CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22092|Reply: 21

apa hukum makan kuda laut?

[Copy link]
Post time 26-9-2006 11:51 AM | Show all posts |Read mode
apa hukum makan kuda laut?

persoalan ini timbul apa bila ada sorg sahabat memberikan cadangan bagi pengubatan penyakit asthma... salah satu kaedahnya adalah dgn memakan kuda laut yg telah di sangai sehingga kering dan kemudian ditumbuk sehingga halus. seterusnya ambil secamca kecil sudu teh dan campurkan kedalam air kopi...

persoalannya di sini adalah...
1. adakah kuda laut tu perlu disembelih? itu kalau dapat yg hidup... kalau yg mati perlu sembelih gak ke?
2. boleh ke kita makan kuda laut nih?


sekian dan mengharapkan pandangan dari sahabat sekelian mengenai hukum hakam nih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2006 12:20 PM | Show all posts
Namanya saja KUDA  laut TAPI fizikalnya BUKAN macam kuda darat. Sebab ia diam dilaut so ia sejenis species ikan gak. Ada penah dengar kena sembelih ikan baru boleh makan tak? Boleh makan atau tidak, yang aku dengar dari ustaz kalau ia berbisa, kalau ia berkuku, kalau ia jenis maging, kalau ia berparuh ia xboleh dimakan. Nak selamat jgn makan,orang lain tak makan!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 12:42 PM | Show all posts
kalo spesis ikan semua boleh makan kecuali ikan yg beracun (bila makan kita mati), dan yg 2 alam even ikan yg boleh membunuh org spt jerung ngan paripun kita leh makan.
tapi kuda lautni betul ke jenis ikan?? kalo betul takde masalah..makanje
sbb nak cure asthma kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

hafis This user has been deleted
Post time 26-9-2006 12:59 PM | Show all posts
1. adakah kuda laut tu perlu disembelih? itu kalau dapat yg hidup... kalau yg mati perlu sembelih gak ke?


1.Semua hidupan di lautan boleh dimakan tanpa di sembelih.(Ada ayat Quran surah Al- Maidah)

2. Boleh dimakan sebab kuda laut bukan haiwan yang beracun atau mendatangkan mudarat bila dimakan. (aku ambil rujukan dari sorang Ustaz pasal kuda laut ni)

Setahu aku,yang kuda laut untuk ubat asma tu kuda laut yang dah dikeringkan.Ko kena campur dengan air,pastu minum air tu kan?la ni banyak kapsul gak pakai serbuk kuda laut tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 01:35 PM | Show all posts
Originally posted by hafis at 26-9-2006 12:59 PM


1.Semua hidupan di lautan boleh dimakan tanpa di sembelih.(Ada ayat Quran surah Al- Maidah)

2. Boleh dimakan sebab kuda laut bukan haiwan yang beracun atau mendatangkan mudarat bila dimakan. ...




ohhh. kat mana ko nampak yg dah siap proses tu hafis? bagitau kat aku kalau ko ingat...

p/s ko nih player rugby ke
Reply

Use magic Report

hafis This user has been deleted
Post time 26-9-2006 03:04 PM | Show all posts
Banyak kat kedai ubat cina.Kuda laut sebenarnya salah satu ubat tradisional masyarakat cina.Disebabkan tu,kuda laut makin pupus sebab permintaan tinggi.Tapi aku syorkan,kau jangan sebarang makan sebab tak ada kelulusan rasmi kementerian kesihatan malaysia.
Kajian tentang keberkesanan kuda laut ni pula berbeza-beza.Ada pakar yang kata memang berkesan untuk lelah,sakit jantung,gangguan seksual etc sebab banyak sumeber mineral.Tapi ada juga pakar yang kata itu sekadar makanan eksotik masyarakat cina terutamanya.

p/s:aku tabib yg suka main ragbi...hahahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2006 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by hafis at 26-9-2006 12:59 PM


1.Semua hidupan di lautan boleh dimakan tanpa di sembelih.(Ada ayat Quran surah Al- Maidah)

2. Boleh dimakan sebab kuda laut bukan haiwan yang beracun atau mendatangkan mudarat bila dimakan. ...


Ayat dalam Al-Ma'idah mana yg halalkan SEMUA binatang laut ni hafis? 96 ke?

Kalau 96, lain dah konteksnya. Cuba baca betul-betul semula.

Sebab tu timbulnya khilaf antara mazhab dalam kes makan makanan laut ni.
Reply

Use magic Report

hafis This user has been deleted
Post time 26-9-2006 03:27 PM | Show all posts
Dari sudut mana Antique nampak kelainan konteksnya?Sebab pendapat saya,tiada pengkhususan yang dibuat.Boleh rujuk Al-Nahl ayat 14
Kalau ikut tafsiran yang saya belajar,halal dilaut bermaksud halal apa saja dilaut dengan syarat ia bukan binatang yang memudaratkan.Mudarat dari segi cara menangkap atau memakan.Kalau ikut konteks Yusof Qardawi pun begitulah.
Mungkin kita pegang pada pendapat yang berbeza...jadi boleh kongsi pendapat Antique juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafis This user has been deleted
Post time 26-9-2006 03:44 PM | Show all posts
Lawful to you is the pursuit of water-game and its use for food, for the benefit of yourselves and those who travel; but forbidden is the pursuit of land-game, as long as ye are in the Sacred Precincts or in pilgrim garb. And fear Allah, to Whom ye shall be gathered back.

(Al-Maidah :96)

It is He Who has made the sea subject, that ye may eat thereof flesh that is fresh and tender, and that ye may extract therefrom ornaments to wear, and thou seest the ships therein that plough the waves, that ye may seek (thus) of the bounty of Allah and that ye may be grateful.

(Al-Nahl:14)

Ayat umum untuk hidupan laut.Cuma tafsirannya menekankan larangan memakan hidupan laut yang boleh mendatangkan mudarat.Itu saja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by hafis at 26-9-2006 03:27 PM
Dari sudut mana Antique nampak kelainan konteksnya?Sebab pendapat saya,tiada pengkhususan yang dibuat.Boleh rujuk Al-Nahl ayat 14
Kalau ikut tafsiran yang saya belajar,halal dilaut bermaksud halal ...


[komen saya yg atas dan bawah ni tidak membincangkan kuda laut]

Saya cuma komen ayat saudara yg menyebut "Semua hidupan di lautan boleh dimakan tanpa di sembelih.(Ada ayat Quran surah Al- Maidah)". Saya memikirkan tentang sesetengah mazhab yg mengharamkan sesetengah makanan laut seperti mazhab Hanafi.

Jika ayat 96 yg menjadi rujukan untuk mengatakan semua binatang laut itu halal, I beg to differ. Bila kita baca dari awal ayat 95, ayat 95 membawa konteks pengharaman memburu dalam waktu ihram.
Jika kita bawa ke ayat 96 pula, bunyinya begini :

Lawful to you is the pursuit of water-game and its use for food for the benefit of yourselves and those who travel; but forbidden is the pursuit of land game; as long as you are in the Sacred Precintcs or in pilgrim garb. And fear God, to whom ye shall be gathered back.

Dihalalkan buruan laut, diharamkan buruan darat. Jika ini yg dijadikan sandaran untuk mengatakan binatang laut semua halal, maka ayat ni kenalah dijadikan sandaran untuk mengatakan semua binatang darat itu haram. It goes side by side. Saya tidak nampak ianya ayat yg mengatakan semua binatang laut itu halal, tapi apa yg saya nampak, adalah ianya ayat yg mengharamkan pemburuan darat dan membenarkan pemburuan binatang laut sepanjang waktu ihram.

Ayat An-Nahl 14 itu, pada saya  lebih sesuai jika saudara mahu gunakan. Yg itu baru bercakap tentang binatang laut sebagai food in general. Even then, sesetengah ulama' seperti dalam mazhab Hanafi tidak berpendapat bahawa ianya menghalalkan binatang laut keseluruhannya. Masih terdapat perkataan "lahman tariyan" yg mungkin mengundang limitation.

Namun apa pun, itu hanya khilaf antara mazhab sahaja.

Wallahu'alam

[ Last edited by  antiQue at 26-9-2006 04:07 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 10:43 PM | Show all posts
okay cukup le pasal mazhab...  takut nanti masuk udang ngan sotong, kena pindah bod karang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 06:45 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 26-9-2006 10:43 PM
okay cukup le pasal mazhab...  takut nanti masuk udang ngan sotong, kena pindah bod karang.


wokay boss... nak cakap pasal singa laut sebenarnya :bgrin:

I stop here.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 01:27 PM | Show all posts
so ape keputusannya nih?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by ccyber5 at 27-9-2006 01:27 PM
so ape keputusannya nih?



keputusannya?  macam ni lah...

dalam kita mencari rahmat Allah, kita perlu menurut perintah Allah.
so, terpulang lah ccyber macamana nak cari rahmat Allah, samada nak ikut pendapat imam hanafi atau imam shafie.
asasnya kita nak minta rahmat Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 27-9-2006 10:24 PM



keputusannya?  macam ni lah...

dalam kita mencari rahmat Allah, kita perlu menurut perintah Allah.
so, terpulang lah ccyber macamana nak cari rahmat Allah, samada nak ikut pendapat imam  ...


Tak perlulah nak ikut imam-imam yang lain kalau dah terus mengikut Imam Syafei. Kalau Imam Syafei kata haram maka elok sajalah tinggalkannya. Jangan ambil sekerat-sekerat saja sebab nafsu yang akan menguasai nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 11:48 AM | Show all posts
aku rasa imam shafei kata tak haram.
imam hanafi yg kata haram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2006 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 28-9-2006 09:53 AM


Tak perlulah nak ikut imam-imam yang lain kalau dah terus mengikut Imam Syafei. Kalau Imam Syafei kata haram maka elok sajalah tinggalkannya. Jangan ambil sekerat-sekerat saja sebab nafsu yang  ...



kalau rasa boleh dapat rahmat begitu maka eloklah buat begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 04:01 AM | Show all posts

Reply #4 hafis's post

nak menyelit sikit. semua jenis ikan boleh makan ke? kalau macam shark fin tu mcm mana. sebab itu macam ganas sikit dan karnivor kot. sebab makan anjing laut, dll.
tapi kalau ikutkan, semua ikan besar2 makan ikan yang lebih kecil .
Reply

Use magic Report

nice2000 This user has been deleted
Post time 29-9-2006 08:52 AM | Show all posts
senang je...klu was-was baik ko x yah makan...............
Reply

Use magic Report

hafis This user has been deleted
Post time 30-9-2006 07:03 AM | Show all posts

Reply #18 Hocus_pocuS's post

Semua jenis hidupan laut,keluarga ikan yang tidak beracun dan memudaratkan boleh makan.Ikan jerung,ikan yu,ikan pari...semua boleh.Asalkan yg tak beracun dan memudaratkan.Dalam Quran pun sebut DIHALALKAN dan LAUT.Tak ada sebut pengkhususan melainkan yg hidupan yg boleh mendatangkan mudarat.
Aku ketepikan soal mazhab-mazhab sebab aku pegang surah al-Nahl dan Maidah dah jelas bagi jawapan.Lagipun setahu aku,perselisihan hukum 4 imam ni bukan pada umum hidupan laut,tapi perselisihan pada soal hukum makan katak di dalam laut.
Wallahualam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.183901 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list