CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95530|Reply: 785

KL International Book Fair 2009

[Copy link]
Post time 10-1-2006 11:09 AM | Show all posts |Read mode
leh layari web---->  www.klibf.com

KLIBF 2009

Welcome to KLIBF 2009

Organized by the Ministry of Education, Malaysia, KLIBF 2009 is a major event in the global publishing calendar. Now in its 28th year, KLIBF provides the only opportunity in to network and meet with the local and international publishing community.

Opening Hours

Date: 17th - 26th April 2009
Mon - Thurs: 10.00AM to 7.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia


[ Last edited by  limau_nipis at 10-3-2009 11:22 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2006 11:36 AM | Show all posts
wahhhh.. terima kasih banyak2 chipmunk... aku mmg crazeeeeeeeeeeeeee utk book fair :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2006 05:53 PM | Show all posts
well...a nice place to have our bookworms gath...will see what
the wind blows...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 03:07 PM | Show all posts
jom pergi jom...jom...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 09:21 PM | Show all posts
sorry..nak tanya sket..
pesta nie..buku2 dijual murah sket ke dr kat kedai mph atau kinokuya?
sbb tak penah pergi pesta buku..
ishh..teruknyer haku nie..


err.. seribulan..kalau korang buat gath..hana join leh? hana tak kan menyampuk..cuma akan dengar korang bercerita ajer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2006 09:42 AM | Show all posts
Hi Hana

yup, kebanyakan buku yang dijual semasa International Book Fair ni agak murah sikit dari harga jualan biasanya.

Tetapi, menurut pengalaman saya, kalau buku tu buku favourite mcm buku Alaf21, katakan harga jualan biasanya ialah RM19.90, cuma jadik RM19 jer. ni apa yg terjadi dlm Book Fair 2 tahun sudah. Kalau sebelum2 tu, insyaallah boleh dapat RM17.00. Kesimpulannya, buku Alaf21 takde lah dapat murah sangat. Cuma mereka bg diskaun 5-10%, atau mcm saya kata td, rm19.90 jadik rm19 jer. Tapi tahun ni saya ingat nak borong buku resepi dan buku panduan membuat pakaian. hehehe :cak:

Gerai Alaf21 ni selalunya sebelah dgn KAryaneka, sbb dorg bwh company sama, cuma Karyaneka more on magazines. Magazine ada jugak laa.. banyak dan murah.. saya tak bleh nak ulas lebih sbb saya tak suka baca majalah. So, saya bg general info jer.

Buku2 yang murah dan boleh dibeli banyak adalah seperti di gerai DBP. Kita boleh dapatkan Kamus Dewan (Edisi 3, tak silap saya) dengan harga yg murah, dan juga buku2 terbitan DBP yg lain. Gerai DBP adalah salah satu gerai yang saya kunjungi. Buku2 lama dijual serendah rm1, dan berlonggok. Not nice view but rasa mcm shopping baju. Inilah peluang saya nak mencari buku yg lama saya idamkan sedari sekolah rendah. Selama ni usha jer dlm library.

Gerai Utusan Publishing jugak adalah salah satu gerai kegemaran saya. Saya nak carik buku yg menang award ni. Dan lagi nak carik buku petua. Gerai Utusan ni pun mcm Alaf jugak, takde laa murah sangat. tp tak silap dorg ada mcm promotion beli 2 dpt diskaun lebih.. kalau tak silap laa..

GErai creative, salah satu gerai yg happening, sbb dorg combine dgn majalah, so, ada aktiviti lukis2. Buku2 lama dijual dgn harga murah. Dorg jual murah ikut tahun penerbitan. Maybe kalau terbitan 1990an dapat diskaun sampai 70%. makin baru, makin kurang diskaun.Tapi masih dapat diskaun.

Tahun ni insyaallah akan ada gerai baru yg menjadi kunjungan saya, iaitu Pekan Ilmu Publishing. Nak tny berkenaan ichi no hon (satu punya buku) best ni.. hehehe

Tahun ni harap ada jugak gerai publisher yg bakal menjadi gerai feveret saya. Saya mmg suka Book Fair. Rasa best jer jalan2 carik buku.

Oh yer.. ada publisher menjemput penulis buku yg mereka terbitkan.. mcm Creative, Alaf(ramai sehh penulis Alaf21),Karyaneka(selalu invite artis, sama jugak dgn Creative), DBP(baru jer buat tahun lps).. ada forum, discussion.. tp saya tak berpeluang mengikuti diskusi tu. Cuma saya rasa kecewa sbb Utusan setiap thn buat Hadiah sastera Utusan-(penaja, mcm exxonmobil) but tak pernah buat autograf session dgn pemenang mcm publisher lain  buat. 2 tahun sudah(tak silap saya), ada jugak publisher yg terbitkan buku penulis (err, saya lupa namapenuhnya, tp dia yg ada jambang2, then namanya ada Al-Attas, tinggal di Janda Baik, penulisannya berbentuk kontroversi politik) tu jemput writer tu.. gerainya masa tu takde org dan penulis tu sedang duduk di meja. saya terkejut jugak laa.. masa lalu tu, saya toleh 3-4 kali sbb nak memastikan.. saya tak pernah beli bukunya, tapi saya baca, sbb kat opis lama saya ada buku dia. boss lama saya suka beli buku camtu. saya hanya menganggukkan kepala bila dia memandang saya..

best laa dapat jumpa penulis yg kita suka baca bukunya.. dan lagi bermakna jika tahun depan, bila kita dtg, writer tu masih lg ingat kita..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2006 10:33 AM | Show all posts
dahsyat yer promo, ni baru tgh bulan 1.. dah tahu tarikh book fair, mungkin kena discuss dengan suami.. tahun lepas beli buku agama banyak, agaknya tahun ni dia nak cari kitab bahrul mahzi yang alih bahasa lagi kot- kitab ni ditulis oleh orang melayu kita, dalam tulisan arab lama, dan jadi rujukan orang arab sana nuh..

tak sangka gak ada dah penulis melayu yang pasarannya kat dunia antarabangsa walaupun zaman dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2006 11:31 AM | Show all posts
wahh.. dah lama tak masuk thread nie sejak buku baru harry potter direleasekan july lalu..

nak gi ler pesta buku nie.. boleh borong buku byk sket.. yg kat rumah dah byk kali dikhatamkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2006 08:19 PM | Show all posts
Originally posted by StellaSakuragi at 12-1-2006 09:42 AM
Gerai Alaf21 ni selalunya sebelah dgn KAryaneka, sbb dorg bwh company sama, cuma Karyaneka more on magazines. Magazine ada jugak laa.. banyak dan murah.. saya tak bleh nak ulas lebih sbb saya tak suka baca majalah. So, saya bg general info jer.
...

Bukan Karyaneka yang!
Karangkraf.
Isssk...., byk beza tuuuu!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2006 08:36 PM | Show all posts
setakat ni, tiga tahun lepas, tak pernah tak pergi KLIB.. harapnya tahun ni pun ada kesempatan jugak nak pergi... mmg ada booth-booth yg wajib dijenguk setiap kali gi sana..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2006 01:58 PM | Show all posts
seronoknya... tak sabar menghitung hari... tak pernah miss.. tp tahun ni da ada baby lak... camne ye? :stp:

so boleh stop beli majalah.. nanti dapatlah murah skit... buku RAM yg latest pun tak beli lg.. nak autograph dia

plus nak cari bhn bacaan utk baby aku... baru 4 bln ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2006 02:15 PM | Show all posts
dua minggu ek..
selalu nyer cam tiga hari jek..
lama gak ek..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2006 03:35 PM | Show all posts
ish tak sabar tul nak tunggu nie..

jom ramai2 kita pergi.... :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2006 08:19 AM | Show all posts
bestnyerrr.. tp ada ke budget utk buku nih??
kalau leh pakai cc ok gak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2006 09:34 AM | Show all posts
makin lama makin cepat pulak bookfair ni...
2004 sekitar awal bulan jun..then 2005 ujung mei dah..
wah skang nak masuk mac...april...gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2006 02:49 PM | Show all posts
Kalau bookfair ni biasanya aku akan cari classic novels.  Mmg suka wat koleksi. I have quite a number but hanya dah baca less than 10% of my collections.. He he he

Then suka gak gi kat buku longgok.  Sometimes kita buleh jumpa memacam buku best at a ridiculusly low price.

This year, I hope to go.  And nak cari something on quilting and japs language.

Then... nak cuba cari Buckeridge on Jennings punya series.  Written sometimes in the 60s tapi tak berapa popular di Malaysia.

And Enid Blyton... he he he...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2006 02:51 PM | Show all posts
But usually... price is everything.  Expensive price will deter me from buying.

Pernah jumpa a complete collection of Sherlock Holmes for only RM9.90 jer.  Can you beat that?  He he he
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2006 03:18 PM | Show all posts
Masa pegi last year, banyak buku-buku classic yang popular (emily bronte, charles dicken, thomas hardy, etc) boleh dapat murah (RM5) sebab printed kat india, buku budak pun mcm peter & jane ladybird series boleh dapat RM7 je, biasa harga RM9.90.. borong la jugak beberapa  bjik for my daughters..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2006 04:13 PM | Show all posts

Reply #11 baby_ayang's post

sebaya a anak kiter....
lepas tu baca buku BAgaikan PUTERI -RAM sama2 baby.. hmmm dah sebulan baca tak abis2 jugak!...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 10:29 PM | Show all posts

pesta buku antarabangsa 2006.

hi kawan2

saya tak tahu lah sama ada topik ni dah ada ke tak, tapi saya dah geledah dalam gerobok lama tak jumpa lak ngan topik ni so saya buatlah topik ni.tapi kalau dah ada harap maaf kat sume mod2 dan diharapkan dapatlah kiranya disatukan.

pesta buku antarabangsa akan diadakan pada 23 march hingga 2 april 2006 bertempat di pwtc.


saya dah senaraikan buku2 yang saya nak beli esp novel melayu coz saya dengar ada diskaun yg best2.

so kawan2 dah senaraikan ke buku2 apa yang hendak diborong? kena kumpul duit dari skang.

untuk maklumat lanjut sila lawat laman web

http://www.klibf.com/main.jsp?PAGEID=klibf_home
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.062065 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list