View: 6866|Reply: 21
|
Ada apa dengan batu...??
[Copy link]
|
|
salam...
Saya ada satu persoalan di sini...betulkah syiah bersembahyang dengan menggunakan batu..??:hmm:
harap ada jawapan ikhlas dari penyokong syiah di sini..:pray:
[ Last edited by whale at 7-8-2006 01:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sabor je lah... perlu ke satu thread baru pasal ni?
Jawapan dari rakan-rakan pihak Syiah dah ada dah dalam board ni pasal ni, kalau kamu telek satu-satu thread betul-betul. Cuba kamu rajin-rajin sikit selak ke belakang, kamu jumpa lah jawapan mereka.
Ni lah ha akak paste kan ke kamu antara post jawapan mereka kalo kamu tak rajin nak balik ke belakang:
http://forum.cari.com.my/viewthr ... p;extra=&page=2
Post billioniare #35 :
SUJUD ATAS TANAH ATAU SESUATU YG BERASAL DARIPADANYA
mazhab Ahlul Bait aka Syiah mengharuskan sujud di atas tanah baik di rumah maupun dalam perjalanan. Tidak ada yg dapat menggantikannya kecuali sesuatu yg berasal darinya atau tumbuh darinya seperti tikar (yg dibuat dari daun kurma, buluh, mengkuang dll) dengan syarat ianya tidak untuk dimakan dan tidak digunakan utk pakaian.
Pernah seorang yg bernama Terong pipit dengan nada memperlecehkan syiah bertanya yg bermaksud batu/tanah yg orang2 Syiah sujud di atasnya itu 'power' kah? soalan keanak2an orang jahil ini telah lama dijawab oleh Imam Jaafar as-Sadiq a.s - Ahlul Bait yg telah lama dilupakan dan tidak dikenali oleh Terong pipit.
Imam Jaafar Sadiq a.s ketika ditanya mengapa sujud di atas tanah menjawab: "Kerana sujud adalah merendahkan diri kepada Allah AWJ. tidak sepatutnya sujud dilakukan pada sesuatu yg biasa dimakan dan dijadikan pakaian kerana pecinta dunia adlah hamba dari apa yg dimakan dan dipakainya. sedangkan orang yg bersujud adalah sedang beribadah kepada Allah AWJ. Tidak selayaknya dia meletakkan dahinya di atas sesuatu yg disembah oleh pecinta dunia yang tertipu oleh tipuannya."
hadis"Bagiku tanah dijadikan tempat utk bersujud dan suci (tayamum)"
(Bukhari, 1/9 kitab Tayamum, hadis no.2; Sunan al-Baihaqi, 2/433, bab Aynama adrakatka as-Salat fa salli fa huwwa masjid. hadis ini ditulis pula oleh penulis kitab2 sahih dan sunan yg lain)
Dari jabir bin Abdullah Ansari: "saya pernah salat zohor bersama Nabi saaw. Lalu saya mengambil segenggam kerikil. saya menggenggamnya, dan membolak-balikkannya pada telapak tangan yg lain sehingga kerikil itu menjadi dingin. Kemudian saya meletakkannya pada dahi dan bersujud di atasnya. Hal itu saya lakukan kerana hari sangat panas." (sunan al-Baihaqi, 1/439, bab Maruwiya fi at-ta'jil biha fi syiddat al-Harr)
al-Baihaqi memberi komennya: "kalau boleh bersujud di atas pakaian yg dikenakan tentu hal itu lebih mudah dilakukan daripada mendinginkan kerikil dengan telapak tangan, lalu meletakkannya di tempat sujud" (Sunan 2/105)
Anas meriwyatkan "Pernah kami bersama Rasulullah saaw pada hari yang sangat panas. Lalu seorang dari kami mengambil segenggam kerikil. Dia mendinginkannya dan meletakkan di tempat sujud." (al-baihaqi, sunan, 2/106)
Khabab bin al-Arat menyatakan: "Kepada Rasulullah saaw kami mengadukan perihal panasnya dahi kami (ketika sujud di atas tanah). tetapi Baginda (saaw) tidak melayaninya."(Sunan al-Baihaqi, 2/105, bab al-Kasyf 'an al-jabhah)
Ibnu Atsir memberi komen mengenai makna hadis ini dengan berkata: "Ketika itu mereka mengadukan kepadq Nabi saaw derita yg mereka rasakan. tetapi baginda (saaw) tidak memperkenankan mereka untuk bersujud di atas hujung baju mereka"
Dalam sahih Bukhari disebutkan: kami pernah salat bersama Nabi saaw. Kemudian salah seorang dari kami meletakkan hujung bajunya (ke hadapan) kerana sangat panas. Ketika dia tidak mampu melekatkan dahinya pada tanah, dia menarik bajunya itu."
dalam hadis lain disebutkan: Ketika kami salat bersama Nabi saaw, salah seorang dari kami meletakkan hujung bajunya pada tempat sujud kerana sangat panas." (Sahih Bukhari, 1/101; sahih Muslim, 2/109; Musnad Ahmad, 1/100; Sunan al-Kubra, 2/106)
"Kami salat bersama Nabi saaw ketika hari sangat panas. kerana tidak dapat melekatkan wajahnya pada tanah, salah seorang kami membentangka pakainnya, lalu bersujud di atasnya." (Sahih Bukhari, 1/64, Kitab as-Salat, bab basatha ats-Tsawb fish shalat lis sujud.)
perintah penaburan debu (tatrib)
dari Khalid al-jahani: Nabi saaw melihat Shuhaib bersujud sambil seakan2 membersihkan debu (pada tempat sujudnya). maka Baginda saaw menegurnya: "lekatkanlah debu pada wajahmu, wahai Shuhaib!" ((Muttaqi al-hindi, kanz al-Ummal, 7/465, no.19,810)
Ummu Salamah r.a meriwayatkan: Rasulullah saaw melihat salah seorang budak kami yg bernama Aflah meniup tempat sujud ketika hendak sujud. Maka Baginda (saaw) berkata: "hai Aflah, biarkanlah ia berdebu." (Ibid, 7/459, no.19,777)
riwayat lain yg hampir sama diriwayatkan oleh Ummu Salamah diriwayatkan oleh Kanzul Ummal, 7/465, no.19,810 dan Musnad Ahmad, 6/301)
Perintah mengangkat serban dari dahi
Diriwayatkan bahawa apabila bersujud, Nabi saaw mengangkat serbannya dari dahi. (Ibnu Saad, at-Tabaqat al-Kubra, 1/151, sebagaimana yg terdapat dalam as-Sujud 'alaa al-ardh hlm.41)
------------------------------------
Maka orang Syiah, tidak kira mereka itu raja, pembesar, menteri -meninggalkan sujud di atas permaidani2 mahal, indah, dan memilih untuk menghinakan diri mereka dengan meletkkan bahagian termullia dari badan mereka (dahi dan wajah) di atas tanah sebagai sebuah bentuk perhambaan kepada Tuhan mereka, dan memilih utk sujud atas tanah sesuai dengan Sunnah Rasulullah saaw.
[ Last edited by antiQue at 7-8-2006 10:18 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni lagi akak pastekan lagi jawapan mereka eh :
http://forum.cari.com.my/viewthr ... ;extra=&page=25
Post celik_akal2 #616 :
SOAL 601:
Di tempat dimana kita bergaul dan berbaur dengan para penganut mazhab sunni, ketika bergabung dalam jamaah shalat-shalat harian, kami melakukan hal-hal tertentu seperti mereka, seperti shalat dengan bersedekap, tidak menjaga waktu dan bersujud di atas sajadah. Apakah shalat demikian perlu diulang?
JAWAB:
Jika untuk memelihara persatuan Islam mengharuskan itu semua, maka shalat bersama mereka sah dan cukup, meski dengan bersujud di atas sajadah dan sebagainya. Namun, bersedekap dalam shalat bersama mereka tidak diperbolehkan, kecuali bila keadaan mendesak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Terima kasih antique kerana memberikan jawapannya...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shaikh at 7-8-2006 12:39 PM
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Terima kasih antique kerana memberikan jawapannya...
Wassalam
Ada apa dengan batu ?....
dapat satu FROM KARBALA sebagai souvenir...nak guna tak boleh sebab takut dahi jadi tak licin...hehehe...
joke jer...
[ Last edited by serihartatie at 7-8-2006 03:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Saya bukan apa, itu jawapan2 dalam thread lama...so, kita ada "kawan" baru dari syiah..jadi adakah begitu juga jawapan mereka..??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 7-8-2006 03:16 PM
Ada apa dengan batu ?....
dapat satu FROM KARBALA sebagai souvenir...nak guna tak boleh sebab takut dahi jadi tak licin...hehehe...
joke jer...
Saya ada minta dengan Grave tetapi dia tak bagi.....:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
SOAL 601:
Di tempat dimana kita bergaul dan berbaur dengan para penganut mazhab sunni, ketika bergabung dalam jamaah shalat-shalat harian, kami melakukan hal-hal tertentu seperti mereka, seperti shalat dengan bersedekap, tidak menjaga waktu dan bersujud di atas sajadah. Apakah shalat demikian perlu diulang?
JAWAB:
Jika untuk memelihara persatuan Islam mengharuskan itu semua, maka shalat bersama mereka sah dan cukup, meski dengan bersujud di atas sajadah dan sebagainya. Namun, bersedekap dalam shalat bersama mereka tidak diperbolehkan, kecuali bila keadaan mendesak.
rasa pernah baca versi bahasa inggeris. tak silap imam khamenei punya jawapan. cuma yg missing dari jawapan bahasa melayu ni ialah perkataan taqiyah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whale at 7-8-2006 11:07 PM
Saya ada minta dengan Grave tetapi dia tak bagi.....:geram:
sian..sy tak minta, tapi ada org bagi secara sukarela....hehehe...pink color lagik... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 8-8-2006 01:06 PM
sian..sy tak minta, tapi ada org bagi secara sukarela....hehehe...pink color lagik...
bestnye...... ada orang dapat TANAH dari karbala berwarna PINK... wahhh.....
Untuk apakah Rasulullah s.a.a.w mengusap/menyapu dahinya selepas solat, adakah semata-mata suka-suka? dan Bukankah baginda s.a.a.w menyapu dahinya dari pasir/tanah yang melekat? Bukankah sujudnya di atas tanah?
wassalam
[ Last edited by pipi at 10-8-2006 01:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 10-8-2006 01:08 PM
bestnye...... ada orang dapat TANAH dari karbala berwarna PINK... wahhh.....
Untuk apakah Rasulullah s.a.a.w mengusap/menyapu dahinya selepas solat, adakah semata-mata suka-suka? dan Bukankah ...
tul ler ..cam warna PINK yg awak posting tu...hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Psl batu pun nak brgaduh ke :geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bateesta at 11-8-2006 03:31 AM
Psl batu pun nak brgaduh ke :geram:
tu ler heran gak...buat souvenir kan ker bagus, kalau tak pakai cam syiah guna, buat perhiasanpun cantik gak..
[ Last edited by serihartatie at 11-8-2006 09:20 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 10-8-2006 01:08 PM
bestnye...... ada orang dapat TANAH dari karbala berwarna PINK... wahhh.....
Untuk apakah Rasulullah s.a.a.w mengusap/menyapu dahinya selepas solat, adakah semata-mata suka-suka? dan Bukankah ...
Bukankah masjid Rasulullah dibina di atas tanah begitu sahaja..??
Sesuai dengan iklim negaranya yang kering dan panas... |
|
|
|
|
|
|
|
Pipi ada tak batu tanah suci ni...???
Kalau ada lebih, mai la satu....:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whale at 11-8-2006 01:00 PM
Bukankah masjid Rasulullah dibina di atas tanah begitu sahaja..??
Sesuai dengan iklim negaranya yang kering dan panas...
nak tau macamana binaan masjid tu masa dulu? ada sesiapa boleh cerita? |
|
|
|
|
|
|
|
Setahu saya, Masjid pada zaman Rasulullah dibina di atas tanah begitu sahaja, kalau adapun dilingkungi tiang2 dsb.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whale at 12-8-2006 12:19 PM
Setahu saya, Masjid pada zaman Rasulullah dibina di atas tanah begitu sahaja, kalau adapun dilingkungi tiang2 dsb....
kalau begitu masjidnya, ini masih terdapat dibeberapa tempat di gurun sahara. tapi hanya sekadar surau. kami bentangkan tikar pun masih lagi pasir penuh atas tikar. kena juga sapu muka selepas salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whale at 7-8-2006 11:07 PM
Saya ada minta dengan Grave tetapi dia tak bagi.....:geram:
Eeeehh...baru terbaca, bila masa engko ada minta batu dari aku. Aku sendiri pun dah takder tanah Karbala untuk dibuat sujud atasnya. Aku la ni sujud atas sejadah anyaman mengkuang ajer. Dulu masa pi umrah ada jumpa satu jemaah dari Tunisia yang membawa kipas anyaman dan semasa solat mereka sujud atasnya. Rupa-rupanya mereka bermazhab syiah dan untuk mengelakkan barwa-barwa mengganggu ibadah mereka. Kalau letak batu dah pasti kena buang batu-batu tersebut oleh barwa-barwa di Mekah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
semakin aku baca di Bod MM ni semakin banyak yang aku kurang tau dan semakin keliru nyer aku.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|