View: 2748|Reply: 6
|
Ada Sesiapa Yang Tahu Tak?, pasal mati...iaitu,
[Copy link]
|
|
tanda-tanda 100 hari menjelang kematian...
dulu ada dapat artikel ni...tah mana...
ada dengar kat surau,tapi masa tu tak bawak pen dan kertas...
atau..bagilah aku apa-apa info pasal mati ni |
|
|
|
|
|
|
|
Iskh...
Originally posted by Akak_Siti at 1-10-2006 04:25 PM
tanda-tanda 100 hari menjelang kematian...
dulu ada dapat artikel ni...tah mana...
ada dengar kat surau,tapi masa tu tak bawak pen dan kertas...
atau..bagilah aku apa-apa info pasal mati ni
Assalamualaikum
Akak_Siti
Jodoh dan ajal itu urusan Allah swt
Memang ada tanda-tanda kematian sebelum kita mati
tetapi setiap orang mempunyai tanda-tanda berlainan dengan orang yang lain
cukuplah sekadar kita mengingati mati serta semua makhluk hidup pasti mati dan mendekati Allah swt
Takkanlah nak tahu tanda kita mati bila pastu baru nak bertaubat?
Walaupun bukan niat macam tu pada akak lebih baik lebih baik akak tanam kan prinsip ini
Beramal biarlah seperti kita akan mati esok
dan berusaha dan bekerjalah seperti kita hidup selama-lamanya |
|
|
|
|
|
|
|
ni baru dapat dari seorang kawan....
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesengguhnya maut tetap akan mendatangi setiap makhluk yang bernyawa tanpa diduga waktu ketibaannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Sabda Rasul bahawa orang yang paling bijaksana adalah orang yang sentiasa ingat mati dan sentiasa membuat persediaan untuk menempuh kematian tu... |
|
|
|
|
|
|
|
cukuplah utk kita sekadar mengingati mati, persiapkan bekalan utk menghadapi hari yg pasti kita hadapi nanti..perkara ghaib tue urusan allah..bila dan bagaimana cara kita mati tue hak allah terhadap kita, hak kita adalah menjaga hak allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda-tanda sebelum mati ni retorik zaman moden je |
|
|
|
|
|
|
| |
|