in them anyway). This question is very real as one of the often quoted reasons for our people avoiding places like Japan or Korea for business or otherwise is 'makan susah'.

Really appreciate your view :hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 10:22 PM | Show all posts
salam

cuba kita kaji balik istilah SUNNAH itu sendiri
adakah ianya CORAK KEHIDUPAN atau tatacara hidup

dan kita kaji kembali adakah TATACARA HIDUP tu SESUAI
BERFIKIRLAH WAHAI MAKHLUK YANG DIBERI AKAL FIKIRAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.302932 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list