|
tak sure dah ada ke topik ni atau blom...
tp topik ni sesuai utk korang yg suke membaca tp tak cukup budget utk beli novel melayu...ni aku ada jumpe link baik utk korang baca novel, tp kena rajin sketla...caranye mcm ni...
kat website utusan malaysia - www.utusan.com.my, di bahagian kiri seblah bawah ada klik 'search archives'...korang try klik kat situ, pastu taip 'novel bersiri' & klik search...nanti akan keluar sejumlah arkib yg sebenarnye koleksi2 novel bersiri yg penah diterbitkan secara harian kat utusan malaysia..koleksi ni lengkap..ni list novel2 bersirinye:
tunggu teduh dulu - faisal tehrani
- bermula dari 3 mac 2003 sehingga 31 disember 2003 (130 episod)
- versi novel penuh setebal 640 muka surat
- diterbitkan tiap2 hari isnin, selasa & rabu
semakin dekat - aminah mokhtar
- bermula 5 januari 2004 sehingga 29 disember 2004 (156 episod)
- tiada dlm bentuk novel penuh
salju sakinah - zaid akhtar
- bermula 3 januari 2005 sehingga 28 disember 2005 (122 episod)
- tiada dlm bentuk novel penuh
kelmarin yang hilang - amin al-hakim
- bermula 2 januari 2006 dan masih belum tamat; dah sampai episod ke-54 rabu lepas
apa yg korang kena buat, kalo rajin...copy & paste elok2 dlm microsof word supaya senang bole baca...dah bole baca novel thru korang punye komputer, takyah susah2 beli...aku penah compile 130 episod novel tunggu teduh dulu tp baru baca separuh, komputer aku kena virus jd document novel tu burn camtu je...aku ingat nak copy & paste balik...mmg time consuming, cuma sesuai baca kalo tak bz...
rasanye tak timbul soal hak cipta dlm hal ni...sbb bukan kite cetak rompak ke ape, mmg dah tersedia dlm arkib utusan malaysia...harap korang semua dapat benefit =) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sinopsis tunggu teduh dulu
Novel bersiri ini mengisahkan Salsabila Fahim, seorang anak yatim dan usahawan wanita yang mengusahakan sebuah ladang betik seluas lima hektar.
Dia berhadapan dengan konflik percintaan tiga segi bersama teman sejak kecil antara Kamil, Zahidi dan Lam Ping Hai atau nama Islamnya, Saifullah.
Akhirnya, atas kuasa qada dan qadar Allah s.w.t., Salsabila mengambil keputusan mengahwini Sazly Zainuddin, seorang bekas pekerja ladangnya dalam satu pertemuan di Mekah, sewaktu mengerjakan umrah bersama ibu tirinya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Novel Tunggu Teduh Dulu telah disiarkan secara bersiri di ruangan Agama Utusan Malaysia sepanjang tahun 2003 lalu. Novel ini menawarkan sesuatu yang unik dan berharga buat para peminat sastera terutamanya yang dahagakan karya-karya berunsur Islam. Setelah memberi impak baru dalam dunia penulisan remaja dengan novel-novel bercorak Islam lewat 1515 dan 1511H, kini beliau muncul lagi dengan novel yang menekankan konsep tauhid. Sesuatu yang menarik untuk diteliti dan dibincangkan.
Novel dewasa ini berkisar tentang kegigihan Salsabila Fahim mengusahakan tanah peninggalan gemulah ayahnya dengan merencanakan penanaman betik secara besar-besaran. Dibantu oleh sahabat karibnya, Teh Sofia, mereka menongkah arus dan membuktikan wanita juga mampu bersaing dengan lelaki dalam dunia tani dan niaga yang penuh licik dan melelahkan.
Bermula di situ pelbagai konflik terjadi dan Faisal mengunjurkan bahawa dengan hanya bernaung di bawah payung tauhid sahaja maka keamanan diri dan jiwa diperoleh. Setelah menggambarkan kekalahan wanita di dalam Perempuan Politikus Melayu dan Cinta Hari-Hari Rusuhan, novel Tunggu Teduh Dulu adalah semacam satu `taubat' Faisal dengan kembali kepada jati diri sejati beliau.
Sesungguhnya dengan kelahiran karya ini membuktikan bahawa dunia sastera Melayu tidak sahaja sempit dengan watak-watak penari joget, pelacur dan wanita gila. Adalah sesuatu yang membanggakan karya yang menghormati wanita terus lahir dan semoga mendapat perhatian sewajar pengkritik dan sarjana.
Penulis di dalam karya menekankan bahawa konsep tauhid adalah berteraskan kalimah Innalillahi wa inna ilaihi raji'un yang bermaksud sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Ada kemungkinan Faisal mengutip atau mendapat pengaruh dari doktrin tauhid yang dikemukakan oleh ahli falsafah dan ulama Iran, Murthada Mutahhari.
Dapat kita fahami bahawa setiap makhluk di alam ini adalah milik mutlak Allah dan Dia boleh mengambilnya pada bila-bila masa. Ini terpancar dalam novel dengan apa jua `kesenangan' dimiliki oleh Salsabila akan kembali kepada pemilik sebenarnya seperti kasih sayang yang baru diperoleh daripada ibu tiri dan adik tetapi mereka akhirnya kembali ke rahmatullah. Begitu juga dengan tanah yang dikerjakan dengan penuh kecintaan dan sungguh-sungguh diambil untuk projek lebuh raya.
Dalam pada itu kenangan sebuah persahabatan juga mewarnai novel ini. Walaupun Salsabila masih setia berpaut dengan kemurnian persahabatan lalu dengan Lam Ping Hai dan Kamil Zahidi, namun jejaka-jejaka tampan ini pula menghulur dan menagih cinta sehingga wanita itu nanar untuk membuat keputusan.
Namun isu lebih menarik ditampilkan ialah bagaimana Lam Ping Hai atau Saifullah menerima syahadah atau menerima tauhid sebagai darah dagingnya, iaitu setelah hasil penyelidikan mendalam tentang Islam. Tauhid pada Lam memberikan ketenangan jiwa yang tidak dapat dibayangkan. Di sini juga muncul secara mendadak watak Sazli yang akan memberi kesan besar dalam hidup Salsabila.
Selain bertumpu kepada isu akidah dan tauhid, menggunakan latar belakang pendidikan syariah penulis menyulam ayat-ayat al-Quran dan hadis berkenaan tauhid. Beliau juga menyarankan bahawa bidang pertanian merupakan lapangan yang sangat menjanjikan kepada ekonomi negara. Malah kehidupan tumbuhan dilihat sebagai satu `keajaiban Allah' yang menyumbang kepada keutuhan tauhid.
Sesuai juga dengan sabda Rasulullah bahawa 9/10 daripada sumber rezeki ialah daripada berniaga, maka penulis mengajak khalayak merenungi bahawa perniagaan apabila dijalankan dengan penuh jujur dan bertunjangkan syariat tetap menjamin pulangan lumayan seperti tertulis dalam sejarah Islam dengan kemampuan Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan menjadi pedagang terbilang biarpun dilingkungi oleh helah dunia perniagaan yang penuh tipu daya.
Novel ini walaupun mempunyai pola seperti karya-karya popular lain seperti kisah seorang wanita yang mempunyai paras rupa menarik dan peribadi menawan menjadi rebutan beberapa lelaki kacak, namun ia masih terkawal dan berjaya ditutupi dengan baik apabila penekanan terhadap konsep tauhid dalam kehidupan insan menguasai keseluruhan novel ini.
Kemurnian iman juga ditampilkan apabila watak-watak dalam novel ini menerima qadak dan qadar Allah dengan reda dan percaya bahawa Allah Maha Penyayang dan Maha Adil. Ini kelihatan pada babak ladang betik yang musnah untuk memberi laluan kepada pembangunan namun lorongan baru untuk meneroka bidang tersebut dalam kapasiti lebih besar menunjukkan bahawa pergantungan kepada Yang Maha Esa sentiasa berbaloi.
Selain itu, penggunaan bahasa yang sesuai dengan plot dan jalan cerita menjadikan novel ini menarik untuk dibaca. Penggunaan bunga-bunga bahasa yang indah namun terkawal membezakannya dengan novel-novel popular lain. Inilah kekuatan dan kelebihan para graduan Minggu Penulis Remaja sebenarnya kerana mereka pandai menguasai bahasa dengan baik dalam menghasilkan novel seperti Faisal Tehrani, Hizairi Othman dan Salina Ibrahim.
Pujian juga wajar diberikan kepada editor novel ini kerana suntingan teliti dan menyeluruh menjadikannya lebih menarik, padat dan mudah ditelusuri berbanding versi yang disiarkan di akhbar. Perlu diingat sebuah karya juga bergantung kepada kemampuan editor dalam menjadikannya lebih baik atau sebaliknya. Hanya editor yang boleh melihat sesebuah karya dari sudut makro dan mikro mampu mengubah sesebuah karya yang biasa atau baik menjadi sebuah masterpiece. Tidak mustahil karya ini akan menjadi `kanun kecil' untuk agamawan dan masyarakat seluruhnya kelak.
Tunggu Teduh Dulu walaupun sebuah novel panjang dan sederhana namun membaca dan menghayatinya langsung tidak meletihkan kerana tempo cerita dan plotnya berjaya dikawal dengan baik. Ini membuktikan bahawa karya persuratan tidak semestinya mementingkan nasihat dan khutbah semata-mata. |
|
|
|
|
|
|
|
salju sakinah
Salju Sakinah adalah hasil karya Mohamad Yazid Abdul Majid yang lebih terkenal dengan nama pena-nya, Zaid Akhtar.
Beliau merupakan seorang pendidik dengan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.
Cerpen-cerpennya banyak disiarkan di pelbagai media dan mendapat anugerah, seperti Nil Masih Mengalir dalam kategori cerpen eceran Hadiah Sastera Darul Ta'zim III dan Juara yang Tewas - kategori cerpen Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1994.
Dua buah novel karya Zaid; Sesegar Nailofar mendapat tempat ketiga kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000 dan novel remaja terbaik Hadiah Sastera Darul Ta'zim IV. Dan Rona Bosphorus - tempat kedua kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DI KALANGAN pembaca Utusan Malaysia, nama Mohamad Yazid Abdul Majid kurang dikenali berbanding nama Zaid Akhtar. Nama yang kedua itu pastinya lebih mencuri perhatian ramai terutama mereka yang mengikuti perkembangan dunia penulisan kreatif tanah air.
Zaid Akhtar ialah penulis novel bersiri Salju Sakinah yang tamat ceritanya hari ini. Zaid Akhtar merupakan nama pena Mohamad Yazid Abdul Majid.
Siapakah Zaid Akhtar?
Beliau mula meminati penulisan kreatif sejak di tingkatan dua. Pada masa itu, beliau menghasilkan novelet yang ditulis dengan tulisan tangan dalam buku berkulit tebal.
揝aya juga penggemar Dewan Siswa yang ketika itu banyak menyiarkan karya cerpen remaja bermutu. Saya tertarik dengan Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat dan program Minggu Penulis Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dianjurkan setiap tahun.
揅erpen pertama saya yang tersiar di Dewan Siswa berjudul Juara yang Tewas dinobatkan sebagai pemenang utama Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1994, |
|
|
|
|
|
|
|
kelmarin yang hilang
Penulisnya ialah Iman al-Hakim yang dilahirkan di Serian, Sarawak pada 1970. Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Bantuan St. Michael, Muara Mongkos, Serian, pelajaran menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Lubok Antu, Sri Aman dan Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Petra Jaya, Kuching. Iman al-Hakim kemudian melanjutkan pendidikan dalam Pengajian Media di Universiti Malaya pada 1990-1994. Dia meminati sastera sejak dari kecil dan mula menulis semasa tahun pertama di universiti.
Ketika di universiti dia giat menulis cerpen serta esei dan berjaya memenangi Hadiah Sastera Utusan-Public Bank pada 1991, 1992, 1993 dan Hadiah Sastera Remaja Utusan-Public Bank 1992. Selepas memasuki alam pekerjaan, Iman al-Hakim menyepi daripada dunia sastera dan penulisan sehinggalah 2003 apabila dia berjinak kembali dalam penulisan, khususnya cerpen dan novel.
Cerpen-cerpennya terkandung dalam Antologi Karya Sasterawan Muda 2005. Iman al-Hakim juga adalah penyelenggara bersama buku kumpulan esei Ideologi Penulis Muda (2005). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TQ. dah gi site tu. tak sabar-sabar nak bace semuanya. thanks again... |
|
|
|
|
|
|
|
weh
thank u
aku mmg dah lama nak baca
cite tunggu teduh dahulu toh |
|
|
|
|
|
|
|
mana nak beli salju sakinah ni ekk....kita da lama tunggu karya zaid yg nih...beshh |
|
|
|
|
|
|
leenaqute52 This user has been deleted
|
memang minat faizal tehrani, esp. musim dingin terakhir... dier pakai nama samaran masa tu... |
|
|
|
|
|
|
|
heh
baru nak baca link kau
akak aku dah pinjam ngan kawan dia lak
huhuh
bestnya
aku ni dahla bercita2 nak jd petani moden
ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
wah terima kasih. tgh sibuk cari buku salju sakinah :D sekarang dah jumpa
TTD tu dah beli dulu |
|
|
|
|
|
|
leenaqute52 This user has been deleted
|
perna bace e-book karya inogman... tapi dah lama... lawak gaklah bahasa dia.. ..ada skali tu, dia buat diskription ttg seorang pompuan.. last-last dia cakap... tapi, aku x kisah.. bukannya awek aku! tergelak aku! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 Duta lover's post
sekejap ahli farmasi, sekejap petani, tak paham tul aku, hahaha...
ape yg aku respek faisal ni, dia buat cerita psl petani moden, dia memang buat research psl betik nih specifically.baja ape, gred ape, spesis ape,memang takleh kelentongla...teliti orangnye...
no wonder dia marah sangat bile yasmin ahmad pandai2 putar syair jalaluddin rumi ikut interpretation yasmin sendiri... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 5/6/06 11:46 PM
sekejap ahli farmasi, sekejap petani, tak paham tul aku, hahaha...
ape yg aku respek faisal ni, dia buat cerita psl petani moden, dia memang buat research psl betik nih specifically.baja ape, gred ...
i agree with this, sebab lepas aku baca tunggu teduh dulu (versi novel yang sudah dibukukan), aku dah tahu camne nak menanam dan membaja pokok betik.. heheheh.. sambil boleh tahu gred betik.. (kononnyalah)
thats' how extensive his research in the topic |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|