View: 11827|Reply: 10
|
kisah pelacur yang dimasukkan syurga kerana memberi minum anjing kehausan?
[Copy link]
|
|
salam,
i sebenarnya tertarik bila ramai yang menyebut kisah ini. Contoh paling senang bila ada orang yang buat perkara tak elok, yang selalunya bertentangan dengan ajaran Islam dan dikutuk habis-habisan - nanti ada yang menyebut kisah pelacur dan anjing ini untuk menangkis kutukan tersebut.
kemuskilan i:
i) kisah ini memang riwayat yang betul? jika betul, i nak tahu sumbernya dan macamana sebenarnya riwayat ini diceritakan.
ii) dan jika betul juga, apakah sebenarnya iktibar daripada riwayat ini? - berkasih sayang ke atas haiwan atau perlakuan/ibadah kita sebenarnya ditentukan oleh ALLAH? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cactus at 22-9-2006 05:14 PM
salam,
i sebenarnya tertarik bila ramai yang menyebut kisah ini. Contoh paling senang bila ada orang yang buat perkara tak elok, yang selalunya bertentangan dengan ajaran Islam dan dikutuk habis ...
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
153- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنْ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا. (رواه مسلم)
153- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad (sabdanya): "Bahawa seorang perempuan pelacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah Taala mengampunkan dosanya."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
1. Kitab yang sama (14:242).
Hadith ini adalah tentang fadhilat bersedekah, hatta kepada binatang sekalipun. Tapi selalu orang quote silap, sebenarnya bukan dimasukkan syurga tetapi diampunkan dosa. Tentang dosa yang diampunkan itu tidaklah diperincikan Rasul s.a.w, dia juga tidak berkata SEMUA dosa.
Intrepretasi yang lebih tepat adalah kalau bersedekah, walaupun orang jahat/berbuat maksiat, dan diberikan sedekah itu kepada binatang sekalipun, Allah akan beri ganjaran dgn sekurang2 mengampunkan dosa orang tersebut, akan tetapi sebanyak mana dosa yang diampun itu tidaklah diketahui, mengikut kehendak Allah jua.
Tentang adakah dengan pengampunan dosa itu, pelacur tersebut dimasukkan syurga, tidaklah diketahui dari hadith ini..jelas ianya hanyalah tafsiran orang-orang yang suka menambah2 sesuatu yang tak ada.
Jika pelacur itu bertaubat dari melakukan dosa pelacurannya selepas memberi minum anjing tersebut, sudah tentulah dia melakukan taubat nasuha. Jika tidak, akan tergelumanglah pelacur itu di dalam dosa yang baru.
Wallahua'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1. Sahih Bukhari Volume 4, Book 54, Number 538:
Narrated Abu Huraira:
Allah's Apostle said, "A prostitute was forgiven by Allah, because, passing by a panting dog near a well and seeing that the dog was about to die of thirst, she took off her shoe, and tying it with her head-cover she drew out some water for it. So, Allah forgave her because of that." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanx kepada yang sudi menjelaskan.
baru i tahu hadith sahih itu memberatkan kepada fadhilat bersedekah. dan sebenarnya hadith itu tak menyatakan tentang "masuk surga"
sebab i selalu nampak orang selalu quote kisah itu seolah-olah menyatakan bahawa siapa kita untuk menentukan perlakuan orang lain, sedangkan melalui kisah itu orang yang melakukan dosa besar pun akan dimasukkan ke syurga kerana melakukan sedikit kemuliaan. ini yang selalu orang tafsirkan lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita hanya berusaha... sedangkan Allah sahaja yang berhak menentukan kita ni siapa dan dimana kita diletakkan kelak... |
|
|
|
|
|
|
|
maksud telah dijelaskan...
Yang penting ia bukan lah alasan kita boleh berbuat sesuka hati di muka bumi ini...
biasanya orang yg nak buat jahat je gune alasan hadis tu...tol tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Itu menunjukkan Allah itu maha Pemurah dan Maha Pengampun. tak kira jahat macam mana pun, Allah akan beri pahala jika berbuat kebaikan , sejahat mana pun Allah tetap ampunkan dosa.
. |
|
|
|
|
|
|
bob This user has been deleted
|
hadis sahih tu memberikan pengajaran tentang betapa penyayang dan pangampun allah swt. dan supaya kita jangan terasa bahawa seseorang tu tidak boleh kembali walaupun terlampau jauh meninggalkan islam dan ibadah.
juga mungkin cara nabi ingin menceritakan atau meggambarkan sesuatu kejadian. kita tidak mempunyai facts tentang perempuan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 23-9-2006 05:21 PM
Yang penting ia bukan lah alasan kita boleh berbuat sesuka hati di muka bumi ini...
biasanya orang yg nak buat jahat je gune alasan hadis tu...tol tak?
ehehehks...Yea la kot.... buat2 cover story....:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
pada pendapat saya la..
tujuan ALLAH menjadikan kisah ini ialah.. kerana..
1. supaya kita jangan terlalu yakin kepada amalan kita sehingga memandang rendah org lain, walhal nasib kita pun belum tentu lagi...
2. Jangan memandang rendah pada sesama makhluk tidak kira laa samada ia binatang ker, haiwan ker atau manusia.
3. Hendak memberitahu kita bahawa ALLAH itu maha Pengampun lagi Penyanyang...
sekian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesungguhnya Allah maha Pengampun dan Penyayang |
|
|
|
|
|
|
| |
|