View: 8310|Reply: 16
|
Zina dan Berkahwin Secara Rahsia
[Copy link]
|
nandeanae This user has been deleted
|
1) (soalan sudah dijawab, saya padamkan soalan ini ~ ibnur)
2) Bolehkah seseorang itu berkahwin secara rahsia?
3) Adakah pihak Jabatan Agama Islam di Malaysia membenarkan pasangan yang telah terlanjur untuk berkahwin dan merahsiakan perkahwinan mereka terlebih dahulu sementara mengumpul duit untuk berkahwin secara sederhana?
*Saya seorang muslim dan pasangan saya bukan islam tetapi ingin memeluk islam. kami telah terlanjur, ingin berkahwin, tetapi ingin perkahwinan kami dirahsiakan terlebih dahulu sehingga kami mampu untuk berkahwin semula mengikut adat orang melayu yang memerlukan banyak wang. Sila bantu kami.
[ Last edited by ibnur at 21-7-2006 11:36 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada beberapa perkara yg perlu tahu utk jawab soalan ni.
yg islamnya lelaki ke perempuan? kalau yg islamnya perempuan akan timbul masaalah wali.
kalau perempuannya bukan islam, boleh diwalikan oleh wali hakim.
meskipun pernikahan adalah sah, merahsiakan perkahwinan adalah haram. setiap perkahwinan diwajibkan mengadakan walimah (atau kenduri) walaupun ala kadar.
zina dan mendekati zina adalah berdosa besar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pada pendapat saya:
1) ia tidak dianggap berzina sbb takde penetration.walaupun begitu perbuatan itu tetap berdosa.sila bertaubat
2)perkahwinan adalah sah dgn syarat perlu ada keizinan wali (jika wanita muslim) dan pasangan yg bukan islam peluk islam dahulu
3)jabatan agama islam tiada masalah kot.lagipun buatpe korang nak declare kat pejabat agama dah terlanjur? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nandeanae This user has been deleted
|
saya seorang lelaki dan saya muslim.
tetapi, bagaimana jika perkahwinan kami akan menegangkan perhubungan antara pasangan saya dan ibu bapanya yang bukan muslim??? adakah kami boleh merahsiakan perkahwinan kami?
[ Last edited by nandeanae at 21-7-2006 11:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Bertaubat lah ok...
sory sy bkn nak jwb soalan anda..
Agak remuk hati bace thread ni...
please la, hidup ini bkn semudah itu...
harap2 anda rase bersalah dan bertaubat, kerana kalau anda rase cam biase je maknenye hati anda sudah lame mati....dan hati mati itu kalau anda nak tahu adalah perkara terburuk di alam semesta ini...
kalo anda rase bersalah, Ahamdulillah ...
tapi anda nampaknye lebih risau tentang hubungan anda dengan si dia, langsung tak nampak TUHAN di sini...tak pelah, lain kali hati2 lah ye...
bertaubat lah elok2... semoga saya dan anda mendapat rahmat-Nya...
ps: kalau lah ikut hukum Islam, kena sebat dia ni 100 kali, anda bernasib baik kerana pemimpin malaysia bijak...cukup bijak untuk orang mcm anda... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nandeanae at 21-7-2006 10:21 PM
1) (soalan sudah dijawab, saya padamkan soalan ini ~ ibnur)
2) Bolehkah seseorang itu berkahwin secara rahsia?
3) Adak ...
1) Zina ada pelbagai pecahan. Sesetengah Ulama' berpendapat bahawa mata juga boleh berzina dengan memandang perkara -peraka yang terkutuk seperti video LUCAH, pandangan yang menggiurkan dan sebagainya. Hal ini jelas dengan berlandaskan
Firman ALLAH SWT Surah Al-'Israa:32 Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
Mendekatinya pun ALLAH dah larang, inikan pula MEMBUAT perkara tersebut. Apabila sesuatu larangan ALLAH itu dilanggar, maka nantikan Azab yang pedih. [maka, Azab Kami amatlah pedih]. Namun begitu, Tuhanmu amatlah Pengampun lagi Maha Mengasihani. Tiada satupun dosa yang tidak terampun melainkan Syirik (yakni lawan kepada Tauhid[pengESAan]).
Jangan lupa... SMS berbaur lucah juga boleh menaikkan syahwat... BAHAYA TU!!
2. Boleh. Kebanyakan orang Melayu juga berkahwin secara rahsia, tetapi selepas akad nikah (kahwin) ada kenduri luar rumah. Ye lar, akad nikah dalam rumah...ataupun masjid.... berapa kerat je yang datang [yg masuk dlm majlis tu]. orang kampung datang nak makan...pastu balik... :geram:
3. Pihak Jabatan Agama hanya akan menghalang jenis-jenis perkahwinan :
i. sejenis
ii. isteri orang
iii. suami orang yang lebih daripada 4
iv. budak belum baligh (baik lelaki @ perempuan)
v. Muslim with Non-Muslim
vi. lain2.... boleh fikir sendiri kot.. kan awak dah dewasa....
maaf pipi... saya edit soalan dalam quote tu. ~ ibnur
[ Last edited by ibnur at 21-7-2006 11:40 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nandeanae This user has been deleted
|
Sebab rasa menyesal yang teramat dan nak bertaubat sesangat la sebab saya nak mintak pertolongan untuk perbetulkan apa yang tak betul ni!!! Tolong la faham... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nandeanae at 21-7-2006 11:01 PM
saya seorang lelaki dan saya muslim.
tetapi, bagaimana jika perkahwinan kami akan menegangkan perhubungan antara pasangan saya dan ibu bapanya yang bukan muslim??? adakah kami boleh merahsiakan pe ...
awak nak rahsiakan dari siapa? dari keluarga dia atau masyarakat? kalau rahsia dari keluarga dia tu awak yakin ke tak akan menegangkan perhubungan juga?
balik kepada soalan zina atau tidak itu. secara zahirnya, perbuatan dalam 1) tu bukan zina yang boleh disabitkan hukuman sebat 100 kali. tetapi ia boleh disabitkan dengan hukuman takzir.
saya pernah menyaksikan perkahwinan antara lelaki muslim dengan wanita mualaf. pernikahannya dibuat di pejabat khadi berwali hakim. kemudian kendurinya diadakan lewat sedikit di rumah keluarga lelaki. tak perlu nak rahsia.
baguslah tu kalau nak bertaubat. sebaiknya, keaiban atau keburukan seseorang atau diri sendiri tidak diceritakan kepada orang. cukuplah setakat ni saja bercerita. tak payah nak detailkan lagi story tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nandeanae This user has been deleted
|
boleh tak kalau kami diakad nikahkan sebanyak dua kali? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nandeanae at 21-7-2006 11:37 PM
boleh tak kalau kami diakad nikahkan sebanyak dua kali?
kenapa pulak macam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nandeanae at 21-7-2006 11:22 PM
Sebab rasa menyesal yang teramat dan nak bertaubat sesangat la sebab saya nak mintak pertolongan untuk perbetulkan apa yang tak betul ni!!! Tolong la faham...
x per aku faham.. bagi aku utk adalah LEBIH afdal utk ko pergi ke pej agama je.. coz kalau ko dah betul2 nak berubah mengaku je ngan diaorang.. cerita face2face lagi bagus, apa2 permasalahan ko leh tanya ngan diaorang.. diaorang pun orang biasa je dan punya hati dan pertimbangan.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limaukasturis at 22-7-2006 12:04 AM
x per aku faham.. bagi aku utk adalah LEBIH afdal utk ko pergi ke pej agama je.. coz kalau ko dah betul2 nak berubah mengaku je ngan diaorang.. cerita face2face lagi bagus, apa2 permasalahan ko leh tanya ngan diaorang.. diaorang pun orang biasa je dan punya hati dan pertimbangan..
Disebabkan mereka orang biasalah (tambah pula bukan diri sendiri & selalu benor dpt kes2 mcm ni) mereka akan membuat sesuatu yang luar jangkaan. Bukan nak takut-takutkan..... tapi, mereka lebih kepada hukuman selepas berlaku, dan bukannya membuat pencegahan.
Seperti kata ibnur, rahsiakan sahaja perkara2 mcm tu. Itu hal peribadi (kamu dan Tuhan), semoga Allah mengampunkan anda. Tambahan pula, jabatan2 agama tu boleh di.......:pmuka: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nandeanae at 21-7-2006 10:21 PM
1) (soalan sudah dijawab, saya padamkan soalan ini ~ ibnur)
2) Bolehkah seseorang itu berkahwin secara rahsia?
3) Adakah pihak Jabatan Agama Islam di Malaysia membenarkan pasangan yang tela ...
Kenapa padam soalan satu? Nak la tahu apa soalannya untuk sumber rujukan. |
|
|
|
|
|
|
|
suruh pasangan ko tu masuk islam (pastikan bukan masuk islam setakat nak kahwin je), lepas tu nikah.nikah senyap2 pun takpe asal wali (bagi Perempuan) setuju.daripada ko buat dosa lebih baik nikah dulu.masalah lain kemudian fikir.
tak yah nak sibuk buat pengakuan kat pejabat agama tu especially kalau pejabat agama yg ko refer tu dekat ngan tpt tinggal ko.aku ada pengalaman.nanti satu kg diaorg canang.diaorg tu manusia biasa juga kan.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jaki_jipang at 22-7-2006 09:29 AM
Kenapa padam soalan satu? Nak la tahu apa soalannya untuk sumber rujukan.
soalannya tidak sesuai untuk bacaan 'umum'. jawapan-jawapan yg diberi sudah memadai sebagai rujukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by boogie78 at 22-7-2006 07:40 PM
suruh pasangan ko tu masuk islam (pastikan bukan masuk islam setakat nak kahwin je), lepas tu nikah.nikah senyap2 pun takpe asal wali (bagi Perempuan) setuju.daripada ko buat dosa lebih baik nikah ...
masaalahnya, bapanya bukan islam.
perlu mendapat kebenaran dari wali hakim. |
|
|
|
|
|
|
| |
|