Edited by maklukpenggoda at 21-9-2024 05:31 AM
PUCHONG: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyindir pemimpin pembangkang yang tidak memberi reaksi terhadap pengukuhan ringgit.
Perdana Menteri berkata, akan berlaku sebaliknya jika nilai ringgit merosot atau ditutup di paras rendah.
"Alhamdulillah, ringgit lebih baik walaupun kadang-kadang rakan sebelah sana tak nampak, tetapi kalau ringgit jatuh, dia hentam dan caci berterusan.
Ditanya mengenai keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memotong 50 mata asas kadar faedah, beliau berkata langkah itu akan mengukuhkan lagi kekuatan ringgit.
Nilai ringgit mencecah 4.20 berbanding dolar AS hari ini.
Keputusan Fed AS menurunkan kadar faedah memberi impak besar terhadap ringgit, terutama dari segi anjakan dinamik mata wang di serata rantau ini.
Langkah bank pusat AS menurunkan 50 mata asas pada Rabu lalu yang juga pertama dalam tempoh empat tahun, akan menyaksikan pelonggaran dasar monetari yang ketat selain menyuntik keyakinan terhadap mata wang yang susut, kata penganalisis.
Berita Harian
|