CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14639|Reply: 40

Talita menangis masa menyanyi, rindu arwah Siti Sarah

[Copy link]
Post time 4-1-2025 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Persembahan penuh emosi anak perempuan pelawak Shuib di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada malam Jumaat terpaksa dihentikan seketika selepas kanak-kanak itu gagal mengawal emosinya.

Talita atau Dzahira Talita Zahra, 12, dilihat mengalirkan air mata ketika menyanyikan lagu ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan di hadapan 5,000 penonton.

Shuib juga dilihat menenangkan Talita sebelum penyanyi remaja Umai tampil membantu menyelesaikan persembahan sebelum kanak-kanak itu kembali tenang.



"Ketika saya menyanyikan lagu Kesetiaan, saya teringat pada ibu dan rasa seperti dia ada di situ.

"Dengan orang ramai, saya bertambah sebak. Ayah kata tak mengapa, ibu sedang tengok," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Dalam pada itu, Talita terharu dengan sokongan ramai terhadapnya memandangkan masih baharu dalam bidang nyanyian.

  


Perasaan teruja dan sokongan ramai ketika itu membuatkan dia ingin bergelar penyanyi hebat sama seperti arwah ibunya.

"Saya pun tak sangka orang seramai itu akan datang beri sokongan... Saya pun baru sahaja nak mulakan kerjaya sebagai penyanyi.

"Walaupun ada perasaaan sedih tapi saya betul-betul gembira dan seronok apabila ramai memberi sokongan," ujarnya.

Sementara itu, Shuib turut meluahkan rasa kagum dengan keberanian Talita melakukan persembahan di hadapan 5,000 penonton di Bukit Bintang.

  


Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, menyifatkan persembahan tersebut seakan-akan dejavu kepada arwah isterinya suatu ketika dahulu.

"Ia seakan dejavu kerana ibu dia penyanyi sebenar dan anaknya pula bersungguh-sungguh mengikuti jejak langkah ibunya.

"Saya pesan pada dia untuk nyanyi buat arwah dan anggap ibu ada di depan matanya.

  


"Jadi Talita buat apa dia boleh, sebagai penyanyi baharu dia berjaya mengatasi masalah teknikal dengan baik," ujarnya.

Kata Shuib, dia juga terharu melihat sokongan orang ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin melihat persembahan anaknya.

  


"Saya paling tak sangka ada datang dari Kelantan, Sarawak, Perak dan Singapura semata-mata ingin melihat persembahan anak saya.

"Saya pun terkejut lihat penonton yang ramai sehingga jalan sesak," katanya lagi.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok nak credit nak limelight juga?

Ni event era. Takkanlah semua tu dtg sbb nak tgk anak kau?

Btw, shahmira dah settlekan hal epf pekerja ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka talitha, tp x suka soeb sbb mcm nk ride anak pulak.. Perlu ke bgtau ibu tgh tgk
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo isu baru dah ada untuk ditunggang...

Elok lah habis belajar dahulu baru pikir nak jd penyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dak talita ni lepas bapak dia announced dah dtg period bukan ke dah bertudung?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 11:05 PM | Show all posts
Soeb dah ada modal baru utk ditunggangi… Talita nak jadi penyanyi…mummy Watie dok tepi jap. Tak abis2 shamira ni ye…..tapi kalau hutang tertunggak tu…bolehla kasi settle…..kesian Eb ni…sekali dgn si atok tu…na’ numpang anak arwah lak…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2025 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak setuju soeb tunggang pulak anak dia ni. Media pun beria konon satu Malaysia sedih menangis tgk thalita nyanyi..
Sorry lah diketawa dek bangsa lain je dgn melais punya hype utk industri
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah ada family bapak mak tiri atuk suport, lantak la budak2 nyanyi2 kalau ada bakat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2025 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahla..over sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan la talita ni dibenci sebab peel bapak suka menunggang. Tapi dgn umur masih muda baik ko fokus belajar dulu talita sambil2 ambil kelas vokal. Soeb pun nampak nau jahilnya ibu tgh melihat apanya arwah dah di alam barzakh ko ingat ni cerita omputeh
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian kau dek talita. Jahat betul org2 dewasa dikeliling dia.. smp hati main hati perasaan budak kecik. Kalo ye pun anak kau berbakat pandai nyanyi suara sedap, suruh la dia nyanyi lagu lain.. nape paksa dia nyanyi lagu arwah mak dia siap bapaknya pesan anggap arwah mak dia didepan mata. Maunya budak tu xsedih. Kejam betul kauorang. Tunggang selagi blh.
Elok semua org dewasa yg terlibat kena tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh...dia menangis sb bapak dia mmg spesis x cerdik....boleh pulak dia kata kat anaknya tak pe ibu sdg tgk...x reti langsung nk ajar anak ko benda yg betul dan mainkan emosi anak...org dah mati x denya tgk org hidup dari atas ke bawah ke tgh2 ke, tepi ke.....yg mati hubungan dgn yg hidup dan dunia terputus terus...mereka di alam barzakh disana belum selesai dgn Allah sementara menunggu
akhirat...bukannya dah mati masih hidup mcm org biasa sana sini tgk org kat dunia tgk konsert anak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lalu lalang ye reels psl Talita ni
Tapi nak puji Umai anak Saerah
Generasi woke sgt
Datang comfort, take over kjp, nyanyi sama & hugged Talita
Good gesture!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 5-1-2025 07:32 AM
Lalu lalang ye reels psl Talita ni
Tapi nak puji Umai anak Saerah
Generasi woke sgt

berapa ye umur umai tu sangat matang budaknya...
sopan baik pulak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bubble Bee kat tempat korang laku tak. Sini nampak sendu. Tp kedai besar. Pelik gak camana leh survive. Pernah nampak laku pon tahun lepas depa join event choi kat alor setar. Tu pon org singgah sebab panas. BB je ada tempat duduk dalam tapak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sachacha replied at 5-1-2025 07:55 AM
berapa ye umur umai tu sangat matang budaknya...
sopan baik pulak tu...

14 tahun. Pernah jumpa dia personally, sangat sopan & matang orgnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2025 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah Sarah masa hayatnya memang pernah cakap dia tak nak anak2 dia jadi artis/penyanyi. Dia nak anak2 dia dalam bidang professional yg lain mcm lawyer, doctor, businessman/women, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sachacha replied at 5-1-2025 07:55 AM
berapa ye umur umai tu sangat matang budaknya...
sopan baik pulak tu...

Tak silap 14 tahun umur si umai tu..Bagus nmpk budaknye hormat org tua jgk time ambik mic dari atok pun sopan die cium tgn atok lagi..Pastu pandai die main peranan cover nyanyi balik n comfort kn dekta..Maybe sbb faktor die pun anak sulong tu matang pastu die pun from divorced family pndai bawak diri dgn apa jua keadaan..

Btw suara Dekta tu biasa je pun..i tak rasa pun die berbakat mcm arwah ibu nye..Sedap lagi suara si umai tu masa baya2 die masuk ceria pop star dulu..tp sebab dia anak arwah n org kesian tu dpt la hype..tapi serius ckp dia tak sesuai pun jd penyanyi..jujur je la bgtau budak tu apak n atoknye pun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheila1987 replied at 5-1-2025 07:58 AM
Bubble Bee kat tempat korang laku tak. Sini nampak sendu. Tp kedai besar. Pelik gak camana leh survi ...

Mana2 pun dah sendu bubble bee tu..tambah2 plak bersaing dgn brand ice cream dari china mcm mixue, ai cha n lain2 tu..Harga pun lebih marhaen brand2 china ni..Tapi tgk lifestyle soeb satu family tak ada pun downgrade..Nampak mewah je lagi mkn, minum, pakai bini n anak2 dia..Masih berkemampuan mkn mknn mahal2 n skolah pun private..Dah nama pun biz cuci mencuci bak kata forumer, tu masih bertahan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 5-1-2025 04:13 AM
Oh...dia menangis sb bapak dia mmg spesis x cerdik....boleh pulak dia kata kat anaknya tak pe ibu sd ...

Bapaknye mana pernah cerdik..tak abis lagi nk menunggang..Guna nama arwah tak abis2 even dah berbini baru pun..Sama je la depa semua sefamily makder n watetek pun..Atok tu sbb mangsa keadaan je..terpksa in character jgk bila bini muda tu suruh itu ini..Ngikut je la org tua tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.213203 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list