|
Hizbullah melancarkan puluhan roket ke arah kem tentera di bukit Golan
. osted on Friday, August 04
Hizbullah berkata dalam satu kenyataannya baawa pejuang mujahiddin telah melancarkan puluhan roket pada hari Khamis ke arah dua pengkalan tentera Zionis di Bukit Golan.
Kenyataan tersebut berkata salah satu dari pengkalan tersebut menempatkan pasukan artileri Israel dan salah sebuah yang lain merupakan store kenderaan perisai.
Kenyataan tersebut juga berkata bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya mematahkan usaha tentera kafir Zionis untuk memasuki lebih jauh ke dalam Lubnan dan pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan dua buah lagi kereta kebal tentera Zionis.
" asukan armor tentera Zionis cuba mara ke perkampungan Chihine. Para pejuang mujahiddin telah berjaya menghadapi mereka dan berjaya memusnahkan dua buah kereta kebal Merkava. Pertempuran masih berterusan sehingga sekarang," kata kenyataan tersebut yang disiarkan melalui siaran TV al-Manar.
Hizbullah berkata pejuang mujahiddin telah berjaya menghalau kembali tentera Israel yang cuba mara ke bandar Khiam, mengakibatkan kehancuran yang besar bagi pihak mereka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|