Berkongsi kisah perkenalan mereka, Wanna berkata dia mula mengenali Khairil Amri, yang juga anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sejak tahun lalu.
Sementara itu, ibunya, Ayu Puteh, meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahan anaknya berjalan lancar seperti yang dirancang.
“Alhamdulillah, hari ini Wanna sudah sah bergelar isteri. Sebagai seorang ibu, saya amat bersyukur dan gembira melihatnya melangkah ke alam rumah tangga. Semoga ikatan ini diberkati dan berkekalan hingga ke jannah.
“Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap agar suaminya menjaga Wanna dengan penuh kasih sayang,” katanya kepada *Harian Metro*.
Malam ini, pasangan mempelai bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan tradisional yang berlangsung di lokasi yang sama.
Wanna sebelum ini mengumumkan pertunangannya dengan Khairil Amri pada 9 November tahun lalu, namun hanya mendedahkan berita itu kepada umum pada 2 Februari lalu.
Sumber: Harian Metro