View: 17237|Reply: 82
|
Stockholm, Sweden (Merged)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amoy257 at 20-6-2011 08:38
Stockholm adunan dua seni bina
Oleh Azran Jaffar (Yang mengunjungi Stockholm, Sweden baru-baru ini)
Terbina antara 14 pulau dengan 60 jambatan, kota moden bercirikan seni bina Eropah yang kaya dengan hiasan rumah bermutu tinggi
DIBINA oleh gugusan 14 buah pulau yang dihubungkan dengan 60 jambatan, Stockholm adalah bandar yang mengadunkan dua rupa bentuk - lama dan baru. Dengan pekan lama (disebut sebagai Old Town) yang menempatkan 慿ehidupan� lama, bandar Stockholm yang baru pula memaparkan budaya semasa serta gaya hidup masyarakat moden.
Walaupun dua bahagian ini sudah cukup untuk mewujudkan satu perbandingan gaya hidup dan seni bina, namun Stockholm terus dibangunkan dengan bandar baru yang mengetengahkan gaya hidup dan seni bina kontemporari.
Bandar lama dipenuhi bangunan pentadbiran yang bentuknya lebih agam, bagaimanapun rumah kediaman agak kecil dengan lorong yang sangat sempit malah jika mendepangkan kedua-dua tangan boleh mencecah kedua-dua dinding.
Bahagian bandar yang baru pula diisi dengan bangunan moden yang memaparkan seni bina tempatan Eropah manakala bahagian yang lebih baru diisi dengan kediaman yang berupa seperti kotak kaca.
Selain bangunan lama yang memaparkan seni bina Eropah, Stockholm adalah sebuah bandar yang penuh dengan muzium dan galeri. Boleh dikatakan berjalan saja akan jumpa muzium serta galeri dan jumlahnya semakin banyak jika berada di Old Town.
Dari muzium kebangsaan yang memaparkan sejarah masyarakat Sweden sehinggalah ke muzium seni yang memperlihatkan hasil percikan seni pelukis tempatan, juga muzium perkapalan dan peperangan, semuanya memberikan pengalaman yang cukup mengesankan kepada mereka yang berada di bandar ini.
Menariknya, pengunjung boleh membuat pilihan sama ada mengunjungi muzium dan galeri percuma atau berbayar. Jika yang percuma satu papan tanda yang agak besar di luar bangunan dipasang yang tujuannya untuk menarik pengunjung.
Bagi yang berbayar pula kadar yang dikenakan sekitar 80 kronor (lebih kurang RM38).
Penulis yang berada di Stockholm baru-baru ini bagi membuat liputan Stockholm Furniture Fair, sempat mengunjungi beberapa muzium termasuklah muzium kebangsaan di Old Town.
Sewaktu di Moderna Musset (galeri seni lukis) pula, yang memaparkan seni bina moden, penulis diberitahu selepas melalui proses pengubahsuaian, galeri berkenaan dibuka secara percuma dan ia menunjukkan peningkatan yang mendadak jumlah pengunjung.
Jarak antara kedua-dua muzium berkenaan kira-kira 300 meter, namun disebabkan pada waktu itu keadaan agak sejuk, sekitar 2 hingga 3 darjah Celsius bawah paras beku, perjalanan menjadi lambat sedikit manakala arca yang menghiasi bahagian luar Moderna Musset hilang daripada pandangan kerana dilitupi salji.
Berhadapan Moderna Musset pula adalah galeri milik Svensk Form (the Swedish Society of Crafts and Design) sebuah badan yang bertanggung jawab mengetengahkan rekaan-rekaan industri baru ciptaan pereka tempatan.
Memperkatakan seni bina Eropah, penulis berkesempatan meninjau sebuah bangunan � Tessinska Palatset yang dibina pada kurun ke-17 dengan bahagian atasnya mempunyai sentuhan seni bina Barok yang menjadi kediaman Governor Negeri Stockholm, Mats Hellstrom, sewaktu menghadiri jamuan yang dianjurkannya.
Terletak berhadapan dengan istana negaranya, lukisan dinding dan siling yang penuh berseni memenuhi ruang bangunan berkenaan yang diserikan dengan chandeliar, mewujudkan suasana suram yang sebelum ini hanya dapat disaksikan melalui filem Inggeris.
Dengan muzium serta galeri yang begitu banyak, ia menjadikan Stockholm tempat yang cukup baik untuk bersantai menghabiskan masa sambil menimba ilmu manakala kawasan perniagaannya pula menawarkan gedung membeli-belah yang dipenuhi pelbagai barangan jenama Eropah dan antarabangsa.
Satu yang agak menarik untuk diperkatakan mengenai Stockholm ialah ia juga dipenuhi dengan kedai menjual barangan hiasan rumah. Sama ada di gedung membeli-belah atau kedai yang berselerakan di sepanjang jalan, ia memberikan pelbagai pilihan, daripada pinggan mangkuk beraneka corak serta peralatan memasak sehinggalah kepada pelbagai jenis lilin.
Jika bercakap mengenai hiasan rumah, masyarakat Malaysia mungkin mengaitkan Sweden dengan Ikea, tetapi sebenarnya lebih daripada Ikea ada di sini. Bagaimanapun Ikea masih menjadi tumpuan.
Apa pun Stockholm adalah bandar yang agak mahal jika dibandingkan dengan mata wang Malaysia. Dengan harga untuk makanan ringan sekitar RM25 hingga RM40 setiap hidangan, kadar ini jugalah untuk perjalanan sekitar satu kilometer menaiki teksi.
Bagaimanapun, Stockholm menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam yang cukup baik meliputi tren serta bas dengan perkhidmatan sehingga ke bahagian pinggir bandar, menjadikan hubungan bukan satu masalah.
Walaupun Stockholm terletak kira-kira 15 jam perjalanan dengan kapal terbang dari Kuala Lumpur, namun Malaysia bukanlah asing bagi penduduknya, malah sewaktu penulis berbual dan memperkenalkan diri sebagai wartawan dari Malaysia kepada beberapa orang di sana, sebahagian besarnya berkata sama ada pernah mengunjungi Malaysia atau pernah bekerja di Malaysia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nice article.aku baru je pegi sweden nih.coolah tp with ur pics during winter time,aku rasa lagi best jugak pegi time winter.silap² boelh tgk aurora lights time tu |
|
|
|
|
|
|
|
moderna musset ..during my last visit to Stockholm
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun pernah gi sana.. yg aku ingat, kebab dia yg besar gedabak... awek2 local semuanya cun2, pucat & blond & reaksi diorang bila tgk aku mamat melayu merayau2 hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
one thing aku tak tahan bila g jenjln..bau petrol sana....isk..tak tahan guek...lain dr mesia.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmm...very nostalgic. akak penah duduk kat sana 4 years sbb my dad was the trade comms in the 80's...tak ramai org malaysia lagi kat sana, a few yg kami jumpa & gathered ada la dlm 20 people kot..at that time A. Galak was there, the mother - pelakon gak , nama dia Rokiah kawin dgn org german tp stay kat sana, adik Galak, Ani kawin dgn org malaysia gak - Pok ( tak ingat his real name..sepupu Datuk Lat ) tp dah jadi PR kat sana, and few others..
we had a really, really wonderful years kat sana...
to those yg ada opportunity pegi sana, don't miss it...they have lots of wonderful museums, parks and much more...
hmmm...bila entah nak pi sana lagi? ari tu pi norway tp tak sempat pegi sbb short of time... |
|
|
|
|
|
|
|
nice kan kak....:love:
been there 3 times already....tapi belom pernah lagek masa winter..
maybe this coming season nak try...:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
sweden ni best ...bersih je .... dah 10 thn lebih pi sana ... |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik je negara sweden ni...tempat asal IKEA la ni
[ Last edited by Dicota8 at 19-9-2006 07:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
archipelago dia mmg best...lawa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rezeki at 18-9-2006 10:46 AM
nice pic rezeki....:love:
ni ambik kat atas building mane... |
|
|
|
|
|
|
|
THE PALACE
|
|
|
|
|
|
|
| |
|