View: 6044|Reply: 8
|
Missing Piece - Fatimah Busu
[Copy link]
|
urmylife This user has been deleted
|
Ada tak sesiapa tahu mana nak dapatkan Novel Missing Peace oleh Fatimah Busu.
Saya sedang mencarinya untuk adek saya.
Terima Kasih
[ Last edited by mardhiah12 at 15-10-2008 10:10 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Fatimah Busu? yg tringat kontroversi buku Salam Mariake hapa dia tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
actually tajuk buku ni bukan missing peace, tapi The Missing Piece.. kalau ejaan silap mmg leceh sket nak mencarinya... sbb makna dah lari... never mind that.. harap tuan rumah dah jumpa bukunya.
anyway.... saya tgk topik ni dah bertahun... & byk reply jadi mungkin tak ramai yg berminat...
saya cuma nak kasi tau ttg buku ni.
asalnya ke public library nak cari novel ayat2 cinta yg meletup2 tu... sbb filemnya dikatakan tak sebagus novel... tapi saya tak jumpa di library, tgk dlm database library pun takde novel AAC ni... mungkin saya kena beli sendiri nanti.
dlm pada tercari2 novel AAC, saya terjumpa buku fatimah busu ni... tajuk the missing piece...
pada masa saya sekolah menengah dulu (80an) saya pernah baca novel beliau bertajuk 'ombak bukan biru'... buku ni mmg membuatkan saya mengalirkan airmata, sbb kisahnya mengenai seorang guru wanita muda dari kelantan (Imrah) yg putus cinta dgn seorang lelaki melayu. salah 1 subjek yg diajar beliau ialah seni tari. ketika membuat persembahan kecil utk seorang pensyarah minah saleh & kawan2 p.pinang, imrah bertemu dgn Lawrence. percintaan mereka mendapat tentangan hebat dari bapa imrah yg berpegang teguh pada agama & adat melayu, wpun lawrence memeluk islam. imrah dihalau & dicap anak derhaka sehinggalah ayahnya jatuh sakit & meninggal.
pada asal perkahwinan mereka, imrah & lawrence sgt cinta-mencintai sehinggalah hadir ppuan (org ke3) dlm perkahwinan mereka. imrah yg mengandung sgt cemburu & melarikan diri dari suaminya. 3 minggu selepas dilahirkan, bayi imrah meninggal terkena sawan.
novel ni kiranya sad ending lah... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sambungan
The Missing Piece[size=100%]The Missing Piece Bahagian 1
Karya: Fatimah Busu
Tahun terbit: 2005
Harga: RM60.00
kemudian dari buku the missing piece (part 1) ni, yg saya baca kira-kira 20 tahun selepas membaca ombak bukan biru, saya dapati imrah masih kental membangunkan dirinya... beliau kembali ke universiti, tetapi ditawarkan ke USM di mana beliau akhirnya bertemu kembali dgn suaminya Lawrence yg mencarinya pada 1 pameran lukisan.
di sini, imrah & lawrence kembali hidup bersama & berusaha utk membahagiakan pasangan masing2, mereka mendapat 2 orang cahayamata lelaki sambil imrah terus belajar sehingga memperolehi PhD. tetapi buku ini sekali lagi disudahi dgn ending yg tidak pasti, kerana lawrence ditimpa kemalangan kereta & masih belum sedarkan diri di ICU.
jelas, fatimah busu akan menyambung kisah imrah di dalam the missing piece part 2 pula. adakah lawrence akan survive & mereka dpt membesarkan anak2 mereka bersama-sama?
saya akan cari/tunggu the missing piece part 2... hehehee... tak sabar betul rasanya... TMP pt 1 ini juga membuatkan saya mengalirkan airmata lagi sekali... novel setebal 866 m/s saya habiskan dlm masa tak sampai 12 jam! tak boleh letak selagi tak habiskan, kecuali masa saya terlalu mengantuk...
--------
opss.... rupanya the missing piece pt 2 dah terbit dalam 2006 lagi... kes ketinggalan LRT lah ni...
[ Last edited by Mulan at 14-10-2008 09:55 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Judul : The Missing Piece (Bah. 2)
Penulis : Fatimah Busu
Penerbit : Citra Kurnia Ent.
Genre : Novel
Mukasurat : 884 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 983414699x
Ia merupakan sambungan daripada The Missing Piece Bah. 1. Segalapersoalan dalam The Missing Piece Bah. 1 akan terjawab dalam TheMissing Piece Bah. 2 ini.
The Missing Piece Bahagian II karya Dr Fatimah Busu menghanyutkanpembaca dengan perjuangan hidup Imrah untuk memulihkan suami tersayang,Lawrance, yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah akibat kemalangansebelum akhirnya dijemput Ilahi.
Meskipun pelbagai usaha dilakukan Imrah dan iparnya bagi membolehkanLawrance berjalan seperti sedia kala se環ingga memanggil pakar sarafdari Israel dan refleksologi dari China tetapi segala-galanya sia-sia.
Kurang dua tahun Lawrance @ Joehari berpulang ke Rahmatullah, Imrahdipertemukan semula dengan Charlie, pemuda Cina yang duduk bersebelahandengannya dalam kereta api malam yang membawa mereka dari Pulau Pinangke Kuala Lumpur.
Charlie menggunakan kesempatan pertemuan semula dengan Imrah selepas20 tahun berpisah kerana Imrah kembali semula ke pangkuan Lawranceuntuk mencurahkan isi hatinya yang terpendam sejak sekian lama.
Lamaran Charlie menyebabkan Imrah serba salah kerana sayangnyakepada Lawrance masih bertamu dan dalam masa yang sama simpatinyakepada Charlie melimpah ruah kerana setia menanti.
Sepanjang pemergian Lawrance, Adik, hasil perkongsian Imrah bersamaLawrance yang menuntut di sekolah tahfiz di Gombak turut berusahamenjodohkan ibunya dengan seorang ustaz pilihannya.
Imrah yang resah kerana menyangka Adik akan terkejut dengankeputusannya untuk bernikah dengan Charlie reda apabila anak lelakinyaitu menerima keha璬iran Charlie dengan hati terbuka.
Panas yang disangka ke petang rupanya hujan di tengah hari menimparumah tangga Imrah bersama Charlie yang akhirnya termakan hasutanabangnya yang memalsukan gambar Imrah bersama lelaki lain.
Charlie yang tertekan apabila melihat gambar terbabit sehinggaterkeluar perkataan perempuan sundal dan jalang serta perkataan ceraidaripadanya, enggan mengakui anak dalam kandungan Imrah menghalaunyakeluar.
Apakah Charlie akan berbaik semula dengan Imrah dan apakah Charlieakan mengikuti jejak langkah Lawrance akan diketahui dengan membacanovel terbitan Citra Kurnia Enterprise setebal 884 halaman ini.
Sumber : Berita Harian
|
| ----
alamak...tak berapa sukalah dgn isi kandungan part 2 nih... kalau lawrence sembuh kan best.. hmm...
[ Last edited by Mulan at 14-10-2008 10:05 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
zorroe beli buku2 ni kat minerva kat jalan TAR.
cuba lah carik kat sane.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 minahleter\ catat
baca la dulu, baru decide nak buat koleksi ke tak... saya mungkin nak buat koleksi jugak ....
teringat serangkap pantun dari buku Ombak Bukan Biru;
nasi lemak buah bidara
sayang selasih aku lurutkan
buang emak, ayah, saudara
kerana kasih aku turutkan...
masa nih Imrah sedang tinggalkan kg halaman dia selepas kena belasah dek ayahnya
tangkap leleh, u...
bahasa penyampaian Fatimah Busu ni biasa-biasa sahaja, selamba ... mungkin kerana beliau menggunakan kata ganti nama pertama (Imrah = aku) dalam novel2 ini, yg membuatkan saya menjiwainya sampai agaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
lebih mudah dan murah kalau beli terus the missing piece 1 & 2 karya fatimah busu ni dengan penerbit kalau susah nak dapatkan di kedai buku... selalunya macam tu la... try la contact penerbit...
ni alamat webnya, http://www.citrakurnia.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|