CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12134|Reply: 75

~ BACA DOA / QURAN MASA PERIOD ~ [merged zulyusoff]

[Copy link]
Post time 27-4-2006 04:47 PM | Show all posts |Read mode
SALAMSS ALL..:ting:

HAKU NAK TANYA NEH..HAKU NEH MEMANG RAGU2 SKET BAB NEH...:nerd:

KADANG2 UJAN LEBAT,ANGIN KUAT ATAU KILAT/PETIR HAKU AKAN BACA DOA....USTAZ/USTAZAH SEMUA PUN TAHU....SEBELUM BACA DOA ITU SEMUA...KITA KENA IKUT ADAB BACA PEMBUKA DOA DULU...

JIKA HAKU DALAM KEADAAN PERIOD BLEH KA HAKU BACA?:nerd:

KALO KATA HAKU BACA DOA UTK PETIR/ANGIN KUAT TUE SAHAJA (AYAT DIA PENDEK JE..)TAKPER KE?

ATAU...APAKAH JALAN TERBAIK?
:nerd:

[ Last edited by  antiQue at 21-6-2006 06:13 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2006 08:16 PM | Show all posts
kalo berzikir boleh x??
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 10:54 PM | Show all posts

~ BACA DOA MASA PERIOD ~

Apakah senjata utama manusia?  Jawapannya : Doa.  Jadi rugi le kaum wanita kalau tak boleh berdoa masa period... yang tak boleh masa period adalah membaca ayat Al-Quran... tapi itu pun ada pendapat yang mengatakan boleh membaca ayat Al-Quran pada masa period tetapi dengan niat zikir....  Lagipun ada doa menggunakan ayat selain Ayat Al-Quran....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2006 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by BabeYSHa at 27-4-2006 04:47 PM
SALAMSS ALL..:ting:
HAKU NAK TANYA NEH..HAKU NEH MEMANG RAGU2 SKET BAB NEH...:nerd:
KADANG2 UJAN LEBAT,ANGIN KUAT ATAU KILAT/PETIR HAKU AKAN BACA DOA....USTAZ/USTAZAH SEMUA PUN TAHU....SEBELU ...

baca doa jugak?Takut gak ko ngan petir ek.sukak atilah ko minah..heheh.

fleurzsa: Sorry, edited krn ayat tidak sesuai.  Thanks

[ Last edited by  fleurzsa at 28-4-2006 10:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2006 06:22 PM | Show all posts
tp kalo sebelum tido selalu bace ayat kursi..surah 2 kul...tp biler period x leh bace laa yer??
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2006 07:27 PM | Show all posts
Jumhur ulama' mengatakan haram bg wanita membaca al-Quran semasa datang haid, sehinggalah ia suci. Yg menjadi kelonggaran ialah kecuali ia menjadikan ayat-ayat al-Quran itu sbg Zikir dan lafaz2 yg tidak bermaksud utk membaca al-Quran spt lafaz Bismillah, Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun atau lafaz yg menjadi do'a umum.

Larangan ini berdasarkan kpd hukum yg dikenakan keatas org yg berjunub (keadaan tidak suci akibat bersetubuh atau keluar mani), kerana kedua-dua keadaan ini memerlukan seseorang itu mandi. Ini berdasarkan dr hadith 'Ali bin Abi Thalib ra, menurutnya bahawa

"Rasulullah saw biasa mengajar Al-Quran dan tidak menegah sesiapa mempelajarinya melainkan mereka yg berada didlm keadaan junub" - [Hadith riwayat Abu Daud #1/281, Al-Tirmudzi #146, Al-Nasaa'i #1/144, Ibn Majah #1/207, Ahmad #1/84, Ibn Khuzaimah #1/104].

Terdapat juga didlm hadith dr Ibn 'Umar ra, menurut apa yg disabdakan oleh Rasulullah saw :

"Wanita yg haid dan mereka yg didlm keadaan junub tidak boleh membaca apa2 dr Al-Quran" -[hadith riwayat al-Tirmudzi #131, Ibn Maajah, 595; al-Daaraqutni (1/117); al-Baihaqi, 1/89].

Hadith ini da'if, kerana ia diriwayatkan oleh Ismail ibn 'Ayyaash dari Hijaaziin, dan riwayat beliau adalah da'if, berkata Shiekh Al-Islam Ibn Taimiyah (majmu' fatawa 21/460) :

"Ia adalah hadith da'if yg disepakati oleh ulama' hadith". sila lihat juga Nasb al-Raayah, 1/195, al-Talkhis Al-Habeer, 1/183.

Walaubagaimanapun beberapa ulama spt Imam Maalik, Ibn Taimiyah, Al-Sawkaani (Nayl al-Awtaar, 1/226), Al-Albani, Abdul Aziz bin Baaz, Ibn Utsaimin dsb membenarkan wanita didlm haid membaca Al-Quran. Ini berdasarkan prinsip bahawa setiap perkara itu harus kecuali ada dalil yg melarangnya. Berkata Ibn Taimiyah :

"Tidak terdapat nas yg jelas larangan wanita haid membaca Al-Quran, dan berkata lagi : Adalah maklum bahawa wanita juga datang haid semasa zaman Rasulullah saw, dan baginda tidak melarang mereka membaca al-Quran, atau berzikir kpd Allah dan membaca do'a". (Majmu' al-Fataawaa, 21/460)

Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz berkata :

"Tidak ditegah keatas wanita datang haid dan nifas membaca kitab tafsir dan membaca Al-Quran tanpa memegang Al-Quran dan ini adalah pandangan yg paling benar dari kalangan ulama'. Bagi mereka yg berjunub dilarang baginya secara Mutlak membaca Al-Quran sehinggalah ia mandi, dan baginya boleh membaca Kitab Tafsir dan hadith dan selainnya TANPA membaca teks ayat-ayat al-Quran. Telah terbukti dari Nabi saw sesungguhnya tidak melarang dari apa-apa perkara yang berkenaan dengan Al-Quran kecuali seeorang didalam keadaan Janaabah (Junub). Dari lafaz Nabi saw bersabda didalam sebuah hadith riwayat Al-Imam Ahmad dengan sanad yg baik : "bagi mereka yang berkeadaan junub maka Tidak dan Tidak boleh membaca satu Ayat" [Fatawa Islamiyah, 1/239].

Didalam Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah yg bernombor 9402, membenarkan wanita haid mengajar Al-Quran samada tilawah ataupun tajwid, katanya :-

"Adalah dibolehkan utk kamu(wanita) membaca Al-Quran semasa kamu berhaid, dan anda mengajar didalam keadaan haid subjek tilawah dan tajwid Al-Quran, akan tetapi tanpa menyentuh Al-Quran, dan bagi yg datang haid, menyentuh kitab tafsir Al-Quran dan mengetahui ayat didalamnnya dibolehkan. Ini adalah pandangan terbaik dikalangan pandangan ulama" - (Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah, 4/111).

Apa yg penting dibicarakan disini ialah, ulama' ini berpendapat bahawa wanita yg sedang di dlm haid boleh membaca Al-Quran, mengajar dsb TANPA menyentuh mushaf Al-Quran itu. Bagi wanita yg didalam keadaan berjunub, dilarang sama sekali membaca dan menyentuh Al-Quran. Pandangan ini merupakan pandang yg terbaik dikalangan ulama' dan ia juga merupakan pegangan para ahli-ahli hadith.

wallahua'lam

sumber : www.al-ahkam.net

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2006 06:48 PM | Show all posts
Salam semua,

Originally posted by skywalker at 28-4-2006 07:27 PM
Jumhur ulama' mengatakan haram bg wanita membaca al-Quran semasa datang haid, sehinggalah ia suci. Yg menjadi kelonggaran ialah kecuali ia menjadikan ayat-ayat al-Quran itu sbg Zikir dan lafaz2 yg  ...


Kenapalah sampai nak berdoa pun kena dapat approval dari ulama?  Doa adalah antara manusia dengan Tuhan.  Tak perlulah pening2 sangat dengan tafsiran ulama2.  Samada doa tu Tuhan perkenankan atau tidak bukan ulama yg nak menentukan.

Even jika anda merasakan perlunya anda bersembahyang, lakukan lah, walau dalam apa keadaan pun.  Sembahyang anda juga adalah antara anda dengan Tuhan anda.  Didalam Al Qur'an yg dijamin Allah sebagai rujukan terbaik untuk panduan hidup anda, TIDAK ada larangan untuk anda melakukan amal ibadah (sembahyang, puasa, baca al Qur'an, Haji, etc) walaupun anda didalam Haid.  Cuma anda ditegah untuk melakukan hubungan seks didalam tempoh ini kerana ini seperti yg diterangkan didlm Al Qur'an, ini adalah tidak baik dari sudut kesihatan.

Jumhur ulama' silap bila merumuskan yg wanita itu didlm kategori Kotor yg tidak membolehkan wanita itu melakukan perkara2 berkaitan ibadat, walhal kotor yg dimaksudkan didlm al Qur'an itu hanyalah berkaitan darah haid itu sendiri didlm konteks melakukan hubungan seksual.

Di harap ini dapat membantu.

Peace,
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2006 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 29-4-2006 06:48 PM
Salam semua,



Kenapalah sampai nak berdoa pun kena dapat approval dari ulama?  Doa adalah antara manusia dengan Tuhan.  Tak perlulah pening2 sangat dengan tafsiran ulama2.  Samada doa tu Tuha ...



biar betul!!! maksud u perempuan boleh solat masa dalam haid?  nak tercabut jantung baca.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


syu This user has been deleted
Post time 13-5-2006 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 29-4-2006 06:48 PM
Salam semua,



Kenapalah sampai nak berdoa pun kena dapat approval dari ulama?  Doa adalah antara manusia dengan Tuhan.  Tak perlulah pening2 sangat dengan tafsiran ulama2.  Samada doa tu Tuha ...



Dalam quran mmg. tak dak larangan sewaktu haid kecuali "bersama"/ bersetubuh saja....tapi ada dalam hadis...



Diharamkan bagi yang haid dan nifas segala yang diharamkan bagi orang yang junub seperti;

•      sembahyang,
•      tawaf,
•      sujud tilawah,
•      sujud syukur,
•      khutbah jumaat,
•      menyentuh Al Quran yang diqashadkan Al Quran.

Dan diharamkan pula selain dari yang disebutkan tadi lima perkara lagi.

1. Melintasi dalam masjid jika ditakutkan darah akan terjatuh ke lantai demi memelihara kesucian masjid dari najis. Dan jika tidak takut terjatuh maka tidak diharamkan melintasi dalam masjid tetapi ianya hanya makruh. Orang yang haid hal keadaannya samalah seperti orang yang ada pada pakaiannya atau badannya atau sandalnya yang dibawanya ada najis yang basah, maka haram baginya melintasi masjid. Tetapi kalau tidak ditakutkan darahnya jatuh tidaklah haram dan tidak pula makruh. Ini lah perbezaan orang yang menanggung najis dengan perempuan yang haid kerana ainnya sudah najis dan bukan 'ahli ibadat' sepanjang ia ada haid.

2. Mandi atau tayamum kerana mengangkat hadas atau kerana ingin melakukan ibadah diharamkan kerana haid dan nifas, terkecuali mandi sunat dalam melaksananakan ibadah haji maka iaitu sunat pada ketika itu.

3. Puasa iaitu haram kerana haid dan nifas dan lagi tidak sah menurut ijmak kerana Nabi SWT. ada bersabda:
"Tiadakah apabila perempuan haid tidak boleh sembahyang dan tidaklah boleh berpuasa". (HR. Bukhari dan Muslim dari Abi Said)

Tetapi baginya wajib mengqadha puasa. Namun sembahyang tidak wajib diqadhakan seperti yang diterangkan dalam hadis yang berbunyi:
" Kami diperintahkan mengqadha puasa dan tidak diperintahkan mengqadha sembahyang". (HR> Muslim dari Aisyah)
Reply

Use magic Report

syu This user has been deleted
Post time 13-5-2006 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by batricia at 12-5-2006 09:42 PM



biar betul!!! maksud u perempuan boleh solat masa dalam haid?  nak tercabut jantung baca.....



ntah la...nampak sangat ambil mudah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2006 01:21 AM | Show all posts
Salam semua,

Originally posted by batricia at 12-5-2006 09:42 PM



biar betul!!! maksud u perempuan boleh solat masa dalam haid?  nak tercabut jantung baca.....


Penerangan yg datang dari al Qur'an bila dibaca memang akan menyebabkan org2 yg meragui akan kandungannya yg lengkap untuk dijadikan panduan hidup, terasa seperti nak tercabut jantungnya :

Salam,
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2006 01:23 AM | Show all posts
Salam semua,

Originally posted by syu at 13-5-2006 12:03 AM



Dalam quran mmg. tak dak larangan sewaktu haid kecuali "bersama"/ bersetubuh saja....tapi ada dalam hadis...





Dah confirm tak da kenapa perlu ditambah2 benda yg tak dilarang oleh Tuhan? Tak cukup dgn larangan yg ada dlm Al Qur'an?  Al Qur'an tak lengkap untuk dijadikan panduan hidup anda?  Ya atau Tidak?  Sila pilih.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2006 01:25 AM | Show all posts
Originally posted by syu at 13-5-2006 12:04 AM



ntah la...nampak sangat ambil mudah tu...



Lihat pula apa yg diterangkan didlm al Qur'an


3:108
These are GOD's revelations; we recite them to you, truthfully. GOD does not wish any hardship for the people.


Salam.
Reply

Use magic Report

syu This user has been deleted
Post time 13-5-2006 02:49 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 13-5-2006 01:23 AM
Salam semua,



Dah confirm tak da kenapa perlu ditambah2 benda yg tak dilarang oleh Tuhan? Tak cukup dgn larangan yg ada dlm Al Qur'an?  Al Qur'an tak lengkap untuk dijadikan panduan hidup and ...

nak tanya you, dalam quran ada tak diajar2 cara2 nak sembahyang???
habis tu you belajar macammana?
Reply

Use magic Report

syu This user has been deleted
Post time 13-5-2006 02:50 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 13-5-2006 01:25 AM



Lihat pula apa yg diterangkan didlm al Qur'an


3:108
These are GOD's revelations; we recite them to you, truthfully. GOD does not wish any hardship for the people.

Salam.



sorry to ask you this?
are you muslim???
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2006 10:03 AM | Show all posts
syu.

m5 ni orang anti hadis ataupun non muslim. ataupun orang gila. ataupun orang yang nak memecah belahkan orang islam, nak buat kita rasa was2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2006 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 13-5-2006 01:23 AM
Salam semua,



Dah confirm tak da kenapa perlu ditambah2 benda yg tak dilarang oleh Tuhan? Tak cukup dgn larangan yg ada dlm Al Qur'an?  Al Qur'an tak lengkap untuk dijadikan panduan hidup and ...


AL QURAN DAN HADIS......la.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2006 10:21 AM | Show all posts
Originally posted by batricia at 13-5-2006 10:03 AM

m5 ni orang anti hadis ataupun non muslim. ataupun orang gila. ataupun orang yang nak memecah belahkan orang islam, nak buat kita rasa was2.


dia mengajak kita berfikir....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2006 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by Normala17 at 13-5-2006 10:21 AM


dia mengajak kita berfikir....


This is tough for Sunnis and Shias..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2006 01:56 PM | Show all posts
Salam semua,

Originally posted by syu at 13-5-2006 02:49 AM

nak tanya you, dalam quran ada tak diajar2 cara2 nak sembahyang???
habis tu you belajar macammana?


Amalan sembahyang adalah antara amalan yg telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.  Even kaum2 sebelum Nabi Muhammed telah megamalkan tradisi ini termasuklah amalan berpuasa dan mengerjakan haji.

Isu yg diperbincangkan adalah premis yg mengatakan wanita itu "kotor" ketika haid, maka tidak dibenarkan melakukan amalan2 yg disebutkan tadi.  Penerangan dari al Qur'an TIDAK melarang wanita dari mengerjakan amalan2 tersebut.

Mengenai permasalahan ttg amalan sembahyang, haji, puasa etc dari konteks al Qur'an, saya rasa elok di perbincangkan pada tread yg lain, ianya lebih mudah dapat difahami bila minda anda dapat dibebaskan dari fahaman2 tradisi hasil dari anutan intrepitasi Hadith2.

Yang jelasnya fahaman agama anda tidak berteraskan al Qur'an.  Setuju atau Tidak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.399234 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list