CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4895|Reply: 61

MAWI DI PROGRAM TITIAN BUDAYA DI JAKARTA

[Copy link]
Post time 15-12-2006 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Titian Budaya di Jakarta program terbesar KeKKwa
15-12-2006

KUALA LUMPUR: Mulai esok berduyun-duyun warga karyawan Malaysia akan mula berkampung di Jakarta bagi mengikuti acara Titian Budaya yang akan dijalankan di sana selama beberapa hari.

Titian Budaya Malaysia-Indonesia adalah acara yang paling ditunggu-tunggu oleh karyawan Malaysia dan dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (Kekkwa) bermula 15 sehingga 18 Disember di Jakarta.

Tujuan utama program tersebut adalah untuk mempromosikan budaya, seni dan perfileman Malaysia di negara jiran tersebut, berlandaskan penggunaan bahasa serta budaya yang sama. Difahamkan berbagai acara akan dijalankan termasuk musyawarah dan permuafakatan tentang kemasukan artis dan filem Indonesia yang sedang membanjiri Malaysia.

Diharap delegasi kita akan mencapai kata putus dan tidak terbuai dengan janji-janji kosong seperti yang selalu dilaungkan oleh serumpun kita di sana. Sudah beberapa dekad, hasil usahama yang terjalin antara Malaysia-Indonesia masih menemui jalan buntu. Diplomasi serumpun yang diharap-harapkan perlu bertepuk dua tangan dan bukan berat sebelah. Begitulah pengharapan delegasi kita.

Dengan tema 'Budaya Serumpun', Kekkwa turut berharap agar program tersebut dapat membantu penggiat-penggiat dunia fileman serta artis-artis tempatan untuk menembusi pasaran Indonesia.

Selain dari bintang-bintang terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Haziq dan Yusni Hamid, Malaysia akan diwakili oleh lebih 200 penggiat seni dan budaya seperti ahli-ahli orkestra, penerbit filem, golongan penari serta wakil-wakil daripada persatuan perfileman yang mengikuti program yang disifatkan sebagai terbesar yang pernah anjurkan oleh KeKKwa setakat ini.

Acara meriah ini akan bermula dengan pameran, jualan serta demonstrasi kraf tekstil Malaysia di Jakarta Convention Center (JCC) pada pagi 16 Disember nanti.

Perasmian Pelancaran Program Titian Budaya Malaysia-Indonesia akan dilakukan oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia Datuk Rais Yatim pada sebelah petang.

Ini termasuk majlis menandatangani perjanjian di antara Grand Brilliance Sdn Bhd dengan PT Menara Media Sakti untuk filem 'Cinta' versi Indonesia dan MOU pengedaran filem Astro Show Sdn Bhd dengan PT Star Vision bagi filem 'Diva' dan '100 Lies To Hide A Wife' di Lobi Utama JCC.

Ini diikuti dengan persembahan artis-artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan bintang AF paling popular Mawi pada sebelah malamnya menerusi Persembahan Gala Titian Budaya .

Malam tersebut  akan dihadiri dif-dif kehormat seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak , Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Rais Yatim serta Yang Terhormat Bapak Menteri Kebudayaan dan Pariwisata, Ir Jero Wacik

Kira-kira 7,000 orang dijangka untuk menghadiri gala pada malam tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 05:28 PM | Show all posts
Mawi and Haziq dari AF. Gigil-gigil pun orang dah panggil sampai jakarta.
Terer gak Haziq ni.
So confirmlah kan Mawi takder kat Klang..tapi takper, Marsha tolong wakilkan che abang dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2006 05:35 PM | Show all posts

Reply #2 kekekek's post

ye la --
haziq mesti nyanyi traditional song nanti
sebab kementerian kesenian titikberatkan
benda2 tu --  saya rasa thats one of the reasons
dia terpilih ...
mawi pulak ......well sebab dia MAWI la  

mesti best show tu -- eh  kalau ada rakaman dari RTM
then tayangkan masa persembahan mawi tu  best gak kan --
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 05:41 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 15-12-2006 05:35 PM
ye la --
haziq mesti nyanyi traditional song nanti
sebab kementerian kesenian titikberatkan
benda2 tu --  saya rasa thats one of the reasons
dia terpilih ...
mawi pulak ......well sebab dia  ...


Mesti ada dexa, kalau tak sesia jer panggil Mawi.
kalau cam tahun lepas diorang tunjuk live kat RTM, masa tu Mawi baru berberapa bulan keluar AF.
Bawak lagu pun lagu gadis melayu/jakarta.
Tahun ni tak tau macam mana program dia.
Besar jugak event tu kan?
Masa tahun lepas tu, Mawi cakap dia gi sana semua orang tak kenal. Diorang duk sibuk layan CT Nurhaliza jer.
Tapi dia syok giler, pasal dapat shopping kat jakarta sebebas-bebasnya...benda yang dia dah tak dapat rasa kat KL nih.

Bila la mamat ni nak pergi London?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2006 05:46 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 15-12-2006 05:41 PM


Mesti ada dexa, kalau tak sesia jer panggil Mawi.
kalau cam tahun lepas diorang tunjuk live kat RTM, masa tu Mawi baru berberapa bulan keluar AF.
Bawak lagu pun lagu gadis melayu/jakarta.
Ta ...



cripes.....
ye ka ada mawi gi last year
punya la tak tahu -- ohh tunjuk kat RTM
yes!!!!! so saya rasa betul la cakap u -
mesti ada this year gak...

tapi ha -- this year - jangan harap ye mawi
nak shopping tanpa orang pergi kat dia
wud be interesting to find out the reception
yang dia terima nanti ----

pasal london tu  saya rasa maybe spring or
summer 2007  sebab nak gi sekarang pun
sejuk - tak dapat nak visit banyak tempat --

bila spring / summer - banyak tempat dia boleh
gi  - WAITTTTTTTTTT   u know what??
saya macam rasa aje - dia might buat vc kat
london bila dia pergi nanti --
dia dapat dua2 ticket kan??  london  and paris as well --

so hopefully  tak ada la vc ala ala LJLC   ye  ;)   ---
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 06:51 PM | Show all posts
Mawi tu last year bila keluar aje AF jemputan bertalu-talu yg grand-grand lak tu.  berlainan dgn yg lain ye. sampai sekarang pun tak surut-surut permintaan terhadapnya. w'pun ada juara baru, mentor, MI dan bermacam lagi mawi gak jadi tumpuan. aku rasa Artis Paling Popular ni selain dari undian peminat kena masuk gak le pencapaian seseorang artis maksud aku kekerapan show-show seseorang artis tu.kalau merit dikira begini aku rasa Mawi ajelah yg dapat buat sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2006 06:55 PM | Show all posts
so sekarang ni mawi berada di jakarta lah ye... hendaknya ada le secara live dari sana. komponan tak leh tengok Mawi kat GGA Klang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 06:58 PM | Show all posts
tentu pecinta seni kat jakarta menggaru2 kepala yg tak gatal memikirkan,"apakah hebatnya penyanyi bernama Mawi ini. Nyanyiannya biasa2 aja!! sumbang di sini sana!"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 07:14 PM | Show all posts
terkejut baca Gossip arini ada artis dapat duit show saja 200 ribu sebulan.............
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 07:16 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 15-12-2006 07:14 PM
terkejut baca Gossip arini ada artis dapat duit show saja 200 ribu sebulan.............


Tu la...aku ingat Mawi punya income  pun tak sebanyak tu.
Rupanya ada lagi artis lelaki yang lagi world dari Mawi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 07:23 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 15-12-2006 07:16 PM


Tu la...aku ingat Mawi punya income  pun tak sebanyak tu.
Rupanya ada lagi artis lelaki yang lagi world dari Mawi.



siapa??? faizal AF4 ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2006 07:29 PM | Show all posts
Originally posted by mendonan at 15-12-2006 07:23 PM



siapa??? faizal AF4 ke?



mesti houdini setuju ni...........NOT!  ;) -

eh  betul ka sampai 200K tu ...
wahhh banyaknya -
dalam sebulan aje dah boleh beli rumah -

[ Last edited by  dexa at 15-12-2006 07:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 07:35 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 15-12-2006 07:29 PM



mesti houdini setuju ni...........NOT!  ;) -

eh  betul ka sampai 200K tu ...
wahhh banyaknya -
dalam sebulan aje dah boleh beli rumah -


atau bayar hutang IJN!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 07:37 PM | Show all posts
kalau dapat rm200 ribu sebulan,aku rasa mawi tak lama lagi berenti nyanyi.SS ni buat gosip yg tercapai dik akal aku.Tahap songsang punye.Macam le orang ni tak gi sekolah,nak ditipu mentah mentah.Donia ....donia....apa sudah jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 07:39 PM | Show all posts
bagi aku,
tak mustahil dapat RM 200 K sebulan ...
ada artis tersohor, sekali jemput dah RM 100 K ..
bayangkan ...
Mawi satu show kira2 RM 30 K (yg eksklusif) ..
yg tak eksklusif pun masih main ribu-riban gak kan. .. :ah:

so, tak mustahil RM 200 K ... apatah lagi namanya Asmawi Ani ,
tiada yg mustahil ... :ah:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2006 07:49 PM | Show all posts
Originally posted by biezie_slalu at 15-12-2006 07:35 PM


atau bayar hutang IJN!!!


ye la -
tapi yang tu bukan mawi  ;) --

btw kalau sebut RM200K tu
bukannya  bersih RM200K  sebulan -
nak kena bayar macam2 -
last last duit pocket pun dapat
dalam RM20K more or  less -- lepas tolak
bayar bill ka gaji ka baju ka -  tu ni  and stuff --
belum income tax lagi tu  ;)

still lots  though -- :nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 11:58 PM | Show all posts
Originally posted by mendonan at 15-12-2006 07:23 PM



siapa??? faizal AF4 ke?


Faizal ?RM 2000 pun belum tentu
Asyik show Astro je, show berbayar mana ada sangat

:lol
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 12:01 AM | Show all posts
sempat jer ko menyelit houdini...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 06:08 AM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 16-12-2006 12:01 AM
sempat jer ko menyelit houdini...:lol



sebab aku seru... muahahaha:nerd:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2006 07:02 AM | Show all posts

Reply #17 houdini's post

show astro tak banyak ka bayaran depa terima??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.088786 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list