CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50409|Reply: 84

Botak Chin

[Copy link]
Post time 24-11-2006 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Dah dua hari berturut2, baca kat Malay mail pasal botak chin nih.
asalnya ada ura2 nak buat filem pasal kisah hidup dia nih.

adalah pendapat dari pelbagai pihak ttg usul nih.

so, bukak lah thread nih dgn harapan boleh tahu lebih lagi ttg botak chin
yang tersohor nih.

dulu waktu melawat penjara pudu, mmg ada lah artikel pasal dia nih kat sana.
kira botak chin ngan penjara pudu mmg tak dpt dipisahkan lah.

so, mari kita kongsi info.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2006 10:07 AM | Show all posts

Versi BM



Botak Chin - Terjebak Jenayah Pada Usia 15 Tahun

oleh: Ziauddin Sharuddin
sumber - Berita Minggu, 26 Oktober 2003

NAMA Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah nama sebenar Botak Chin. Penjenayah ganas itu dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai 10 beradik di Kuala Lumpur pada 1951. Bapanya ialah pesara jabatan kereta api yang menghantarnya ke sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Sentul Pasar dan kemudian ke sekolah Inggeris.

Dia berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan bekerja sebagai pembantu di pasar borong Jalan Tun Ismail selama setahun. Di sinilah, Botak Chin terpengaruh dengan kegiatan jenayah dan menyertai kongsi gelap (Geng 360) yang menguasai kawasan itu.

Selepas emaknya meninggal dunia, dia lebih suka tinggal di rumah kawan- kawannya dan terbabit dalam jenayah kecil-kecilan seperti mencuri. Kagum dengan kehebatan rakannya sebagai gangster, dia berpakat bersama tiga rakannya (dua daripada mereka memiliki pistol) melakukan rompakan pertama pada 19 April 1969.

Botak Chin kemudian memiliki senjata pertamanya .22 revolver lalu menubuhkan gengnya sendiri dan melakukan lapan rompakan pada September tahun itu. Kegiatan itu berjaya ditumpaskan. Botak Chin ditahan dan dihukum tujuh tahun penjara, tetapi dibebaskan pada November 1974.

Dia cuba menjadi seperti orang lain, tetapi pendapatan sebagai penjual sayur tidak memuaskan hatinya. April 1975, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang ianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).

Sebulan kemudian, Botak Chin pergi ke Thailand dan dengan bantuan rakannya, dia membeli senjata api. Senjata itu tiba ke tangannya seminggu kemudian. Botak Chin tidak menunggu lama dan pada 2 Jun, sebuah pusat perjudian haram di Sentul dirompak RM5,800. Dengan duit itu, dia pergi lagi ke Thailand membeli lapan senjata api, menjadikan kesemuanya sebanyak 11 serta 100 butir peluru.

Kawasan lombong tinggal di Kepong menjadi medan dia berlatih menembak dengan anjing liar sebagai antara sasaran tembakan. Botak Chin berasa cukup hebat dan secara terang-terangan mempamerkan senjata apinya di pasar Sentul. Orang yang melihat tidak berani berkata apa-apa kerana takut menjadi mangsa balas dendam.

Pada 20 Julai, sebuah bank di Jalan Imbi menjadi sasaran rompakan dan RM95,000 berjaya dilarikan. Dengan RM25,000 sebagai bahagiannya, Botak Chin membeli sebuah kereta Datsun dan melalui rakannya, dia membayar RM3,600 sebagai deposit. Tetapi tidak diketahui sama ada dia membayar ansuran bulanan selepas itu.

Sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer kemudian menjadi sasaran. Beberapa pemain mahjung dirompak RM10,000 selain barang kemas dan barang berharga lain.

Kemunculan semula Botak Chin dengan siri rompakannya mendapat perhatian polis dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Kulasingam ditugaskan memburunya hingga ke lubang cacing.

Kesukaran mendapatkan senjata api baru menyebabkan Botak Chin menjadikan anggota polis sebagai sasaran. Dia merampas tiga pistol milik tiga anggota polis dan ketika merompak sebuah bar di Sentul, merampas senjata api pengawal keselamatan. Ketika merompak Kelab Kereta Api Sentul selepas itu, dia mencabar sesiapa di situ untuk beradu kehandalan menembak ala koboi.


Pasukan polis terus memburunya dan pada September, polis mengesan kereta Alfa Romeo curi yang dinaiki Botak Chin dan anggotanya.

Di Segambut Dalam, selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti dan Botak Chin segera menyelinap di kawasan setinggan di situ. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk .38 revolver.

Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya melepaskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank.

Pada 25 September, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi ini tidak menghalang dia terus melakukan rompakan.

Rompakan terbesar ialah pada 26 Oktober 1975. Dia merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda. Hasil agihan sebanyak RM40,000, Botak Chin pergi lagi ke Thailand membeli senjata api menjadikannya memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru.

Bagaimanapun, kedudukan Botak Chin sebagai ketua mula terancam apabila ada yang cuba mencabarnya. Dia bertindak cepat dan beberapa hari kemudian, Tua Pui Lek (ketua geng Lima Jari Gunung) dan anggota gengnya sendiri, Ah Wong, ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang.

Seorang lagi orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor.

Awal tahun 1976, Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap.Polis juga merampas 15 senjata api, peluru dan bom.

Botak Chin ibarat pelanduk yang lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakannya. Selepas perancangan rapi polis, akhirnya pelanduk terjerat pada malam 16 Februari 1976.

Setahun selepas ditangkap, Botak Chin mencatat sejarah sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.

Peguamnya, Jagjit Singh, membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Privy Council yang mengenepikan penghakiman dan hukuman mati itu serta mengarahkan perbicaraan semula.

Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 dan ketika inilah dia mendakwa sebagai Robin Hood moden, merompak orang kaya untuk menolong orang miskin, tetapi sejarah membuktikan sebaliknya.

Dia akhirnya didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 September. Rayuan kepada Lembaga Pengampunan juga ditolak. Ketika menunggu dihukum gantung, dua kali Botak Chin menyerang pegawai penjara.

Ketika berusia 28 tahun, riwayat Botak Chin sebagai penjenayah ganas dan kejam berakhir di tali gantung di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2006 10:09 AM | Show all posts
The rise and fall of Botak Chin
-by HALIM SAID -


BOTAK Chin or Wong Swee Hin, was a cold-blooded killer who terrorised Kuala Lumpur in the mid 1970s with a series of robberies, bloody inter-gang rivalries and run-ins with the police.  

He was born in 1951 in Kuala Lumpur.

His father was a railway department pensioner who sent him to a Chinese school in Sentul Pasar and later, to an Englishlanguage school.

He quit school at 15 and worked at the wholesale market assistant in Jalan Tun Ismail for a year.

It was then that he became exposed to the underworld and joined Gang 306.

His fi rst armed robbery was on April 19, 1969.

After obtaining his fi rst gun, a .

22 revolver, he assembled his own gang and committed eight robberies.

He was eventually caught and sentenced to seven years jail.

He was released in November 1974.

On his release, he tried to selling vegetables, but soon found that the earnings weren抰 enough.

In April 1975, he assembled a new gang.

On July 20, the gang struck a bank in Jalan Imbi and fl ed with RM95,000.

A portion of that (RM25,000) was used to buy a Datsun car.

A Chinese temple in Jalan Kolam Ayer was next on the hit-list.

Several mahjong players were gunned down and the gang grabbed RM10,000.

By this time, Botak Chin抯 crime spree had attracted the attention of then City Criminal Investigation Department deputy head, Deputy Superintendent S.

Kulasingam.

Botak Chin, low on ammo, targeted policemen to bolster his ammo supply.

He took three pistols belonging to three policemen during a robbery in Sentul.

On Oct 26, 1975, he gunned down a security guard delivering money to a horse racing club, and escaped with RM218,000.

With his share of RM40,000, he returned to Thailand and bought more weapons to add to his armoury of 19 guns, fi ve grenades and 1,000 bullets.

He then became involved in a war with another gang.

As a result, the leader of the Five Finger Mountain gang, Tua Pui Lek, was killed.

Botak Chin抯 gang member, Ah Wong was also killed.

However, his reign of terror came to an end on Feb 16, 1976 when he was shot six times by police at a sawmill in Jalan Ipoh.

Miraculously, he survived the shooting but was taken into custody.

He was sentenced to death by the KL High Court after being convicted on three charges under the Internal Security Act.

He was put on trial again in April 1, 1980.

This time, he tried to glorify himself as a modern day Robin Hood who robbed from the rich and gave to the poor.

On Jan 1, 1981, he made a desperate escape attempt from his death row cell at Pudu prison, stabbing three warders.

He was unsuccessful, and was seriously injured in the process.

On June 11, 1981, at 3am, Botak Chin was hanged.

He was 28.

His dying wish was to donate his organs for medical purposes.

This was rejected as he had not signed a written consent.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2006 03:24 PM | Show all posts
Misguided genius?
-by MEERA MURUGESAN -
A DISTORTED, misguided genius.  


Botak Chin抯 funeral procession

That was the diagnosis of Botak Chin, one of the country抯 most feared criminals by psychiatrist Tan Sri Dr M. Mahadevan.

The former director of Tanjung Rambutan Mental Hospital in Perak was one of several people who observed and communicated with Chin when he was warded there after his reign of terror came to an end in February 1976.

When asked about the possibility that Botak Chin may be immortalised on film, Dr Mahadevan said filmmakers should paint the real picture of the man.

Yesterday, The Malay Mail reported that the film, with a working title of Botak, was expected to hit Malaysian cinemas in 2008. It is being produced by Karya Anggun, a subsidiary of Astro Shaw.

The filmmakers have not contacted Dr Mahadevan for his thoughts on Chin but over the last few years, others had approached him, although nothing had materialised.

Dr Mahadevan treated Chin, whose real name was Wong Swee Chin, for 19 days to determine if he was sane enough to stand trial. He found the most feared man in Malaysia to be intelligent. Chin, said Dr Mahadevan, also denied being trigger-happy, although he was a crack shot.

During his stay at the hospital, security was tight and hospital staff had to contend with the fact that other patients were looking at Chin as some sort of celebrity, offering to wash his clothes and perform chores for him.

揌e never married but had plenty of female admirers because I would get calls from women inquiring about him when he was in hospital,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 03:03 AM | Show all posts
hmmm..ingat botak chin ingat gak aku kat one indian yg mcm botak chin gak....saper namer yek...kalimutu or sumthing ler...

kalu x silap aku dier nih pong ganas gak....ader org tegor dier sbb dier kencing kat tepi jalan....then, boleh dier tembak org yg tegor dier tuh....perghh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 10:23 AM | Show all posts
dulu masa kecik2 slalu gak dengar orang dok panggil nama dia nie...botak chin...botak chin.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2006 06:56 PM | Show all posts
aku rasa dia ni lebih hebat dari Banting Kali....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 10:51 PM | Show all posts
mak aku citer Botak Chin ni hebat. Digeruni. Mak aku dok area Gombak masa kecik2....masa Botak Chin ni mengganas, mmg semua org takut kluar mlm. Aku ada baca entry Botak Chin ni kat buku log Penjara Pudu masa lawatan thn 1997.....sayang skali org bijak mcm dia tak di asuh ke jalan yg betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2006 12:02 PM | Show all posts
'He is No HERO'
-by MEERA MURUGESAN and AYU MUSA KAMAL -




This is the personal view of Deputy Internal Security Minister Datuk Fu Ah Kiow (picture), when asked to comment on news that a producer aimed to make a movie based on the life of notorious criminal Wong Swee Chin, better known as Botak Chin.  

He said any Malaysian in his or her right frame of mind would not want to glorify such a character.

揗oreover, Malaysians would not be interested in watching a glorified criminal,
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by hantujeraul at 25-11-2006 06:56 PM
aku rasa dia ni lebih hebat dari Banting Kali....



banting kali ke buntong kali? :stp:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2006 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by tulip at 27-11-2006 12:51 PM



banting kali ke buntong kali? :stp:


P. Kalimuthu atau Bentong Kali
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 01:27 PM | Show all posts
yer betul tu... Bentong Kali... Mendiang ni belom dapat tandingi Botak Chin.
Reply

Use magic Report

baiti_jannati This user has been deleted
Post time 28-11-2006 09:26 AM | Show all posts
kenapa tak nak buat filem untuk angkat hero2, pahlawan2 melayu yg melawan British ke, tentera yg paling berjasa ker, nakkk jugak buat samseng2 camni jadi hero filem. Kerana market kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 11:00 AM | Show all posts
ye la aku teringin nak tengok cerita yang digembar-gembur kan dulu pasir salak king of river
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 11:52 AM | Show all posts
Berbual dengan orang Cina yang ada tahun2 tu, kebanyakan kata Botak Chin adalah 'hero' bagi golongan miskin...sebab kononnya BC derma duit rompakan dari tokei2
dan agihkan kat mereka. Kononnya Robin Hood la...

Tapi bagi sesetengah orang lain itu hanya helah BC untuk dapatkan perlindungan bila diburu polis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2006 12:03 PM | Show all posts
itu arrr

orang2 tua pun
kalau di ajak borak pasal nih
dia citer pasal

pemurah ala2 robin hood tuh
tapi dorang pun tak lufeee
nak citer

yang nih mmg ganas giler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2006 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by baiti_jannati at 28-11-2006 09:26 AM
kenapa tak nak buat filem untuk angkat hero2, pahlawan2 melayu yg melawan British ke, tentera yg paling berjasa ker, nakkk jugak buat samseng2 camni jadi hero filem. Kerana market kah?


takan tak boleh kot filem Al-Capone , Donnie Brasco pun boleh.. ini pop culture lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 12:08 PM | Show all posts
Jejak: Penjenayah maut di tali gantung
Oleh Nasron Sira Rahim


Botak Chin paling dikehendaki kerana terbabit dalam rompakan, cuba bunuh pegawai polis

PADA 22 November 1975 ketika malam mula berlabuh sekumpulan lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah kereta Datsun hijau. Sebaik enjin dihidupkan, mereka memandu menyusuri jalan penuh liku di ibu kota Kuala Lumpur.

Perjalanan mereka pada malam itu hanya untuk satu tujuan 慻ila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 12:09 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 12:16 PM | Show all posts
Jejak: Kronologi: Hasil rompakan diguna beli senjata api di Thailand


1967 - Mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah kecil seperti mencuri.

19 April 1969 - Melakukan rompakan bersenjata pertama bersama tiga rakan.

September 1969 - Memiliki senjata pertamanya revolver .22 lalu menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun.

November 1974 - Dibebaskan daripada penjara. Cuba memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa tetapi pendapatan sebagai penjual sayur tidak memuaskan hatinya.

April 1975 - Kurang setahun selepas dibebaskan, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).

Mei 1975 - Pergi ke Thailand dengan bantuan rakan untuk membeli senjata api.

2 Jun 1975 - Merompak RM5,800 daripada sebuah pusat perjudian haram di Sentul. Hasil rompakan digunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand. Berlatih menembak dengan menjadikan anjing liar sebagai sasaran di kawasan bekas lombong di Kepong. Semakin berani apabila mempamerkan senjata api di tempat terbuka iaitu Pasar Sentul.

20 Julai 1975 - Merompak RM95,000 dari sebuah bank di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Tidak lama selepas itu, beberapa pemain mahjung dirompak RM10,000 selain barang kemas dan barang berharga di sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Merampas tiga pistol milik tiga anggota polis. Merampas senjata api milik pengawal keselamatan dalam rompakan sebuah bar di Sentul. Mencabar sesiapa saja di Kelab Kereta Api Sentul untuk beradu kehandalan menembak ala koboi dalam rompakan di situ.

26 Oktober 1975 - Rompakan terbesar dilakukannya apabila melarikan RM218,000 dan menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda. Hasil rompakan sekali lagi digunakan untuk membeli senjata api di Thailand. Dia kemudian memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru. Menyedari kedudukannya sebagai ketua mula terancam kerana ada yang cuba mencabarnya, Botak Chin bertindak. Ketua geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek dan anggota gengnya sendiri iaitu Ah Wong, kemudian ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga merampas 15 senjata api, peluru dan bom.

22 November 1975 - Cuba membunuh pegawai kanan polis yang memburunya tetapi gagal.

16 Februari 1976 - Ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kilang di Kuala Lumpur. Dua pengikut kanannya terbunuh dalam pertempuran dengan polis.

11 Jun 1981 - Maut di tali gantung di Penjara Pudu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.084974 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list